Ini yang saya dapat daripada ceramah Dr.Maszlee Malik bertajuk UNIVERSITI BUKAN KILANG. Dr.Maszlee Malik adalah salah seorang pensyarah di UIA. Wacana ini berlangsung di USIM.
Points penting dalam ceramah beliau:
- Dalam konsep pembelajaran universiti sekarang, kita dijuzuk-juzukkan. Dihalang untuk membuat pilihan sendiri. Dilarang untuk memilih sendiri subjek yang kita nak belajar.
- Kini kita belajar untuk enjoy. Kita bukan belajar apa yang kita nak.
- Kita tidak dibenarkan berfikir apa yang kita nak fikir.
- Orang yang masuk universiti, duduk dalam kelas, dan dapatkan ijazah adalah ROBOT, burung kakak tua. Pelajar universiti seharusnya belajar daripada kehidupan.
- Konsep islamic ialah ilmu tidak dijuzuk-dijuzukkan
- Liberal Arts Study - kursus yang boleh pilih apa saja yang anda nak belajar
- Syed Naqib Al-Attas “Universiti bukan kilang, nak lahirkan graduan berdasarkan market nak. Universiti perlu lahirkan insan yang kamil dan mutakamil. Iaitu memahami ilmu dari segala sudut. Sekurang-kurangnya belajar foundation ilmu itu
- Keseronokan belajar bahasa ialah datang dengan sastera
- Kini kita belajar kerana kita dipaksa belajar, bukan kita nak belajar
- Tak boleh paksa orang belajar apa yang dia tak nak belajar
- Universiti sepatutnya tempat idea dipertandingkan, bukan hanya untuk pelajar, malah orang awam
- Tugas utama pelajar universiti untuk melakukan sosial change. Bukan start waktu grad, tetapi kena start waktu sekarang.
- Tuisyen untuk peperiksaan. Ini sebenarnya tidak membantu pemikiran mereka pergi tuisyen untuk dapat markah tinggi (exam orientated)
- Anak warga lain, pergi tusyen untuk belajar main piano. Orientating skill. Belajar bahasa lain, bukan belajar bahasa untuk exam.
- Parents yang menghasilkan anaknya segulung ijazah, dia tidak akan menghasilkan masyarakat yg bertamadun. Dia nak anak dia bekerja untuk bayar balik 'hutang' yang dia bagi kepada anaknya dahulu.
- Orang paling buta adalah orang yang buta politik.
- Sistem di sekolah tak melatih kita bersifat kritikal dan analitikal. Kita bukan sekadar tidak diberi peluang untuk bertanya, malah kita tidak digalakkan bertanya.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan