Friday, October 11, 2013

Nak jimat 2 tahun masuk form 6? Whats the point?

photo credit to eputra

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers. Lama dah I tak update blog ni kot. Tengah kalut with study (study la sangat).

1st for all, I nak cakap kat sini, ramai diantara student lepas SPM yang tengah kalut memikirkan "Nak masuk Form 6 atau buat Dip (diploma) kat UiTM (contoh universiti)?"

Ini hakikat. Lepas SPM, confirm ada kawan-kawan yang tanya kita kan. Sibuk-sibuk dalam twitter, dalam facebook. Tak kurang jugak I sendiri memikirkan benda ni dulu.


~ Kalau pergi Form 6 atau Matrikulasi, dapat save 2 tahun.
~ Kalau ambil Dip, lepas tu kena ambil Degree pula, lepas tu nanti rugi masa.

Inilah idea yang dicetuskan oleh segolongan students di Malaysia amnya.

I nak olah percakapan yang diucapkan oleh komrad Hishamuddin Rais, aktivis dan blogger tukartiub dalam forum SEKOLAH BUKAN PENJARA UNIVERSITI BUKAN KILANG (SBPUBK) yang dianjurkan oleh Teach For The Needs (TFTN).

Dalam forum ni, komrad Isham ni sebenarnya ada satu ayat yg menjawab masalah ini. Tapi membuatkan  I terfikir dan terus berfikir. Beliau cakap lebih kurang "whats the point save 2 years? nk save 2 years nk buat apa?"

Nah, dari tu aku terfikir. Memang ponit beliau tu its very brilliant. Nak save dua tahun nak pergi mana? Nak rush apa sebenarnya? Kita hidup ni nak rush pergi mana?

Alasan "jimat dua tahun" I tak boleh terima, tak logik. Sebabnya nak jimat tu nak pergi mana?

kita hidup ni untuk apa sebenarnya? Hidup untuk kerja? Atau hidup ni nak cari kesenangan dalam hidup? Nak senang kena kerja. Nak kerja kena belajar. Tak ada pun yang I dengar nak kerja kena masuk Form 6 dulu. Ya, form6 better then Dip dari segi 'jimat'.

But, if you sambung Form 6 pun, impian you bukan Form 6, benda yang you akan hadapi akan datang tetap hancur lebur. Baik ambil benda yang you minat terus. 

'MINAT' adalah satu benda yang orang lain tak boleh halang walaupun kita disekat dengan minat tu. Yang bab 'usaha' tu atas orang dan orang tu boleh berubah diatas minatnya. Bila dia minat, totally dia akan berusaha walaupun kerja itu susah.

Benda nak jimat masa ni, ada pro dan ada kontra. lebih baik u all masuk apa yg u all minat. Contohnya kalau you minat medik dan dapat farmasi di UiTM, so, teruskan je la. Kalau you cakap "Dengki dengan budak Form 6 sebab save 2 tahun, lepas ni dapat degree", tu tak cerdik I cakap. Kawan I ambil course Sains di UiTM ckp "Kelas sains form 6 lebih susah dari Matrik".

So, kalau you ambil, akan memeningkan kepala you all je. Kalau you masuk bukan course sains di Form 6, sama gak you tak boleh sambung degree di universiti dalam farmasi. Mampos nak dapat. 

Lebih baik you masuk je Dip, pastu sambung Degree. Walaupun lewat, tapi you confirm dah akan dapat apa yang you nak. 

Pastu yang kontra, duit PTPTipu you all kena pinjam lebih la. Kalau nak pinjam. 

Sekian sahaja pesanan daripada pihak penaja. Titik

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan