Tuesday, December 17, 2013

3 Idiots: sistem pendidikan yang salah

photo credit to imbd


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog saya ini.

Ramai yang dah tonton filem 3 Idiots kan? DAri first saya create blog ni, saya dah cakapkan mengenai filem ini. Apakah isi yang ada dalam filem ni dan apakah perjuangan filem ini?

Filem ini memperjuangkan mengenai sistem pembelajaran yang betul. Selama ini, kita menjadi bodoh dengan sistem. Sistem mengajar kita menjadi bodoh dan terus bodoh. Kita juga takut untuk mencabar sistem kerana kita memasuki zon selesa.


Now i'll write down the best quotes in this film bagi sesiapa yang tak tonton lagi filem ni.

00:38:08 - Kami hanya diajar macam mana nak dapatkan markah yang tinggi, yang baik.

00:40:51 - Sekarang renung balik seminit yang lalu dan cuba fikir. Bila saya tanya soalan ini, adakah kamu bersemangat? Ada sesiapa yang terfikir yang kita akan belajar benda baru hari ini? Sesiapa? Tak ada, semua orang sibuk nak berlumba. Apa guna kamu datang sini kalau macam ni la cara kamu belajar? Ilmu kamu akan bertambah ke? Tak, hanya tekanan bertambah, dan kolej ini bukan periuk tekanan. Singa di sarkas pun belajar untuk duduk di kerusi, sebab takut kena pukul dengan tuan dia, tapi kita panggil singa itu terlatih, bukan berilmu.

01:10:37 - Negara ini pelik betul, order pizza gerenti sampai 30 minit, tapi ambulan?

01:22:57 - Tuan, saya ada masalah dengan keseluruhan gred ini. Keputusan tidak sepatutnya diletakkan di papan kenyataan. Kenapa nak pamerkan kelemahan orang di hadapan semua? Kalau dalam ujian darah tuan, heamoglobin kurang, doktor akan beri berita ke atau paparkan laporan tu dalam tu? Gred menyebabkan pembahagian. Tengok sekarang, saya dapat nombor satu, jadi saya duduk sebelah awak, kawan saya dapat nombor terakhir, jadi mereka duduk tempat terakhir, di penjuru.
credit to google

Dalam filem ini, lebih kepada praktikal bagaimana Aamir Khan (starring) mengubah sistem pendidikan di IPT. Filem ini bagus untuk tontonan guru-guru yang sempit pemikiran untuk mengajar muridmya supada dapat nombor satu dan mementingkan gred subjeknya semata-mata. Kasar kan saya berhujah? Tetapi fikirlah wahai pendidik. Kalian ada ilmu, jangan terlalu rigid tengan sistem pendidikan. Sistem kita dikawal. Kalian sudah berada di zon selesa. Tak ada yang berani membangkang kerana sistem ini yang memberi kalian 'makan'.

Saya sarankan juga semua warga pendidik di atas muka bumi ni menonton 3 Idiots dan satu filem Amitabh Bachan, saya tak ingat tajuk dia.

Kedua-dua filem ini memperjuangkan cara atau sistem pendidikan yang sebenar yang patutnya dipraktikkan di Malaysia untuk menghasilkan graduan yang berkualiti.

Selain itu, saya sarankan para pendidik untuk menonton satu forum di youtube yang bertajuk SEKOLAH BUKAN PENJARA UNIVERSITI BUKAN KILANG (ada 2 parts dalam youtube), dan PEDAGOGI PENDIDIKAN CINTA (ada 2 parts dalam youtube) yang dibawakan oleh Teach For The Needs (TFTN) sebuah NGO yang memperjuangkan isu pendidikan di Malaysia.

Selain itu, para pendidik, sila beli dan baca buku karya cikgu Zul Fikri Zamir bertajuk SEKOLAH BUKAN PENJARA UNIVERSITI BUKAN KILANG.

Akhir sekali sila tonton ceramah dari Dr. Maszlee Malik di youtube yang bertajuk UNIVERSITI BUKAN KILANG
http://www.naimalkalantani.com/2013/11/wacana-ilmiah-drmaszlee-universiti.html

Sekian.
credit to blogger

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan