Thursday, April 3, 2014

Jangan Merasa Rugi Membeli Buku

photo credit to edudemic
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog aku ni. Lama sangat dah rasanya tak update blog ni. Banyak masalah menimpa diri di akhir-akhir ni. Adalah masalah remaja sikit. Hmm. Kadang-kadang aku ni macam watak Hafiz dalam novel Awek Chuck Taylor. Si Hafiz punyalah berfikiran idealism. Tapi bila situasi tu kena atas kepalanya sendiri, terus dia jadi idealism.

Ok. Terus kepada point tajuk.

Dulu, aku macam typical Malay jugak. Tak suka membaca. Tak minat. Tak best la, sebab tak ada gambar-gambar. Bahan bacaan aku dulu hanyalah majalah yang bergambar. Nak baca novel atau buku-buku intelektual tu memang tak la kan.

Tapi kini aku berubah setelah membaca novel-novel alternatif. Kat sini aku bukan nak buat promosi mengenai novel alternatif, tapi 'buku'.

Ok. Aku suka membuat perbandingan.

Buku Berbalut

Hari tu, aku ada pergi kedai buku. Tak perlulah cakap kedai mana sebabnya semua kedai hampir sama dengan situasi aku ni.

Aku masuk kedai tu, aku ke rak 'Novel Melayu'. Aku dapat lihat, buku-buku Melayu ni dibalut kemas macam nangka. Kenapa kita perlu balut novel-novel tu? Takut orang bacakah? Hei, orang tak gilalah nak duk tercongok kat situ nak baca novel kau semata-mata.

Nami Cob Nobbler dalam karyanya Pengejar Bintang menulis lebih kurang "kenapa perlu balut buku? Perbuatan itu ibarat si penjual tak mahu menjual buku tu kepada pembeli. Kalau buku tu menarik isinya, mereka akan beli. Tak perlu balut pun".

Pemerhatian anda sendiri, cuba anda masuk kedai buku, pergi ke bahagian novel Melayu, dan bagi tahu aku berapa je buku melayu yang tak berbalut (tak termasuk sample).

ok. Lepas tu, aku pergi ke rak 'Novel Inggeris' pula. Amat ketara perbezaannya. Susah aku nak cari novel inggeris yang berbalut.

Itulah masalah orang kita. Publish buku, lepas tu balut. Korang balut untuk apa sebenarnya? Tak nak beri orang baca selagi tak beli? Ke nak jaga kondisi fizikal novel tu?

~ sebab tu novel alternatif tak berbalut. hahaha

Beli vs Pinjam

Ni satu lagi masalah orang kita. Aku bagi satu situasi. Aku ada buku Sang Kancil, aku beli buku tu. Di samping tu, aku juga menjual buku tu. Aku letak dua-dua buku tu atas meja, dan aku tanya anda semua "kau nak beli ke nak pinjam?".

99.99% manusia Melayu akan menjawab "baik aku pinjam". Itu masalah. Anda merasa rugi membeli buku. Kenapa jadi macam tu? ok. Aku akui, dulu pun aku pun sama macam anda semua. Better borrow then bought kan. Sebab jimat.

Kat sini bukannya aku tak beri anda semua pinjam meminjam buku. Lepastu apa guna library kalau tak boleh pinjam buku kan? Tapi, jika anda tahu anda mampu memiliki buku tu, lebih baik anda beli. Rasionalnya, buku tu adalah hak mutlak anda. Tak perlu nak kesah untuk menjaganya sebab anda menjaga barang anda, bukan barang orang lain. Selain tu, buku, kita boleh klasifikasikan sebagai bersifat kekal. Anytime kita boleh rujuk balik apa yang kita nak. Kalau buku pinjam, kita kena pulang kembali kepada pemilik bila sampai masanya.

Pemerhatian aku, kita sangat berbeza dengan gaya orang barat. Orang barat, bila mereka belek-belek sesebuah buku, dan mereka dapati buku tu menarik, mereka akan berfikir "menarik, nak belilah".

Tapi, orang Melayu kita, bila jumpa buku menarik, dalam kepala mereka dah ada satu idea iaitu, "menarik buku ni. Siapa ek member aku yang ada buku ni, baik pinjam je dengan dia".

Aku sendiri, pernah pinjam buku 'Aku Bukan Leon Trotsky Kamu Semua' dari kawan aku, aku khatamkan buku tu. Lepas tu, aku beli pulak buku tu. Aku tak rasa rugi. Sebabnya macam aku cakap tadi, buku ini bersifat kekal. Mudah buat rujukan.

Orang kita ni sebenarnya kedekut nak mengeluarkan duit untuk membeli bahan bacaan. Kajian Perpustakaan Negara sendiri, purata orang Malaysia membaca ialah DUA HELAI mukasurat buku SETAHUN. 

Ada dua masalah kat situ. Pertamanya ialah orang kita memang malas membaca. Keduanya orang kita kedekut nak keluarkan wang untuk bahan bacaan.


No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan