Wacana Ilmiah: Dr.Maszlee - Universiti Bukan Kilang

Ini yang saya dapat daripada ceramah Dr.Maszlee Malik bertajuk UNIVERSITI BUKAN KILANG. Dr.Maszlee Malik adalah salah seorang pensyarah di UIA. Wacana ini berlangsung di USIM.

Points penting dalam ceramah beliau:


  • Dalam konsep pembelajaran universiti sekarang, kita dijuzuk-juzukkan. Dihalang untuk membuat pilihan sendiri. Dilarang untuk memilih sendiri subjek yang kita nak belajar.
  • Kini kita belajar untuk enjoy. Kita bukan belajar apa yang kita nak.
  • Kita tidak dibenarkan berfikir apa yang kita nak fikir.
  • Orang yang masuk universiti, duduk dalam kelas, dan dapatkan ijazah adalah ROBOT, burung kakak tua. Pelajar universiti seharusnya belajar daripada kehidupan.
  • Konsep islamic ialah ilmu tidak dijuzuk-dijuzukkan
  • Liberal Arts Study - kursus yang boleh pilih apa saja yang anda nak belajar
  • Syed Naqib Al-Attas “Universiti bukan kilang, nak lahirkan graduan berdasarkan market nak. Universiti perlu lahirkan insan yang kamil dan mutakamil. Iaitu memahami ilmu dari segala sudut. Sekurang-kurangnya belajar foundation ilmu itu
  • Keseronokan belajar bahasa ialah datang dengan sastera
  • Kini kita belajar kerana kita dipaksa belajar, bukan kita nak belajar
  • Tak boleh paksa orang belajar apa yang dia tak nak belajar
  • Universiti sepatutnya tempat idea dipertandingkan, bukan hanya untuk pelajar, malah orang awam
  • Tugas utama pelajar universiti untuk melakukan sosial change. Bukan start waktu grad, tetapi kena start waktu sekarang.
  • Tuisyen untuk peperiksaan. Ini sebenarnya tidak membantu pemikiran mereka pergi tuisyen untuk dapat markah tinggi (exam orientated)
  • Anak warga lain, pergi tusyen untuk belajar main piano. Orientating skill. Belajar bahasa lain, bukan belajar bahasa untuk exam.
  • Parents yang menghasilkan anaknya segulung ijazah, dia tidak akan menghasilkan masyarakat yg bertamadun. Dia nak anak dia bekerja untuk bayar balik 'hutang' yang dia bagi kepada anaknya dahulu.
  • Orang paling buta adalah orang yang buta politik.
  • Sistem di sekolah tak melatih kita bersifat kritikal dan analitikal. Kita bukan sekadar tidak diberi peluang untuk bertanya, malah kita tidak digalakkan bertanya.

Comments