Tuesday, November 5, 2013

SPM Penentu Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan-rakan dan sahabat. Sihat? Dah tonton dah filem Highland Tower? Saya nasihatkan tak payah tonton la filem yang tidak sebeberapa itu. Nak juga update blog pasal filem tu, tapi tak ada masa lagi. :)

Esok SPM, junior-junior saya yang SPM tu, mesti berdebar-debar sebab SPM ni penting katanya. Sama macam saya juga pada tahun lepas. Saya pun nervous. Tapi nervous saya pun, time2 macam ni la saya tengah baca buku Renyah untuk paper BM esok. Seriuslly! Esok paper BM, saya khatamkan Renyah dan Sutera Dalam Lukisan. Sebelum tu saya tak pernah baca habis pun novel dan antalogi tu. Lepas baca Renyah, baru la perasan, "best jugak citer ni". Sebelum masuk exam hall 1st day, saya baca novel tau, novel Ramlee Awang Murshid. Kawan-kawan ramai marah. Tapi dengan selamba je saya baca, memang masa tu tak study untuk paper BM pun. Tapi SPM. BM saya dapat A tau. Jasa baca novel. Tu la pengalaman sebelum SPM. 


Ok kali ni saya nak you all yang ambil SPM esok ni baca la ni sikit ye saya nak bagi advice dari pandangan saya yang critical ni. Huhuhu.. berkaitan pembelajaran juga. Sebab y'll belajar dari darjah 1 ni, sampailah ke form 5 nak exam SPM. Struggle bagai nak mati. Lepas tu periksa mana sampai 48jam pun. 11-12 tahun anda belajar untuk buat desicion hidup atau mati semasa SPM? 

Berapa ramai dari kita yang percaya hidup ditentukan oleh SPM; sehingga berjaya atau tidak diukur kepada bilangan A ketika kita semua berumur 17 tahun? Masyarakat malah meletakkan SPM sebagai panduan hidup – seseorang akan berjaya atau tidak diukur melalui bilangan A-nya.

Ada saya lihat di facebook, seorang user telah post status lebih kurang "semoga berjaya dlm SPM. Buat elok2, ini adalah penentu masa depan anda"

Di Malaysia, strereotaip masyarakat telahmenyebabkan sekolah-sekolah menjadi kilang perusahaan target-target A. Bermula di sekolah rendah, anak-anak diajar pendidikan ialah pencapaian terhadap A, sebuah target ilusi kepada kehidupan. Menjelang Julai setiap tahun, sekolah di seluruh negara akan berlumba-lumba menghasilkan murid “straight A”; menyebabkan ukuran hasil pendidikan terhad kepada aspek Intelek melalui peperiksaan bertulis sahaja.

Kini timbul persoalan baharu. Apakah fungsi sebenar pendidikan? Di Malaysia, pendidikan didefinisikan sebagai pencapaian akademik atau merit. Anak-anak ke sekolah untuk mencapai “A” yang berderet. Adalah dipercayai “A” yang berderet-deret ini akan membantu menghantarnya ke universiti lantas menyelesaikan masalah hidupnya di masa depan.

Malangnya di dunia global, individu seperti Bill Gates (pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Michael Dell (pengasas Dell) ataupun Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) tidak pun manghabiskan pengajian mereka di universiti. Namun keempat-empat individu di atas bukan sahaja berjaya di dalam bidang masing-masing. Mereka bahkan membina sebuah peradaban teknologi baharu lantas menyumbang kepada manusia dengan merevolusi dan merubah gaya kehidupan di dunia ini.

Individu seperti Aaron Swartz, Mark Zuckerberg, Steve Jobs atau Bill Gates mengubah dunia tanpa memikirkan CGPA mereka. Swartz ‘drop-out’ dari Stanford University selepas setahun pengajian, kemudiannya menjadi felo di Harvard University. Malangnya mahasiswa di Malaysia asyik dan sibuk berfikir untuk ‘meluluskan’ diri dari universiti sehingga terlupa dunia berubah tanpa penglibatan mereka.

