Pembetulan Pemikiran Terhadap Barang Penjualan Saya (Ilmu Hikmat)

photo ping to blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemaca blog ini. Terima kasih kerana melawat blog ini. :)

Kali ini post saya mungkin pendek sahaja. Di sini saya nak menjawab pertanyaan dan persoalan yang bermain di minda sesetengah insan yang memandang serong terhadap kitab-kitab ilmu hikmat yang saya jual secara online ini.

Antara kitab yang mengandungi Ilmu Hikmat yang saya jual ialah:

Kitab PATI RAHSIA karangan Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato' Perdana  Menteri Paduka Raja Negeri Kelantan (1930))
Kitab Senjata Sulit karangan Tok Janggut (Grik, Perak)
Kitab PAGAR HIKMAT karangan Tok Janggut (Grik, Perak)
Kitab Senjata Mukmin karangan Allahyarham Haji Husin Kudri (Martapura, Indonesia)
Kitab Rahsia Ilmu Jaga Diri - Pegangan Hidup Seharian karangan MATLUB

Ramai yang beranggapan kitab-kitab rare yang saya jual ini adalah kitab-kitab yang banned oleh JAKIM. Tetapi saya tidak jumpa lagi fatwa itu yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Yang saya tahu, cuma kitab Hakikat Insan sahaja telah diharamkan oleh JAKIM. Dan ulama' bersependapat kalau jumpa kitab tu, bakar terus.

Ust Azhar Idrus- Kitab Hakikat Insan

Kitab Tajul Muluk Pula diharamkan oleh JAKIM. Boleh belajar ilmunya tetapi jangan percaya sahaja.

Kitab-kitab yang saya jual ini adalah terhad dan tidak ada cetakan baru. Bukan semua benda yang kita beli, kita akan gunakan. Ada juga sebagai perhiasan dan simpanan peribadi.

Begitu juga kitab-kitab ni. Pengarangnya adalah ulama-ulama. Bukan calang-calang orang. Nak tanya, kamu semua pernah lihat kitab-kitab ni dijual di kedai? Dah lupus dah di bumi ini. Tetapi saya mendapatnya dari supplier saya yang mengambilnya dari orang Indonesia.

Kitab ini saya jual. Tapi amalan-amalan dalam kitab ini saya tidak mengamalkannya kecuali beberapa amalan. Saya tidak boleh mengijazahkan amalan-amalan ini kepada sesiapa kerana saya bukan waris ijazah amalan.
Saya sendiri sedang mencari siapa yang dapat amalan-amalan dalam kitab-kitab ini dan yang boleh mengijazahkan kepada saya.

Ada yang mengatakan saya meletak harga pada kitab ini tak padan dengan kitab ini sendiri yang kecil je saiznya. Diingatkan bahawa kitab ini tiada cetakan baru. Bukan mudah saya dapatkan. Kamu semua pun tak pernah jumpa kitab ini tapi sekadar tahu nama kitab saja. Rakan saya ada mengatakan "Murah sangat dah kau jual tu"

Nilai sebuah buku tidaklah semahal nilai estetika sebuah kitab ini. Macam keris, mahal kerana siapa pembuatnya, siapa penggunanya, apa sejarahnya (dan lain-lain). Itu adalah ciri-ciri tersirat sebilah keris.
Manakala kitab ini pula samalah ada ciri tersiratnya juga. 

Sekian sahaja jawapan saya. Siapa-siapa yang mahu menempah kitab yang saya jual, boleh lihat isi kandungannya di http://www.naimalkalantani.com/2013/06/menjual-pati-rahsia-pagar-hikmat-dan.html.


Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah. Terima kasih :)

Comments

  1. Salam, dekat mana dan macam mana nak order semua kitab-kitab di atas? saya berminat untuk beli. boleh email maklumat lanjut dkt saya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus berhubung dgn sy di 0145110313 atau 0129611812..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam..masih ada jual kitab2 ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan