Thursday, April 10, 2014

Surat Terbuka Kepada Sekolahku

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog ini. Saya Naim, bekas pelajar di beberapa buah sekolah di dalam negara.

Dulu masa di tingkatan 1, saya bersekolah di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah tu antara sekolah yang tersohor di Kelantan dan di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK), kerajaan negeri. Naik tingkatan 2, saya bersekolah di Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka, Pahang. Sekolah yang pernah ditadbir oleh seorang penulis novel Malaysia, Hasanuddin Md. Isa. Selepas itu, di tingkatan 3, saya bersekolah di dalam FELDA, SMK Jengka 10, Jengka, Pahang. Naik tingkatan 4 dan 5, saya bersekolah di SMK Jengka Pusat, Bandar Jengka, Pahang. Dan saya juga sempat menuntut beberapa bulan di tingkatan 6 di SMK Jengka pusat tersebut sebelum saya menuntut di sini.

Ilmu saya tak banyak. Saya masih dalam proses pembelajaran mengenal dunia. Dulu saya sekolah, saya ikut apa yang cikgu kata, sangat taat pada perintah cikgu. Menjadi hamba kepada sistem.


Surat saya ini bukan tertentu bagi sebuah sekolah sahaja, walaupun isi yang saya akan khabarkan kemudian ini mungkin akan terkena di atas kepala sesetengah pihak. Tapi inilah realiti sistem pendidikan di Malaysia.

Ya, kalau dulu (bagi sesiapa yang mengenali saya), saya sangat suka mengutuk. Saya mula jadi macam tu sejak saya di tingkatan 4, di SMK Jengka Pusat. Sekolah tu sekolah elit felda, sekolah Bestari Felda, dan bakal menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Saya lebih kepada criticism. Saya mengkritik sistem tersebut kerana sistem, bukan kerana guru-gurunya. Sistem membuatkan pelajar-pelajar menjadi seperti banduan dalam penjara.

Dari itu, dalam otak saya sering tertanya-tanya "kenapa?. Kenapa?. Kenapa?.". Saya sering mengutuk cikgu-cikgu di sekolah itu, sebab saya tak selesa di sekolah itu. Boleh lihat di laman facebook saya. Bila saya update status, akan jadi trending di sekolah. Status saya itu juga akan dikomen oleh berpuluh-puluh orang dan ada satu ketika tu sampai beratus-ratus komen. Tapi, saya masih tidak berjaya mengubah mentaliti rakyat malaysia ketika itu. Sekarang, saya lebih gemar bermain dengan blog. Saya mengkritik dalam blog. Saya minta rakan-rakan dan para guru baca blog saya, rakan saya baca. Tapi, guru keras kepala, mereka tak nak baca sebab benda tu semua kena atas kepala mereka.

Kalau anda berfikiran positif, saya mengutuk sekolah, mesti ada something wrong with this school system. Setiap persoalan dan perbuatan mesti ada sebab walau sebab tu bangang macam mana sekalipun.

Saya bukanlah pandai dalam perihal akademik di sekolah. SPM saya hanya 2A sahaja. Saya bersyukur sebab dapat 2A, dan berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya walaupun satu Alif sekalipun. Saya memang tidak layak menegur guru dengan cara ini. Tapi bertahun saya memperjuangkan perkara ini. Cikgu, saya di pihak minoriti, bukan majoriti.

Saya tidak memarahi guru. Tapi saya benci sistem. Saya tak salahkan guru untuk membuat satu undang-undang baru. Tetapi cikgu, ingatlah, bahawa kamu berurusan dengan manusia, bukan dengan haiwan binatang. Manusia ada hati perasaan. Segala peraturan yang kamu buat, kamu perlu beri tahu kepada pelajar sebab yang munasabah kenapa kamu create peraturan tu. Dan kamu perlu berbincang dengan pelajar-pelajar itu sendiri. Dari itu, kami dapat tahu apakah penyebab peraturan itu dikuatkuasakan.

Cikgu ingat dengan peraturan, pelajar akan lebih berdisplin? Cikgu pernah jadi pelajar, cikgu alami benda tu. Secara keseluruhan, pelajar bukan berdisipilin based on peraturan, tapi based on macam mana sesebuah sistem tu mengawal pelajar itu.

Itu bab peraturan di sekolah. Saya tidak tekankan sangat bab itu. Tapi peraturan ini sebenarnya akan membebankan pelajar semata-mata. Pelajar datang sekolah, nak belajar, bukan nak ikut peraturan yang dicipta oleh sistem yang sucks itu.

Masalah sebenarnya ialah guru dan sistem pembelajaran itu sendiri. Guru sibuk mengejar pointer pelajar. Sibuk dengan pembelajaran yang berasaskan exam-orientated. Apakah tugas seorang guru pada asas yang sebenarnya? Cuba kita lihat dahulu, masyarakat menjadi guru kerana mereka ingin mendidik anak-anak bangsa mereka. Tapi sekarang, masyarakat menjadi guru kerana guru itu satu pekerjaan. Ikhlas saya katakan, boleh bilang dengan jari saja, guru yang betul-betul nak anak didik dia dapat ilmu.

Guru sibuk mengejar status Sekolah Terbaik Negeri, Sekolah Kluster, Sekolah Bestari. Cuba kembali kepada akarnya, kamu mengajar, untuk siapa? Untuk naikkan ranking sekolah di persada dunia? Untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi jika kamu dapat kumpulkan banyak A dari pelajar kamu? Sedarlah, kamu mengajar bukan untuk itu sebenarnya, tapi untuk memberi ilmu kepada pelajar kamu.

Ilmu bukan bergantung kepada bilangan A yang pelajar kamu dapat. Ilmu bukan bergantung setinggi mana keputusan peperiksaan sekolah kamu peroleh. Tapi ilmu tu adalah sesuatu perkara yang dapat mengubah pelajar (manusia) kepada manusia. Malek Bennabi pernah berkata "pendidikan ialah memanusiakan manusia".

Sekarang, saya tak nampak itu berlaku. Tapi saya nampak satu sistem pendidikan yang semakin rosak.

Saya banyak ikuti forum-forum, membaca buku-buku, dan memerhati keadaan masyarakat sekarang. Dari itu saya dapat rasa, memang ada perkara yang tak kena pada sistem sekarang.

Saya pelajar. Saya tahu apa yang pelajar rasa. Cikgu juga pernah jadi pelajar, tapi cikgu tak pernah rasa apa yang kami rasa. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya zaman kita sudah berubah. Cikgu di zaman cikgu dulu, kami di zaman ini.

Dulu saya pernah tulis dalam blog, "tak ada pelajar yang bodoh, tapi ada guru yang bodoh". Bila fikir balik, memang betul. Pembetukan seseorang manusia (juga) dipengaruhi oleh siapa yang mengajarnya. Saya pernah di'bash' sebab buat statement macam tu, tapi tu bukan statement saya, tu dalam cerita The Karate Kid.

Saya sayang adik-adik saya di sekolah. Mereka belajar di sekolah yang macam penjara. Saya sering update di blog pasal ini, tapi siapa saja yang ambil peduli hal ini? Sekarang saya tak tahan dah melihat keadaan ini berterusan. 

Saya ikhlas katakan, saya sangat sedih dan kasihan bila melihat adik-adik saya di sekolah saya dulu bertungkus lumus mengikut peraturan dan belajar semata-mata nak dapat semua A dalam peperiksaan. Periksaan? SPM? Layakkah seseorang insan manusia ditentukan kejayaannya pada umurnya 17 tahun?

Mungkin saya cakap berbelit-belit dalam surat ni. Tapi masalah utamanya ialah "the system is sucks. The knowladge is not sucks, but the system is"

Luahan-luahan ini memang dari saya setelah saya buat pemerhatian di sekolah saya. Memang bermasalah. Saya tak nak adik-adik saya dijadikan hamba kepada sistem seperti saya.

Saya sarankan, cikgu-cikgu membacalah. Bacalah buku-buku yang bersifat kritikan kepada isu pendidikan. Jangan hanya mengadap laptop untuk mengisi markah PBS pelajar sahaja. Dalam blog saya, saya banyak mention buku-buku, forum-forum, diskusi-diskusi. Cikgu perlu baca dan lihat itu. Apa yang terjadi pada pendidikan sekarang. 

Ini adalah post-post blog saya yang terdahulu, saya harap cikgu-cikgu faham apa yang saya nak katakan walaupun saya buat surat ni tak best dan berbelit-belit:


Saya tak tahu macam mana lagi nak terangkan kepada para cikgu di sekolah saya dahulu. Cikgu ada hak nak marah saya. Tapi cikgu tak ada hak untuk halang saya dari menekan-nekan keyboard ini. Cikgu ada hak untuk bangkang saya, hak untuk tidak dengar apa yang saya cakapkan, hak untuk pulaukan saya, hak untuk maki saya. Tapi saya berpegang kepada satu sahaja, sejak bila kita dicipta untuk melakukan perkara yang sama? Idea tidak boleh dipenjarakan, idea wajib diperdebatkan walau tidak diterima.

Eh. Apa cikgu? Tak berkat saya belajar dengan cikgu? Pastu apa kaitan kita berkat dengan mengkritik? Sejak bila Islam menghalang penambahbaikkan?

Surat ni, mungkin akan trending lagi di sekolah lama saya tu. Sejujurnya, jika cikgu ingin berdebat dengan saya, jemput saya secara rasmi ke sekolah, saya boleh memberi speech. Syaratnya dihadapan semua pelajar. Sebab saya ingin membetulkan mentaliti mereka dulu sebelum mereka sendiri mengubah diri cikgu. 

Saya tak pandai dalam bidang penulisan sebab nanti saya banyak mengarut, tapi jika saya diberi peluang bercakap mengenai isu ni, insyaAllah saya boleh. Saya bukan ada Ph.D, master, atau pangkat apa-apa, saya hanya pelajar. Pelajar yang dahagakan ilmu yang berasaskan cinta.

Sekian.

Yang benar,

Naim Al-Kalantani
www.naimalkalantani.com
9:22pm, 10 April 2014, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.












5 comments:

  1. Ko xreti bersyukur ke?? nk senang buat negara sendiri la..
    tahu nk kritik jew.. tgok taraf pendidikan sekolah kt negara lain
    contoh india dorg lagi terok dri kita tau..
    tu pom dorg bersyukur sbb dpt belajar.. KO ADA BERSYUKUR X???
    ko mmg batak famous pom!!
    batak famous detected..
    ada lagi budak species mcm ko nie.. sedeyh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. are you sure pendidikan di India lagi teruk? Kalau sistem pendidikan mereka teruk, macam mana mereka bolhe beri pendidikan percuma?

      Delete
    2. Ko tahu nak percuma jew..
      nk percuma boleh jew study la smpai pandai..
      nnti dpt biasiswa.. klau ambik ptptn.. klau ko dekan every sem xkene byr..
      dah ok dah system pelajaran skrg.. ko nie jew yg bnyk bunyi..

      Delete
    3. INDIA boleh memberi pendikan percuma sehingga first degree level kepada rakyatnya, kenapa?. malaysian education system is sucks!. are you read the book Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang? huh?. #membacabudayakita. jangan duk membash org tapi malas membaca. jangan hanya setakat menjadi keyboard warrior tapi tak ada point lengkap. i tak tahu apa yg you nak sebenarnya. #bersyukurmalaysiamasihaman. i duduk dalam system sekarang. i tahu. i ni dalam pihak minoriti, bukan majoriti. sejak bila kita dilahirkan untuk melakukan perkara yang sama? kita bukan robot utk patuh dan tunduk kepada system semata2. kritikan bersifat membina. nk bagi org sedar. kritikan juga ada solusi. bukan nk kutut, tapi membetulkan sistem tu sendiri. revolusi.

      Delete
  2. Nice article. Pendapat mmg berbeza ada yg sokong ada yg tak. Sistem skarg ada baik ada buruknya. Tp dgn kritikan dgn penentangan lah kita dpt perbaiki kelemahan. So, kalau ada yg tak setuju dgn surat kat atas ni lawanlah dgn cara bijak. Dengan pengetahuan. Bukan dgn kmarahan. Masyarakat kita sememangnya sukar mnerima perbezaan.

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan