Review Forum: TNTF - Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang

photo credit to fb Zul Fikri Zamir
Assalamualaikum dan dalam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog ini secara langsung atau tidak langsung.

Post kali ini berkenaan dengan forum yang diadakan oleh pihak Teach Fot The Needs (TNTF) iaitu forum SEKOLAH BUKAN PENJARA DAN UNIVERSITI BUKAN KILANG.

Forum ini dibuat pada 1 Mac 2013 di kompleks Karangkraf, Shah Alam. Sebenarnya tiada orang yang memberitahu saya mengenai forum ini. Tetapi Jumaat lepas, saya sedang melayari facebook, tiba-tiba ada friend yang upload gambar buku SEKOLAH BUKAN PENJARA - UNIVERSITI BUKAN KILANG. Bila lihat tajuk buku tu sahaja, saya sudah terkedu. Gila punya title.

Lepas tu saya berusaha mencari buku itu di internet (online). Duk asyik googling, rupa-rupanya ada juga forummya di youtube. Forum 2 jam ini TIDAK MEMBOSANKAN LANGSUNG !! Must see! Jangan jadi pelajar sekolah atau mahasiswa jika tidak menonton forum ini.

Panelis yang mengambil bahagian ialah Dr Maszlee Malik (penysyarah UIA), Hishamuddin Rais (tukartiub, aktivis), Zul Fikri Zamir serta saudara Anas Alam Faizli sebagai Moderator.

Forum ini ada 2 bahagian.
Bahagian 1 - sekolah
Bahagian 2- universiti

Forum yang sangat menarik perhatian saya. Memang khusyuk mendengar. Selepas 2 jam mendengar dengan teliti, satu perasaan yang tak dapat digambarkan oleh diri saya bahawasanya saya berada di mana sekarang ini. Point-point yang diperkatakan dalam forum ini semuanya brilliant. 

Antara point yang saya dapat dan ingat yang dibahas dalam forum ini ialah:

  1. Sekolah sekarang sudah menjadi seperti penjara. Kena masuk kelas jam sekian-sekian. Bila sudah masuk tak boleh keluar. Nak makan tak boleh order (kecuali private school).
  2. Sebahagian Guru yang mengajar sekarang bukan ingin mengajar pelajar. Tetapi ingin mendapatkan pekerjaan semata-mata.
  3. Pelajar disuap ilmu oleh guru. Tiada interkasi 2 hala. Guru memberi jawapan. Ini yang paling sedih. Pelajar diberi jawapan dalam buku, dalam buku rujukan, buku teks atau oleh cigku sendiri. Pelajar tak boleh mereka jawapan mereka sendiri.
  4. kalau kita NAK BELAJAR, bukan kita bercita-cita nak belajar untuk dapat A, 14A. its very-very boring. Tiap-tiap tahun, 15A, 25A, makcik gembira, anak gembira. Tapi negara ni BANGANG jugak. Tiap-tiap tahun berpuluh-puluh A, tapi BANGANG macam tu juga. There is some problem with the BANGANGRISM.
  5. Pelajar sekarang belajar kerana sistem sekarang diundang-undangkan supaya bersekolah. Mereka wajib pergi ke sekolah. Tetapi hakikatnya sekolah itu penjara. Pelajar diajar untuk menjadi benda yang sama, berfikiran sama, tidak critist and critical thinking.
  6. Kenapa Adi Putera hanya mengajar Tuah lima bersaudara sahaja? Kenapa hanya 5 orang? Kenapa tak ramai? Dan orang itu pula tidak menjadi orang yang sama.
  7. Sistem PBS menyusahkan guru-guru. Orang yang create sistem ini beranggapan bahawa ORANG YANG LAHIR DI MALAYSIA  TERUS CERDIK APABILA KELUAR DARI PERUT MAK. Contohnya, murid tahun 1 sudah ada PBS. PBS ini setiap bulan ada test. Markah test ini ada dibawa kepada peperiksaan besar. Anda reti membaca darjah berapa? Kalau murid darjah 1 pun ada caring mark, mai budak tu. darjah 1 tahu apa je? ada murid yang reti membaca darjah 3. pastu nak caring mark dari darjah 1? gila. 
  8. Pelajar duduk dalam satu kelas yang ada 30-40 orang pelajar. ini bukan kelas, ini BATTALION !!!
  9. Murid tahun 3 memiliki 17 buah buku teks. Darjah 3 pun dah boleh memanjukan industri buku? Buku berkilo-kilo. Berat. Lihat orang tua-tua sekarang. Lihat yang sudah berjaya. mereka bersekolah dahulu, hanya membawa sekeping board untuk menulis. dan sekarang orang itu telah menjadi hebat berbanding kualiti pelajar-pelajar sekarang.
  10. Pelajar belajar bukan untuk mendapatkan ilmu, tetapi bersaing untuk berjaya. belajar untuk menghadapi peperiksaan semata-mata.

Comments