Konsep pendidikan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia harus segera berubah. Ganjaran material yang dibaiah kepada sekolah yang mencapai pencapaian menakjubkan di dalam bidang akademik harus segera dimansuhkan.

Pendidikan di sekolah harus segera berorientasikan pembinaan individu yang lebih holistik. Tak mungkin seorang anak berbakat seni yang besar dipaksakan oleh masyarakat ke dalam bidang sains kejuruteraan. Tidak adil seorang anak berbakat sastera yang besar dipaksakan oleh masyarakat menjadi produk teknologi perubatan.

Pendidikan harus bersifat menyeronokkan. Anak-anak harus merasa teruja ke sekolah, bukan kerana selalu mendapat banyak A. Tetapi mereka ke sekolah kerana sifat ingin tahu, kerana percaya diri mereka akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu tentang dunia, tentang perkara yang tidak mereka pernah ketahui sebelum ini. Sekolah adalah institusi mulia untuk proses pertanyaan dan pencarian ilmu, bukan sebuah makmal hafalan ilmu-ilmu sedia ada yang skripnya telah disediakan oleh guru semata-mata untuk lulus peperiksaan.

“In trend” masa kini iaitu ibu-bapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor ataupun jurutera terutama jika mereka berjaya mendapat bilangan A yang banyak di dalam peperiksaan harus segera diubah. Lantarannya, semua pelajar-pelajar ini dipaksa memasuki bidang bukan menurut minat mereka. Hasilnya, mereka yang tidak mendapat bilangan A yang banyak mengambil jurusan pengurusan mahupun agama.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat di mana anak-anak belajar untuk mempercayai dirinya sendiri sehingga percaya kepada kemampuan dan minatnya melalui pengasahan bakat secara konsisten selama sebelas tahun bermula Tahun Satu sehingga tamatnya Tingkatan Lima.

*sebagian di atas adalah dipetik dari Projek Dialog dan The Malaysian Insider.

Dinasihatkan para calon SPM ni beli dan baca buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang karya cikgu Zulfikri Zamir keluaran DuBook Press. Saya bukan nak promote buku ni nak bagi pengarang dia dapat banyak royalti, tetapi saya nak anda semua berfikir sejenak apa yang anda buat semasa di sekolah selama 11-12 tahun dulu..

2 comments:

  1. Salam. Nak komen sket. Bagus blog anda, mencerminkan diri yg ada pemikiran kritis dengan isu2 sebegini. Kita jadi begini kerana ini lah model sebuah negara kapitalis. Semuanya berkiblatkan keuntungan. Pelajar2 ini umpama produk yg bila keluar nanti sedia utk memenuhi kehendak pasaran pihak kapitalis sebenarnya. Dan kita sebenarnya tidak dapat berbuat apa2 sebab seluruh dunia sudah dikuasai oleh sistem ini. Kecuali kita dok kampung tanam sayur dan bela ayam itik dan sebagainya. Cuma nak tambah jugak, Zuckerberg, Gates, Jobs etc semuanya Yahudi. Kejayaan mereka banyak disebabkan oleh faktor ini bukanlah atas faktor genius. Ramai orang genius di dunia malah sebenarnya orng Islm pun rmi yg genius. Tetpi kerana mereka Islam pelung merek tidak secerah mereka2 ini. Mungkin kalau anda buat reserch lagi tentng freemason dan secret society seperti skull & bone, anda boleh buat artikel berkaitan ini pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Sebenarnya yg pasal Jobs, Dell, Zukerberg tu, point sy ialah mereka bukan ada ijazah pun dan tak habis universiti pun. Tetapi mereka berjaya mengubah dunia. Kita yg semua A SPM ni, tidak berjaya lagi mengubah masyarakay kpd yg lebih baik. Kita belajar semacam produk utk market2. Sy pandang dari sudut berbeza kowt. Tp yg tuan komen pasal yahudi tu pun betul jugak. Terima kasih :)

      Delete

komen dan kritikan amat digalakkan