Friday, November 8, 2013

Pendidikan dari beruk

Skrip dari Manga Cromartie High School Vol 10 episod 210, kisah seorang pelajar sekolah tercampak ke planet berukera (planet of the ape).
Seekor berukera bertanya, "Ada sesuatu saya nak tanya? Apa maksud perkataan "sekolah" yang awak sebut tadi?".

Jawab pelajar itu kehairanan "Huh adakah awak nak beritahu saya di sini tak ada sekolah? Sekolah ialah tempat berkumpul dan belajar. Tanpa guru memberi kita pengetahuan tentang peraturan masyarakat, kita akan susah nak hidup".
Tanya Berukera tu lagi "Kenapa perlunya ada tempat sebegitu?"
Pelajar itu menjadi pelik, "Kenapa apa?".
Berukera itu sambung, "Ya, kenapa perlu pergi ke sekolah untuk belajar. Pengetahuan ada di mana - mana sahaja yang kita boleh lihat. Kami monyet belajar sesama sendiri jadi kami semuanya adalah guru.Tidakkah itu mencukupi? Kenapa perlu berkumpul untuk belajar? Keupayaan adalah berbeza mengikut individu. Kita belajar mengikut rentak kita sendiri.
Pelajar itu menjadi kagum "Mendengar cakap awak mungkin ada benarnya. Mungkin banyak benda yang tak berguna di tempat saya.".
Berukera itu menjawab "Itu pendapat saya sahaja mungkin saya pun tak betul". Setelah berukera itu memberi sesuatu ia pun meninggalkan pelajar itu.
Pelajar itu berfikir "Kagum betul dengan pendapat makhluk itu tapi aku tak nak dengar pendapat sebegitu dari seekor beruk".

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan