Thursday, November 7, 2013

SPM Sebagai benchmark

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada para pembaca blog NaimAlKalantani ini. Moga baca blog ni dengan enjoy ye. Tiada sebarang provokasi.

Sebenarnya saya pelik ni. Blog ni sepatutnya expired bulan 8. Sebabnya quota domain ni ialah setahun. Bulan 8 tahun lepas saya register. Nak cakap Google Wallet buat auto pay dari account saya, tak der pulak Maybank saya berkurangan duit, makin bertambah ada lah. Hahaha..

Ok, bagi budak SPM, hari ni exam ape? Hari ke-2 dah kan? Ok? Best SPM? Don't be like me lah macam tahun lepas mula-mula exam semangat ni, pastu nanti tengah-tengaj bulan, down terus. Puncanya sebab tertekan dengan masa, SPM ni lama sangat. Tapi ade pro & kontra juga SPM ni sebulan.
Tapi kan, SPT seminggu je weh, lagi syok. Lulz.



Ha. Takziahlah kepada rakan seperjuangan yang meninggal dunia masa tengah jawab paper BM semalam. Maybe tahun depan SPM akan dimansuhkan sebab itu boleh membawa kepada kematian. errr..

:)

Mengenai peperiksaan, saya ada update blog saya yang lepas, betapa rigidnya bani Melayu ini berfikir mengenai SPM. Dan itu adalah benar, perlukah kita meletakkan tanda aras hidup kita semasa berumur 17 tahun?

Ada saya menerima komen SPM itu:
benchmark for futhur study, kalau kamu dapat sikit A, dapat ke kamu nak apply oversea? Nak apply biasiswa? For those yang memang nak pergi oversea haruslah struggle time SPM. Kerajaan yang mewujudkan SPM tu.

Saya tidak nafikan bahawa SPM penting dalam pendidikan. Nak buat loan pun saya rasa nakkan SPM. Waima kamu dah ada degree sekalipun, kamu tetap akan ditanya mengenai SPM semasa kamu ingin meminta pekerjaan.

Tapi pendapat saya berbeza. 'Pendapat yang berbeza', bagi saya bukan satu kesalahan. Pendapat ini adalah buah fikiran yang lahir ikhlas daripada seseorang insan. kita tak boleh nak buatkan seseorang manusia itu berfikir macam kita berfikir. Macam pendapat imam 4 mazhab, keempat-empat mazhab ini ada pendapat masing-masing, dan kenapa keempat-empat mazhab ini tiada yang salah? Bila timbul pendapat yang bercanggah, tak semestinya pendapat yang strict lebih benar berbanding yang lain.Seseorang akan berfikir dan menyiasat, lepas tu mengeluarkan pendapat atas penyiasatan yang dilakukan. Sebab tu saya tidak suka orang yang nak kondem orang lain diatas sebab pendapat yang berbeza.

Pendapat saya menyatakan bahawa, SPM suatu ujian yang dilakukan terhadap pelajar yang berumur 17 tahun adalah tidak relevant dengan exam orientated. Ini akan melahirkan banyak lagi 'robot' di masa akan datang.

Kalau melihat pada dunia sekarang, ada sesetengah manusia yang cemerlang SPM tidak dapat meneruskan hidup. Dulunya berjaya dalam pendidikan, tetapi kini hancur dalam kehidupan.

Bagi saya, pendidikan kini atau SPM bukan bertujuan untuk memanusiakan seorang manusia. Bagi saya, SPM ini hanyalah exam orientated yang menyusahkan pelajar-pelajar. Pelajar diajar menghafal, membaca itu ini, tetapi hanya untuk peperiksaan. Saya bukan bercakap kosong, saya dah alami semua tu. Sehinggalakan rakan satu batch dengan saya bagi credit kepada saya, "Naim, apa yang kau cakap selama ini dalam fb dan blog tu, semuanya betul. Aku baru sedar sekarang".

Anda semua orang educated kan? Orang berpelajaran tinggi kan? Pernah tak anda terfikir apakah falsafah pendidikan yang dibawa oleh Socrates? Kenal tak Socrates ni siapa?

Pendidikan bukanlah exam orientated semata-mata. Cikgu saya ada pesan, "belajar bukan kerana SPM, belajarlah kerana itu adalah ilmu". Pendidikan sepatutnya memanusiakan seseorang sosok. Tak guna kita stright A SPM, tetapi mentaliti kita masih tak berubah dan kita tidak 'dimanusiakan'.

Kita hidup, bukan bergantung kepada SPM. Ada saudara saya yang SPMnya failed, tetapi kini kaya raya. Pendidikan sepatutnya diukur apakah yang akan diberi oleh pelajar itu untuk mengubah sesebuah masyarakat itu. Bukannnya berfungsi untuk menkayakan diri, menjadi doktor hebat, dan kaya raya tetapi berniaga dengan pangkat doktor semata-mata tanpa rasa ingin mengubah masyarakat.

Pendidikan, kita tak boleh ukur diatas sejauh mana pelajar ini boleh menjawab peperiksaan. Tetapi kita sepatutnya ukur apakah sumbangan pelajar ini kepada masyarakat diatas kependidikannya?

Semalam saya ada tonton satu filem hindustan yang bertemakan pendidikan, lakonan oleh Amitha Bachan. Saya tertarik dengan satu dialog.
Pengetua: jika kamu tidak dapat jawab peperiksaan ini, kamu akan failed, dan kamu akan dibuang sekolah.
Pelajar: Cikgu boleh gagalkan saya dalam ujian, tapi tak ada orang boleh gagalkan saya dalam hidup saya.

Dari dialog tu, pendidikan di sekolah bukanlah suatu yang mesti. Saya suka memberikan contoh dengan nama-nama yang besar. Gates, Zukerberg, Dell, dan Jobs. Mereka semua ini ini bukannlah tamat dalam universiti pun. Tetapi mereka ini telah berjaya memberi sumbangan kepada masyarakat. Kenal siapa yang membuat Honda? Tahu tak pembuat honda itu semasa kecilnya, jika dia menulis namanya, nama itu terbalik. Pendek kata, namanya sendiri pun dia tidak tahu eja.

Ramai tokoh-tokoh berjaya mengubah masyarakat yang boleh dijadikan inspirasi walaupun tokoh ini kurang pendidikan dari segi exam orientatad.

Point di post kali ini ialah, pendidikan itu bukanlah diatas kertas. Biarlah SPM itu sebagai benchmark for the future. Tetapi bukan semua yang berfikiran rigid macam tu. Ada manusia yang tidak memerlukan SPM untuk mereka berjaya.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan