Ucapan Krismas

“tak perlu memburukkan agama lain untuk mengangkat agama Islam”
 – Dyana Sofya, DAP Perak.

Setiap tahun, hampir tiba Krismas, akan ada manusia-manusia di muka bumi ini yang forward kisah seorang penganut muslim dan Kristian mengenai ucapan ‘selamat’ kepada orang Kristian.

Si muslim menggunakan analogi; adakah kamu akan mengucap dua kalimah syahadah?. Maka si Kristian berdalih dengan ‘itu akan membatalkan akidah saya’. Maka si muslim dengan bangganya menjawab “maka dengan itu samalah dengan saya. Saya tak akan mengucapkan selamat kepada Kristian untuk menjaga akidah saya”.

Ditekankan di sini; hujah itu terbatal bagiku. Kau tidak sesekali boleh menyamakan ucapan selamat KEPADA orang Kristian dengan ucapan akidah yang sememangnya kau ucap sendiri untuk diri kau.

Qardhawi sendiri menghujah perkara ini dalam fatwanya. Beliau membenarkan ucapan selamat kepada agama lain. Yusuf Qardhawi (ulama Sunni) TIDAK mengharamkan ucapan tahniah dengan kedatangan perayaan lain selain Islam. Tapi perkara ini khilaf; ada ulama yang mengharamkan perkara ini, iaitu; Ibn Taimiyyah dalam kitab Ahkam Ahl al-Zimmah. Tetapi ingat, pandangan mereka sekadar ijtihad tidak mutlak.

Ia boleh dipertimbangkan dalam pertukaran masa, tempat, dan situasi. Malah, al-Qardhawi sendiri pernah berkata bahawa jika Ibn Taimiyyah hidup lagi, nescaya beliau akan mengubah pendapatnya jika beliau berada di dunia moden.

Akhir kalam, selamat menyambut Krismas kepada si kafir.




Comments