Tuesday, February 25, 2014

Kritikan untuk penambahbaikkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog aku yang daif ini. Pagi-pagi macam ni dah update blog. Tekanan punya pasal. Tadi sepatutnya ada dua kelas, tapi dua-dua batal. Dah masuk kelas, baru lect inform kelas batal.

Masa lepas kelas (sepatutnya) first, kelas Math tadi, saya dan beberapa orang rakan aku dalam 6 orang saja lepak dalam perpustakaan. Lepak-lepak baca novel, lepastu ada la pihak Malaysian Qualitifications Agensi (MQA) rasanya melawat library tu.

Aku pun cakap la kat kawan-kawan saya, "mintak-mintak la MQA tu datang meja kita, pastu tanya aku. Tanya pasal library ke, kolej ke, institut ke".

Pastu ada sorang kawan perempuan aku ni tanya aku balik, "Kalau diorang tanya kau pasal perpustakaan ni, kau nak cakap apa? Perpustakaan ni teruk?"

Aku cakap "yup. Aku nak kritik"

Dan selepas itu, perempuan tu cakap "KAU NAK KUTUK? LEPAS TU KAU DUDUK BELAJAR DALAM NI LAGI? KALAU NAK KUTUK, KELUAR LA DARI POLITEKNIK NI"

Aku tersenyap. Bukan tak dapat jawab. Aku terkesan. 


Kritikan untuk pembaikkan


Dulu, sewaktu kegemilangan aku dulu di dalam laman sosial facebook, aku sangat suka mempertikaikan perkara-perkara yang kadang-kadang orang lain tak terfikir pun nak pertikaikan perkara tersebut. Dan bila orang bash aku dengan macam ayat yang kawan aku cakap kat atas tadi, aku terkedu. Masa tu memang aku tak ada jawapan yang kukuh untuk membalas hujah.

Tapi sekarang...

Aku dah ada jawapan. Kritikan sebenarnya bersifat terbuka. Kritikan bukanlah satu tomahan. Kritikan ialah satu perkara yang aku fikir benda paling ideal untuk memajukan sesuatu sistem atau konsep.

Dulu waktu form 6, cikgu Pengajian Am aku ada cakap dalam kelas, "ada menteri tu cakap, kalau harga ayam naik, jangan makan ayam. Kalau betul apa yang dia cakap tu, saya tak boleh terima jawapan macam tu daripada seorang pemimpin"

Macam aku juga. Aku banyak mengkritik apa yang aku tak puas hati. Kritikan aku banyak dalam blog. Apa yang menarik ialah, bila aku cakap di luar (alam realiti), "aku tak suka sebenarnya macam ni macam ni". Kawan aku tanya kenapa, aku jawab, "baca blog aku". hhhaahaha. Saja nak promote blog. Bukanlah. Kebanyakkan yang mereka tanya dan persoalkan tu, aku dah update dan fikir lama dah, tapi mereka baru terfikir benda tu.

Kritik dengan kutuk adalah dua perkara yang berbeza. Kalau kita perasan, bila ada orang mengkritik sesuatu, at the last dia akan cakap, "sepatutnya macam ni macam ni". Sifat kritikan lebih kepada untuk membina. Sebab tu ada istilah 'kritikan membina'.

Tapi, ada juga kritikan yang tak disertakan jalan penyelesaikan kerana di pengkritik tidak dapat idea yang ideal, tetapi si pengkritik mahu idea itu dari mereka yang dikiritik.

Kalau kutukan, jarang yang ada jalan penyelesaian. Orang yang mengutuk, dia akan bash bash bash, tapi dia sendiri tak ada jalan penyelesaian.

Terus terang aku cakap, barangsiapa yang terima kritikan, dan tidak mahu mengkritik, mereka tergolong dalam golongan yang tidak cerdik, atau dalam bahasa sopannya, mereka ni bodoh.

Hujah perlu dibalas hujah


Macam yang aku berbual dalam library dengan rakan aku tadi. Dia bercakap macam tu, aku yakin dia tu tak bersifat idealism. 

Aku bagi contoh mudah.

Kita dalam sesebuah masyarakat dan ada sistem hierarchy. Bila kita ada ada benda yang tak puas dek hati, kita akan kritik sistem atau perkara-perkara tertentu. Kita yang yang better than. Dalam sistem hierarchy, mestilah ada yang tertinggi. Macam MQA tu, mereka datang untuk apa? Mereka datang, selain untuk mencari kesilapan yang terdapat dalam politeknik ni, mereka juga ingin mendengar apa masalah dalam politeknik ini. Dan dari itulah dapat mereka tafsirkan dan defragkan untuk mereka atasi yang mana perlu, dan yang mana tidak.

Dalam deklarasi Malaysia dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun, dalam Deklarasi Universal Hak-hak Asasi Manusia, dalam fasal ke 19 menyatakan:

Setiap orang berhak atas kebebasan mempunyai dan mengeluarkan pendapat; dalam hal ini termasuk kebebasan menganut pendapat tanpa mendapat gangguan, dan untuk mencari, menerima dan menyampaikan keterangan-keterangan dan pendapat dengan cara apa pun dan dengan tidak memandang batas-batas.

~ingat aku tak baca ke deklasi kita dengan PBB ha? hahahaha.. 

Idea wajib dipersembahkan dan diterima walapun tidak dipersetujui


Kesimpulannya, semua benda atas muka bumi ni tak sempurna, dan bagi orang yang berfikiran idealism seperti aku ni, aku memerlukan idea-idea untuk menyempurnakan sesuatu. Aku hanya perlukan idea, bukannya perbuatan itu.

Maksudnya, sebagai contoh, aku nak perpustakaan ni begini begini sebab bagi aku suasana itu lebih kondusif. Dan bila aku cakap macam tu pada MQA misalnya, mereka menjawab dengan jawapan mereka. Aku hanya nak kan jawapan, walaupun tak ada tindakan. Sebabnya, bukan semua yang pelajar mintak akan dapat, dan bukan mudah nak buat. Tapi at least, kita dapat salurkan idea tu pada pihak-pihak yang betul. 

Bak kata komrad Hishamuddin Rais "idea tidak boleh dipenjarakan"

~p/s: kalau saudari rakan saya yang cakap dengan saya macam tu dalam library tadi, saya nak tanya saudari, kenapa pihak MPP buat program MPP bersama pelajar malam tadi di dewan besar ye?

1 comment:

  1. Setuju dengan tuan.

    Atau mungkin saudari sedang period?
    Atau mungkin cara kritikan itu perlu lebih beradab?

    Saya suka dengan penulisan tuan.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan