Pendidikan bukan masa hadapan

Tadi dalam pukul 1pm, saya ada menonton sebuah cerita kat TV2. tajuknya The Figure. Cerita mengisahkan seorang budak perempuan yang meminati sukan ais skating (meluncur ais). Saya tak menonton hingga habis cerita ni, hanya pada permulaannya sahaja.

Tetapi ada satu part yang saya tertarik dan ingin kongsikan.

Si anak (budak perempuan/ watak utama) nak masuk boarding school sebab dia dapat tawaran belajar bermain ais skating kat sekolah tu, diajar oleh pakar skating di negaranya. Pakar itu ingin membuat si anak itu menjadi star.
Bila si anak ni tanya ibunya:


Ibu: Kamu tak usah pergi. yurannya mahal.

Anak: Please mom.

Ibu: Bagaimana dengan pelajaran kamu di sekolah kamu? Kamu perlu belajar, bukan sibuk untuk skating
Anak: INI BUKAN MENGENAI PENDIDIKAN SAYA, INI MENGENAI MASA DEPAN SAYA.


Harap semua faham apa yang si anak itu ingin sampaikan.

Ramai orang membuat link diantara 'pendidikan' dengan 'masa depan'. Pendikan cemerlang, akan cerahlah masa depan.

Dan kini lazimnya bila sebut sahaja 'pendidikan', hanya akan berlaku di sekolah. Tetapi sedarkah anda bahawa pendidikan tidak tertentu hanya di sekolah?

Kenal Gates? Zukerberg? Dell? Mereka bukannya tamat pengajian di universiti, tetapi dapat menjadi kaya-raya pada masa ini. Kenapa? Kerana mereka tidak 'link'kan (menghubungkan) diantara pendidikan dengan masa depan.

Bill Gates pernah berkata, “I FAILED in some subjek in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft and I the owner of Microsoft"

Comments