Saturday, December 14, 2013

Menghafal untuk peperiksaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya baru balik dari cafe ni. Terima kasihlah kepada Ain Atikah sebab belanja saya minum kat cafe tadi. huhuhu.

Semalam ada quiz untuk subjek Programming Principle. Lepas quiz, I borak dengan beberapa orang classmate I. I tanya macam mana dapat tinggi markah dalam quiz tadi.

Rata-rata classmate I jawab "I hafal la apa yang lect suruh baca tu".


Dari pendapat diri sendiri

Sebenarnya benda yang lect suruh baca, kita tak perlu hafal untuk mengingatkannya. I ingat lagi quote cikgu Maths I masa I form 5 dulu, "jangan hafal, tapi ingat"

Orang yang mennghafal untuk peperiksaan tidak akan berjaya pada masa akan datang kerana dia dapat cemerlang dalam sesuatu peperiksaan itu bukan dengan ilmu pengetahuannya, tetapi hanya hafalannya.
Cuba suruh dia exlpain apa yang dia hafal. Adakah dia boleh explain dengan details?

Bagi saya, ada dua jenis manusia yang mempelajari sesuatu:

Pertama: Orang yang tahu benda itu dan dapat jawab peperiksaan atau quiz atau test mengikut pengetahuannya, tetapi tidak boleh describe dengan details sesuatu itu kecuali apa yang gurunya ajar. Sebenarnya dia pun tak tahu apa yang dia belajar.

Kedua: Orang yang tak dapat jawab peperiksaan dengan cemerlang, tetapi bila ditanya secara lisan dan pratikalnya, dia dapat describe dengan details sesuatu perkara itu. Manusia ini selalunya "tak dapat nak explain di atas kertas"

Jujur saya cakapkan, walaupun saya minat Programming. Tapi bila ada quiz atau test, saya tahu apa benda yang disoal, tetapi tak tahu macam mana nak terangkan dalam bentu jawapan bertulis.

Kalian pernah tonton filem bollywood tajuk 3 Idiots? Confirm la pernah kan?
photo credit to jamesannjo

Ada satu part tu, Aamir Khan dihalau dari kelas Engineering oleh lectnya kerana mengdiscribe maksud 'mesin' dalam bentuk yang mudah. Lect tu nak jawapan seperti dalam buku. After that Aamir Khan pun cakap, "apa guna lect kalau kita hanya bergantung pada buku?".

Itu yang I cakapkan tadi. Ada sesetengah pelajar ni tahu apa benda atau perkara sesuatu itu, tetapi pelajar ni tidak tahu macam mana nak hurai dalam bentuk jawapan.

Begitulah sistem pendidikan di Malaysia. Menyediakan jawapan kepada pelajar. Sistem tidak mengajar pelajar tu berfikir jawapan, tetapi mengarahkan pelajar itu menjawab sama macam dalam skema jawapan, jawapan lain tidak diterima.

Impaknya, pelajar hanya tahu jawapan, tetapi tak tahu apa fungsi atau kenapa jawapan itu betul dan jawapan pelajar buat tu tidak boleh diterima.

I tak pelik kalau pelajar yang sering dikerumuni oleh pelajar lain untuk ditanya sesuatu masalah dalam sesuatu subjek, pelajar tu tak dapat jawab dengan cemerlang dalam peperikasaan. Pelajar ni diketagorikan sebagai pelajar yang pintar teknikal atau pintar praktikal, tapi tak pintar secara virtual.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan