Ada beberapa orang pelajar telah bertanya kepadaku "naim, isu ni besar. Tapi kenapa kau rilek je aku nengok? Mana Naim sang anarkis yang dulu?".
Aku cuma senyum, dan jawab "zaman aku dah lepas".
Nak uji seseorang, ketika inilah, ketika terdesak, darurat, barulah nampak dirinya yang sebenar. Berbeza dengan watak yang tidak mengikut sentimen dan mengikut perkiraan rasional dan idealisme.
Aku faham, umur 20an ni memang darah panas. Pantang kena, mesti melenting. Tapi aku sudah mengalaminya dulu. Kalau kau kata kau ini sang anarkis sehinggakan mahu mengumpul orang Isnin ini untuk buat demo di sebelah masjid kita, adakah komuniti sekitar akan mengikuti engkau? Ataupun ini hanyalah satu retorik untuk memenangkan diri kau? Persoalan lain; adakah rakan kau yang kau anggap menyokong tindakan engkau itu hanyalah sekadar retorik picisan ataupun emangnya anarkis yang menggerakan fizikal komuniti lain?
Diulangi, aku pernah mengalaminya. Lagi teruk aku kira. Aku berseorangan. Dihadapan aku 4-5 orang pegawai. Dihadapan aku seorang pegawai atasan. Kau kira mental aku fit atau tidak untuk menghadapi semua ini?
Tak apa. Aku tidak menganggap demo Isnin nanti itu sebagai "satu perkara yang memalukan politeknik". Kerana aku hormat akan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi jika ini adalah rumors semata, siapa dalangnya? Mengapa tidak berfikir secara rasional?
Aku duduk diam hanya bermeditasi di dalam kubikel kecil ini, bukanlah aku ini tidak concern mengenai massa, tetapi aku memahami prosuder, kaedah, cara, dan apa segala perkataan yang sama erti dengannya.
Jangan risau, poser itu proses. Dulu aku seperti kamu. Bila lihat kamu kini, aku hanya tersenyum dan hati berdetak "inilah aku yang dulu".
Bagi kau, isu 900 pelajar tidak dapat tempat di kolej ini adalah isu besar yang bilamana kau tidak dapat kolej, this is end of the earth. Tidak sama sekali. Kau perlu duduk di skop yang lebih besar. Aku serinh memikirkan mengenai politik, sosial, sains, ekonomi, dalam dan luar negara amnya. Kenapa? Sebab inilah yang aku anggap; jika ada kepincangan darinya, inilah the end of the day. Kerana pergerakan kita/masyarakat malaysia/dunia kini, ditentukan oleh beberapa faktor ini.
Aku masih menulis. Aku maaih bersuara. Hari-hari aku menulis. Hari-hari aku berfikir. Sama ada aku draftkan, ataupun post di moment wechat sahaja. Dan kalau perasan, tulisan aku kini dengan yang dulu, sangat berbeza lenggok bacaannya.
Aku belajar dari pengalaman. Kalau kau cakap dulu tu aku yang salah, kau silap. Tak sepenuhnya aku mengaku aku salah. Tetapi aku belajar. Belajar dari pengalaman.
Aku bukan pasrah atas keputusan yang dilakukan oleh pihak atasan. Tetapi sama yang aku cakap, ini adalah decision, kau boleh pilih A atau B. Kau masih boleh buat rayuan dengan surat sokongan, dan lihat nanti hasilnya. Tetapi itu pun kau tak buat lagi, kau sudah mahu menjadi anarkis dan aktivis kelas atasan.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan