Friday, December 25, 2015

Ucapan Krismas

“tak perlu memburukkan agama lain untuk mengangkat agama Islam”
 – Dyana Sofya, DAP Perak.

Setiap tahun, hampir tiba Krismas, akan ada manusia-manusia di muka bumi ini yang forward kisah seorang penganut muslim dan Kristian mengenai ucapan ‘selamat’ kepada orang Kristian.

Si muslim menggunakan analogi; adakah kamu akan mengucap dua kalimah syahadah?. Maka si Kristian berdalih dengan ‘itu akan membatalkan akidah saya’. Maka si muslim dengan bangganya menjawab “maka dengan itu samalah dengan saya. Saya tak akan mengucapkan selamat kepada Kristian untuk menjaga akidah saya”.

Thursday, December 24, 2015

10 facts about reading books

  1. Reading can help prevent Alzheimer’s.
  2. Being a reader means you’re more likely to learn something new every day.
  3. People who read are more likely to vote, exercise, and be more cultural.
  4. Reading can be therapeutic.
  5. Reading enhances your memory.
  6. Reading actually does make you seem sexier, especially to women.
  7. Reading helps to boost your analytical thinking.
  8. Reading expands your vocabulary, so you’ll sound like a genius.
  9. Fiction books increase your ability to empathize with others.
  10. People who read are more likely to get ahead when it comes to their careers, and life in general.

Wednesday, December 23, 2015

Ukiran Nabi



Ukiran Nabi Muhammad di Supreme Court, USA. Memegang buku tebal, diasumsikan sebagai al-Quran; dan sebilah pedang diasumsikan sebagai jihad. Dikiri dan kanannya ialah ukiran nabi Musa dan Sulaiman. Sederet dengan ukiran-ukiran ini juga ialah tokoh besar sejarah dunia; Hammurabbi, Charlemagne, King John, Justinian, dan lain-lain lagi. Mereka dikenali sebagai "The Great Law Givers on Earth".

Monday, October 12, 2015

protokol

Ada beberapa orang pelajar telah bertanya kepadaku "naim, isu ni besar. Tapi kenapa kau rilek je aku nengok? Mana Naim sang anarkis yang dulu?".

Aku cuma senyum, dan jawab "zaman aku dah lepas".

Nak uji seseorang, ketika inilah, ketika terdesak, darurat, barulah nampak dirinya yang sebenar. Berbeza dengan watak yang tidak mengikut sentimen dan mengikut perkiraan rasional dan idealisme.

Aku faham, umur 20an ni memang darah panas. Pantang kena, mesti melenting. Tapi aku sudah mengalaminya dulu. Kalau kau kata kau ini sang anarkis sehinggakan mahu mengumpul orang Isnin ini untuk buat demo di sebelah masjid kita, adakah komuniti sekitar akan mengikuti engkau? Ataupun ini hanyalah satu retorik untuk memenangkan diri kau? Persoalan lain; adakah rakan kau yang kau anggap menyokong tindakan engkau itu hanyalah sekadar retorik picisan ataupun emangnya anarkis yang menggerakan fizikal komuniti lain?

Friday, August 7, 2015

Pentingkah mengetahui nama penulis?

Pagi tadi ada berbual dengan seorang rakan di perpustakaan. Berbual mengenai buku. Dia minat membaca, dan aku kira dia tidak membaca karya-karya picisan yang hanya memuaskan zakar dan faraj sahaja.

Tetapi ada satu perkara yang aku pegang, tetapi dia tak pegang. Aku tak pasti dia nampak atau tidak kepentingannya.

Mengenai 'siapa si penulis buku itu?'.

Aku mencurahkan ide-ide bahawa si pembaca perlu tahu serba sedikit latar di penulis. "Kita adalah apa yang kita tulis". Aku kadang-kadang akan berpegang dengan pepatah ini, tetapi bukan 100%. Kerana ada ide yang ditulis oleh penulis hanya untuk mencurahkan ide, bukan untuk mengamalkan idea.

Friday, July 24, 2015

Khatib Poyo

Kalau dulu Benz Ali memberikan dua sebab kenapa orang tak pergi solat Jumaat;
(1) Syiah
(2) Benci Sultan

Aku memberikan satu lagi;
(3) Khatib baca khutbah tu poyo gila.

Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) dalam sebuah bukunya ada sebut mengenai khatib baca khutbah. Dan Tok Guru Nik Aziz pun ada sebut perkara ni.

Khatib, janganlah syok sendiri baca khutbah tu. Bacalah dengan penuh semangat dan jangan la macam kura-kura. Tajuk khutbah dah baik, tapi kalau khatib syok sendiri, memang akan timbul pepatah "kalau nak tidur, pergi dengar khutbah". 'Berkhutbah' dengan 'membaca khutbah' sangat berbeza. Tolong la jangan baca khutbah. Bosan reti bosan?

Tak payah nak salahkan syaitan hasut suruh tidur di majlis ilmu sangat lah. Bulan puasa pun sama jugak.

~ Hanya sekali aku pernah dengar di masjid aku solat ni, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkhutbah Jumaat. Memang superb. Macam ceramah dah. Yang tu baru ye berkhutbah.

Wednesday, July 22, 2015

Orang Miskin Dilarang Sekolah





579 muka surat bagi aku sangat memenatkan. Tambah lagi typo merata dalam novel ini. Apa yang editor dia buat sebenarnya?

Ok tinggal dulu soal itu.

Orang Miskin Dilarang Sekolah. Deep. Serius, deep sangat. Nak pergi sekolah perlukan duit, perlukan baju sekolah, beg, kasut, perlukan duit. Adakah sekolah hanya tempat orang kaya? Orang berduit? Mengapa sekolah distruktur begitu sekali sehinggakan rakyat proletar dan mahraen berfikir 2-3 kali untuk ke sekolah?

Filem Melayu terlampau shaking

Salah satu sebab aku kurang minat filem aksi Melayu; terlalu banyak shaking. Aku cuba compare KL Gangster (Malaysia) dengan The Raid: Redemption (Indonesia)

KL Gangster melakukan koreo secara safe side, sisi selamat, dimana sisi kamera tidak menunjukkan apa yang sedang dilakukan. Maka kita tidak boleh nampak pergerakan (baca: pergaduhan) itu mengenai sasaran atau tidak. Dan shaking terlalu banyak membuatkan anak mata kita terpaksa bergerak mengikut pergerakan kamera, bukan pergerakan pelakon.

Tapi dalam filem The Raid: Redemption, koreonya memang bertujuan untuk beri penonton nampak apa yang dilakukan dan digerakkan oleh pelakon. Satu-persatu pergerakan yang dilakukan. Dan kita boleh nampak sasaran tersebut kena pada tempatnya. Babak pergaduhan, amat kurang babak sisi selamat. Kamera memang betul fokus terhadap pergerakan yang dilakukan. Shaking juga kurang. Dan kita tak perlu sakit mata untuk 'cari kamera'.

Mustahil tak ada koreografer yang bagus di Malaysia. Kalau di Indonesia ada Yayan Ruhian, kita ada Eman Manan. Tapi, tak jugak. Sebab atas pergerakan kamera bukan koreografi yang tentukan.

~ hari tu aku tonton Evolusi KL Drift 2 di astro sempena hari raya. Sedih aku nengok, tengah drifting pun kamera ada shaking, teruk sgt shaking. Kenapalah James Wan tak mengarah filem di negara sendiri. Hurmmm.

Monday, April 20, 2015

Tips semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Dah lama aku tak menconteng blog ini. Jadi sekarang oleh sebab sedang dalam I’dah peperiksaan (final exam), aku nak beri beberapa tips untuk semua masyarakat. Aku bukanlah warga KL, dan aku sebenarnya tak suka ke bandar KL. Sebabnya teramat padat dengan manusia. Aku tak suka bising dan bingar, sesak. Tapi aku akan ke KL sekiranya ada event. Aku jarang turun KL kalau saja-saja.



24 April 2015 hingga 3 Mei 2015, Pesta Buku Antarabangsa 2015 (PBAKL2015. Selepas ini akan disebut PBAKL) akan berlangsung di PWTC, KL. Serata dunia, serata buku, serata bahan cetakan, serata manusia berkampung di sana selama 10 hari. Pesta buku paling berprestij dalam sejarah Malaysia. Diakan pada tiap-tiap tahun. Satu Malaysia menunggu pesta buku ini. PBAKL akan ditetapkan tarikhnya setahun sebelumnya. Apabila PBAKL2015 ini berlangsung, tarikh PBAKL2016 sudah ditetapkan. Selalunya akhir tahun akan ada undian dan mesyuarat booth yang akan dibuka di sana. Walaupun (bagi aku) berprestij, tapi ada kritik juga mengenai PBAKL ini. Boleh baca kritikan Nami Cob Nobbler di The Malaysia Insider. (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nomy-nozwir/article/apa-yang-antarabangsanya-pesta-buku-antarabangsa-kl) Dan boleh lihat kritik Fdaus Ahmad dalam bukunya Proletar Dua Menara, DuBook Press.

Thursday, January 15, 2015

Buat apa tonton filem?

photo credit to humanrightsfilmfestival


Setahun aku di sini. Di sini jauh dengan bandar besar. Panggung Wayang (pawagam) paling dekat dengan sini rasanya di Segamat. Tapi rasanya budak-budak sini nengok wayang di Kuantan sebab Kuantan bandar besar.

Jadi inisiatif yang diambil oleh pihak tertentu di sini, mereka menayangkan 'wayang pacak'. Menggunakan dewan utama atau dewan kuliah untuk menayangkan filem-filem. Bagus idea tu. Pelajar-pelajar di sini pun kadang-kadang ada yang boring, jadi dalam seminggu tu, paling kurang aku perasan, ada satu tayangan filem.

Aku bukan nak kutuk, tapi sampai bila? Sampai bila kita nak tonton filem-filem biasa? Ya, bukan semua orang boleh terima satu perkara yang sama. Ada orang suka tonton filem kelakar, ada orang suka tonton filem seram, dan sebagainya.

Tapi, sebagai intelektual muda, pelajar universiti, perlu ada sifat untuk meningkatkan kecerdikan itu. Mahasiswa adalah harapan negara, bukannya satu anak kecil yang hanya inginkan result 4.0 dalam exam semata. 

kata-kata klise, "beri aku 10 pemuda, nescaya menggongcang dunia". Bosan dah dengar quotes ni kan? Tapi fikir balik, anak muda, bagi aku perlulah progresif, tambah-tambah lagi seorang mahasiswa.

Tuesday, January 6, 2015

Hikayat Nur Muhammad

Kadang-kadang, karya-karya yang tak pasti sahih ni best jugak kalau ada, sebab korang tak ada. Aku ada jawi, naskah lama. Dan rumi (copyleft). Tapi yang rumi ni tak complete, Hikayat Nabi Wafat tak ada.

Nak?

Istana Melaka terbakar

Istana Melaka? 
Hari tu ada isu sikit yang mengatakan bahawa istana Melaka (sekarang muzium$ di Melaka tu bukan yang sebenar. Isu itu mencuit ayat di dalam edisi W.G Shellabear.

Aku ada edisi A. Samad Ahmad. Muka surat 143. Ya, aku telah semak.

“Adapun akan Sultan Mansur Syah pun pindahlah, tiada mahu diam lagi pada istana tempat Hang Jebat mati itu. Maka baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat istana. Maka Bendahara sendiri mengadap dia, kerana adat Bendahara pegangannya Bintan. Adapun besar istana itu tujuh belas ruang, pada seruang tiga-tiga depa luasnya; besar tiang tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya berkapa-kapa, pada antara kapa-kapa itu diberinya bumbungan melintang dan bergajah menyusu; sekaliannya bersayap layang-layang, sekaliannya itu diukir dan bersengkuap. Pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi; sekaliannya dicat dengan air emas. Kemuncaknya kaca merah, apabila kena sinar matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam. Akan dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali dengan cermin China yang besar, apabila kena panas matahari bernyala-nyala rupanya, kilau-kilauan tiada nyata benar dipandang orang. Adapun rasuk istana itu kulim, sehasta lebarnya, dan sejengkal tiga jari tebalnya. Akan birai istana itu dua hasta lebarnya, dan tebalnya sehasta, diukirnya rembatan pintu istana itu empat puluh banyaknya, semuanya bercat dengan air emas. Terlalu indah perbuat istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada sepertinya pada zaman itu. Istana itulah yang dinamai orang 'Mahligai Hawa Nafsu'; atap-atapnya tembaga dan timah disiripkan.”
A. Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus Salatin (edisi pelajar), Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, 2013, mukasurat 143.