Result SPM SPM SPM



photo ping to blogger

SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM !!!

Tadi aku buka Twitter, #SPM dah jadi trending walaupun result keluar hari Khamis ni. Ni nak khabak' mai sikit kat candidates SPM.

Awak-awak sekalian, tu result je kot. Exam SPM dah HABIS. Ni ada lak sesetengah manusia forward sms kat aku suruh baca surah-surah masa ambil result. Bagi aku tak ada faedah langsung. Anda semua sepatutnya nervous dan takut masa nak exam tahun lepas tu, bukan sekarang.

Anda semua buat macam mana pun sekarang, result tetap dah keluar just tak dipamerkan lagi je. Lepas tu ada pula manusia yang forward sms lebih kurang macam ni “anda jangan menyesal kalau result anda corot sebab tak forward sms ni (doa) pada 10 kawan yg lain”. Mengong siapa buat sms BERANTAI macam ni. Sms tak dapat menentukan result anda semua. Cuba belajar hukum syarak, hukum akal, hukum adat sikit.

Kalau hukum syarak, HARUS result korang akan berubah dalam sijil SPM tu. Kalau hukum adat, mustahil berubah. Kalau hukum adat, mustahil jugak.

Dah terhantuk baru nak tengadah. Sepatutnya anda semua kena berdoa masa @ sebelum jawab exam baru ni. Bukannya nak dekat result. Pastu ada pula dua tiga orang manusia tanya aku, “Naim, kau tak nervous ke result Khamis ni?”. Nak nervous bendanya, benda dah ada depan mata & tak akan berubah. SPM ni ibarat mcm MATI la. 

Mati: sebelum anda semua mati, anda selambe katak je langgar suruhan Allah (contoh). Lepas tu bila dah mati, masa dlm kubur tu sebelum dua malaikat tu datang, anda confirm akan menyesal sebab anda tak beribadat bersungguh-sungguh masa di dunia dulu. Anda menyesal macam mana pun, tak akan boleh kembali semua sebab masa dah tiba.

SPM: sebelum anda semua SPM, anda selambe katak je tak study untuk SPM. Lepas tu bila dah abis exam, anda menyesal sebab anda tak struggle bersungguh-masa masa di dunia dulu. Anda menyesal macam mana pun, tak akan boleh kembali semua sebab masa tak boleh undur.

SPM dan mati ni 1 je beza yang ketara iaitu SPM ada paper Julai & boleh repeat. Tp mati tak boleh. 

Ada pula tu yang cakap kat aku “Mati kite tak tau bila, buat apa nak nervous? SPM aku tau Khamis ni sebab tu nervous”. 

Der, sebab tak tau bila la kita kena nervous mane la tau esok ke. Kalau SPM, dah tau result tu macam mana pun akan keluar hari sekian-sekian, struggle la betul-betul sebelum SPM tu. Ni tak, nak ambil result baru rasa insaf.

Lepas tu ada pula yang cakap “SPM ni penentu masa depan, Naim. Kau macam tak kesah je”.  Aku kesah sebelum aku exam tahun lepas. Dah exam, penentu kita takdir je. Pastu Ustaz Azhar Idrus kan dah bagi tahu, “Sesiapa yang percaya peperiksaan adalah penentu hidup, maka AKIDAHnya telah ROSAK”.

Allah ni kan, Dia ada sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dua sifat ni hampir sama, pengasih dan penyayang. Kalau nak syarah dua sifat ni, letih tangan aku naik tekan keyboard. Tapi di sini aku nak tekankan, Allah akan bagi rezeki dengan sifat Ar-Rahman-Nya kepada sesiapa sahaja makhluknya yg Dia cipta. Waima kafir yang paling jahat atas muka bumi ni pun. So, kita wajib percaya sebab tu sifat Allah. Penentu kita dah ditulis dalam Luh Mahfuz. Kita wajib percaya Qada' dan Qadar. 

Kita hanya mampu berdoa untuk cemerlang SPM. Tapi jangan pasang dalam hati bahawa SPM ni penentu masa depan. Tak elok. Allah tu Maha Kaya, Dia dah atur molek benar dah rezeki kita selama kita hidup di dunia. Bukannya SPM yang bagi rezeki. Tapi SPM ni antara PERANTARAAN Allah untuk beri rezeki kepada kita. Sebagai contoh, kita makan nasi, lepas tu kita kenyang. tapi perlu ingat bahawasanya bukan nasi yang mengeyangkan kita, tetapi kehendak Allah. Jika kita makan nasi empat pinggan sekalipun, kalau Allah takdirkan kita tak kenyang, nescaya tak akan kenyang.

Bukannya kita akan mati kalau failed SPM. Bukannya Allah akan tanya di Mahsyar nanti pasal SPM kita. Ni tak, duk menggelabah macam kucing nak tunggu result SPM. Heboh sana sini “weh, aq nervous la, nanti failed macam mana aku nak masuk U? Mana aku nak letak muka? Nanti apa cikgu-cikgu cakap?”

Anda fikirlah sendiri. Mungkin pendapat aku ni tak relevent bagi anda semua. Tapi fikirlah dengan HUKUM AKAL dan HUKUM SYARAK dan HUKUM ADAT. Tak salah nk nervous, cuak dan yang sewaktu dengannya, tapi kena berpada-pada. Nervous tu normal la, aku pun nervous SPM ni weh.

Mungkin ideologi aku bertentangan dengan pemikiran kebanyakkan orang, tetapi cuba bersikap profesional dan menggunakan akal yang ada untuk berfikir, bukannya mengikut orang semata-mata.

Comments

  1. Baca surah takd e faedah(??) r u kidding me?? emmm -"" maaf ye >akak/abg< hmm sory lg skli ... 2 ari je lgiii result kluar..

    Just nak gitau ni .. TAKDE MUSTAHIL BAGI ALLAH..

    Kbyee!

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan