Sunday, January 5, 2014

Review Filem: GADOH

credit to debslym


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog ini.

Selamat menyambut tahun baru 2014 kepada semua yang menyambut. But sorry, aku tak sambut tahun baru ni. Entah, tapi memang tak berminat. Sebabnya aku pun tak faham kenapa orang sambut tahun baru tu.

Dulu masa tahun 2009 dulu, saya ada tonton filem Gadoh (2009) yang ditayangkan oleh cikgu subjek komputer di sekolah saya dulu. Dulu, aku hanya tonton filem ni sekadar tonton sahaja.


Filem ni diarahkan oleh saudari Brenda Danker dan saudara Nam Ron. Tahniah buat kedua-dua insan ini kerana dapat mencipta satu filem indie yang ditunggu-tunggu oleh anak muda zaman kini. Filem indiepandence ini tidak dapat lulusan Filem Nasional (FINAS) untuk ditayangkan umum.

Pada tahun 2013, saya mecari kembali filem ni dan menontonya kerana nama NAM RON kini semakin gah dalam industri perfileman tanah air kita ini. Saudara Nam Ron ini adalah antara pengarah yang saya minati.

Bila saya study balik filem ini, rupanya-nya filem ini bukan sekadar mengenengahkan isu sensitiviti perkauman. Tetapi juga membicarakan mengenai isu pendidikan dan teater sebagai penyatuan kaum.

Indie vs Mainstream


Filem-filem seperti ini tidak klise. Saya suka genre filem indie macam ni. Ia tidak menipu. Contoh paling mudah saya beri. Pernah tak kalian lihat, dalam satu babak filem atau dalam novel, ada seseorang perempuan (contoh) ni, dia berjalan, depan dia berjalan tu, ada kulit pisang, lepas tu dia terpijak kulit pisang tu, lalu terjatuh. Banyakkan scene filem macam tu dikeluarkan dari negera ini kan? Tapi saya nak tanya kalian, seumur kalian hidup atas muka bumi ni, berapa kalikah kalian pernah lihat situasi ini berlaku di hadapan muka anda?

Sistem Pendidikan


Kalau kita faham secara direct, filem Gadoh ni mengisahkan sekumpulan pelajar dalam sesebuah sekolah bermasalah diantara kaum masing-masing. Sering bergaduh, bertengkar, tidak boleh salah sikit pun.

Tetapi dari sudut kritikalnya, ada isu pendidikan yang ditunjukkan. Saya akui bahawa saya sendiri sensitif mengenai sistem pendidikan yang ada di Malaysia ini. Dalam filem ini, pelajar kaum Melayu dengan kaum Cina bergaduh. Nam Ron sebagai watak aktivis teater berpendapat bahawa mereka bermasalah bukan kerana diri mereka sendiri, tetapi kerana sistem sekolah yang membuatkan mereka bermasalah.

Di sekolah, mereka tidak diberi peluang untuk menjelaskan sesuatu, tidak diberi peluang untuk bertanya, dan tidak digalakkan bertanya, ditaktor.

Saya tertarik dengan salah satu skrip dalam filem ni, di mana dihujung filem ini ada persembahan teater, skripnya berbunyi:
CIKGU kata aku bodoh. Pemalas. Aku pergi SEKOLAH nak belajar, tapi mereka sibuk pasal ranking sekolah. Nak jadikan sekolah nombor satu konon! Eh nombor satu untuk siapa? untuk diorang atau kitorang?! Aku tidak suka hidup aku ditentukan. Aku nak tentukan hidup aku sendiri. Dekat sekolah aku dilarang untuk berfikir, tapi aku diajar untuk mengikut! Ini bukan sekolah, ini penjara! Aku bukan bodoh, tapi aku bosan. Aku memberontak sebab aku tak suka sekolah yang bosan dan bodoh ini!
Saya rasa kalian juga berpendapat yang sama seperti dalam skrip ini. Jangan tipu diri sendiri. Saya juga pernah mengalaminya. Ya, memang sistem pendidikan negara kita tidak bagus. Tetapi kini, third-party telah mengambil langkah yang bagus dalam menangani masalah ini tanpa campur tangan pihak kementerian.

Teater


Permulaan kisah ini adalah dengan pengetua sekolah tersebut bertanya kepada cikgu Ann bagaimana hendak menyelesaikan masalah pergaduhan dalam sekolah itu yang melibatkan dua kaum, Melayu dan Cina. Lalu cikgu Ann pun mnejawab, "apa kata kita adakan kelab teater?"

Bagi yang tidak tahu teater, mereka akan berasa pelik dan kelakar. Untuk tidak rasict, kita guna teater? Di mana logiknya?

Saya baru lihat ucapan Nam Ron dalam youtube ketika beliau menghuraikan mengenai filemya, Jalan Pintas di USM. Dalam ucapan itu ada menyentuh mengenai filem Gadoh ini. Beliau berkata, dalam filem ini, beliau menggunakan teater sebagai salah satu cara untuk menyatupadukan kaum. Dalam teater, semua peserta perlu kenal antara satu sama lain untuk menghasilkan persembahan yang berkualiti. Dalam teater, kita akan belajar erti kerjasama, dan perpaduan dapat dijalinkan.

Bagi yang belum tonton, saya sarankan anda semua tonton cerita indie ini. Filem ini juga menunjukkan kisah sebenar apa yang berlaku di Malaysia dan masyarakatnya. Pendek kata, filem ini tidak menipu. Kebanyakkan filem indie, semua tidak menipu penontonya. Dan kebanyakkannya juga tidak diluluskan untuk ditanyangkan di panggung wayang gambar (pawagam).

~lepas ni nak tonton filem indie yang terbaru dari Nam Ron pulak. Jalan Pintas. Tapi tak ada masa lagi nak order DVD tu.

1 comment:

  1. lepas nih aku nak pinjam dvd Jalan Pintas tu tau tak..

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan