Saturday, February 22, 2014

Idealism vs Realism

photo credit to adwerks


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog saya ni. I hope you all sihat selalu. Hari ni sabtu. Tak tahu kenapa tiap-tiap hari aku akan bangun awal sebelum pukul 8, walaupun hari itu cuti. Dah menjadi satu habit la kot semenjak aku jadi pelatih PLKN masa sesi 2/2012 dulu.

Kali ini aku nak menceritakan mengenai Idealism dan Realism.

Idealism

Idealism dalam bahasa mudahnya ialah satu falsafah yang menegaskan realiti sesuatu perkara. Perkataan dasarnya ialah 'ideal'. Idealism ialah kunci ke hakikat realiti. Idealism berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud 'melihat'. Idealism juga dapat mengesahkan imaginasi yang cuba untuk merealisasikan konsep mental kecantikan, dan satu taraf kesempurnaan.

Realism

Realism bermaksud usaha menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan perkhidmatan lebih atau interpretasi tertentu. Maknanya boleh pula merujuk kepada usaha dalam seni rupa untuk memperlihatkan kebenaran, bahkan tanpa menyembunyikan hal yang buruk sekalipun.

Idealism vs Realism

Malas aku nak taip panjang-panjang sebenarnya. Mungkin ada yang masih tak faham mengenai Idealism dan Realism yang aku maksudkan di atas ni. Aku bagi contoh la mudah.

Ali seorang yang idealism. Dia berharap isu pendidikan based on exam-orientated akan dihapuskan kerana atas beberapa sebab kerana bagi dia, peperiksaan akan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan seseorang pelajar dan akan menjadikan dehumanisation. Tapi Ahmad pula seorang yang realism. Dia memikirkan bahawa peperiksaanlah yang akan menunjukkan potensi seseorang pelajar dalam kelas. Dan beliau tidak berfikiran bahawa peperiksaan akan merosakan nilai-nilai kemanusiaan terhadap murid kerana adanya soalan-soalan nilai-nilai murni dalam peperiksaan. Lagipun mustahil bagi Ahmad untuk peperiksaan dihapuskan kerana memang tak logik dan dia tak tahu peperiksaan nak digantikan dengan sistem apa selepas dihapuskan. Titik.

Orang yang berfikiran seperti Ali ialah orang yang idealism. Idealsim sering berhadapan dengan masalah. Sering mencabar sesuatu sistem. Sering tidak berpuas hati. Idealism ini tidak suka berada dalam zon selesa. Mereka nakkan jawapan yang tepat. Selalunya mereka ini akan berfikiran 'kenapa?'. Mereka selalu berfikir secara kritikal. Mereka nakkan jawapan dan situasi yang ideal dan sempurna.

Orang yang berfikiran seperti Ahmad ialah orang yang realism. Realism ini adalah orang yang suka dan gemar duduk dalam zon selesa. Mereka tidak berani mempersoakan kenapa dan apa. Mereka hanya menerima seadanya tanpa membantah. Mereka jarang berfikir hal-hal yang remeh. 

Tidak salah untuk berfikir dengan mana-mana sistem pun. Itu hak masing-masing. Tetapi aku sendiri lebih kepada idealism walaupun aku tahu perkara yang aku cabar itu susah untuk dilakukan.

Selalunya idealism inilah yang akan dijemput menghadiri sesuatu forum atau menyeselaikan sesuatu masalah. Kerana mereka berfikiran secara kritikal. Mereka berada di pihak minoriti. Nisbah kasarnya ialah sekitar 1:50.

Bagi aku. memang tak salah bermazhab idealism atau realism pun, tapi bagi umat Islam, asalkan jangan lari dari tauhid sudah memadai.

Setiap manusia nak kan sesuatu perkara itu sempurna, tapi bukan setiap manusia berani mencabar sesuatu perkara itu.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan