Sekolah adalah PENJARA

photo credit to blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog naimAlKalantani ini. Harap dalam keadaan sihat selalu.

Post kali ini saya petik dari blogger. Copy paste (CP) je dari blog tu. Tak ada mood nak tulis panjang-panjang. Banyak lagi benda lain nak buat ni.

Post ini mengenai SEKOLAH. Sekolah sekarang tidak serupa dengan sekolah dahulu kala. Sistem yang amat kompleks kini menyebabkan ramai pelajar ditindas oleh sistem itu sendiri. Sistgem pendidikan sekarang perlu dipandang serius kerana sudah kucar kacir.


Saya kira loceng dan pagar yang mengelilingi kawasan sekolah adalah simbol kepada pemenjaraan, kerana ia begitu tekun mengatur pelajar-pelajar untuk akur kepada arahan. Mungkin kelainannya adalah apabila sebelum memasuki penjara yang sebenar, individu-individu tertentu awal-awal lagi sudah disabitkan bersalah, namun semasa di sekolah para pelajar telah dibentuk untuk menjadi pesalah kepada kehidupan mereka sendiri.

‘Kalau guru cuma mengajar, Ketam di darat juga mengajar’

Pengelasan pelajar kepada kelas-kelas tertentu ibarat mengkelaskan banduan mengikut sel yang bersesuaian dengan kesalahan jenayah. Disini jelas, sistem kita, pengelasan pelajar dijalankan berdasarkan keputusan semasa pelajar. Yang pandai duk kelas nombor satu, yang kurang pandai duk kelas bawah. Dan mangsa utama adalah golongan pelajar yang duduk kelas bawah dimana mereka sering ketinggalan dan kurang diberi perhatian oleh guru-guru kerna guru lebih banyak beri perhatian kepada golongan yang ada harapan cemerlang dan dapat harumkan nama sekolah. Ini sangat menyedihkan kerna golongan kelas bawahan ini yang sememangnya tidak diberi harapan dan seolah banduan yang menunggu tali di leher untuk digantung mati.

Budaya bertanya dan berkongsi ilmu kurang diterapkan didalam pembelajaran. Ini dapat dilihat dimana pelajar sekolah tidak diasah budaya fikir dari peringkat tunas lagi dan jarang membuka titik persoalan yang akan membuat pelajar tertanya-tanya dan berfikir. Kebanyakkan guru hanya tahu fikir nak habiskan silibus subjek tanpa memikirkan pelajar-pelajar faham secara jelas atau pun tidak (bukan niat nak rendah-rendahkan martabat guru, tapi ini hakikat yang perlu diterima oleh guru-guru, sebab saya juga pernah melalui zaman persekolan dan tahu macam mana guru-guru saya). Akibatnya, pelajar-pelajar (termasuk saya) menjadi penerima yang disuap oleh guru tanpa bertanya samada itu racun atau madu. Guru juga jarang melakukan 'perbualan dua hala' dengan pelajar dan sepatutnya, guru juga perlu belajar daripada pelajar. (jangan tahu nak mengajar je cikgu!)

credit to ana-silara dan projekdialog

Comments