Wednesday, April 30, 2014

pendidikan Makin rosak

Last week aku lepak-lepak dengan rakan-rakanku. Baru balik dari politeknik kan, nak dengar juga apa yang mereka dapat sepanjang ketiadaan aku di sini.

Salah seorang rakanku cakap, "Naim, aku dah setuju apa yang kau cakap dulu, apa yang kau perjuangkan dulu, apa yang kau nak dulu, apa yang kau tulis dalam blog tu dulu".

"Kenapa ni? Tiba-tiba je", aku pelik.

"aku dah dapat rasa apa yang kau nak, Naim. Sistem kat sekolah tu macam puks!".

Thursday, April 24, 2014

Sayang

Sayang

Banyak aku terbaca dalam Facebook atau Twitter pasal 'memanggil seseorang dengan panggilan sayang'. Banyak yang aku jumpa ialah yang bercakap bahawa tiada ikatan lagi, waima belum couple lagi pun, dah memanggil 'sayang' kepada orang itu.

Bagi aku yang sering berfikir, dan aku rasa aku ni seorang Homo Sapiens yang pelik, aku terfikir, apa masalahnya?

Tipikal Melayu memang masalah kalau kita menyebut 'sayang' kepada orang yang kita tak kenal. Mereka menganggap perkara ini jelek di mata mereka. Tapi apa masalah? Sebenarnya kalau anda semua tanya rakan-rakan ada yang cakap macam tu pun, dalam hati mereka pun tak ada masalah pada asasnya.

Bagi aku sendiri, tak salah nak memanggil orang itu 'sayang' sama ada orang itu lelaki atau perempuan sekalipun. Lelaki panggil perempuan 'sayang', atau perempuan panggil lelaki itu 'sayang', atau lelaki panggil lelaki 'sayang', atau perempuan panggil perempuan 'sayang'.

Saturday, April 19, 2014

soal jawab: sekolah vs business

Tengah syok-syok layan movie Zombi Kilang Biskut, tiba-tiba seorang rakanku menghantar wechat kepadaku bertanyakan soalan mengenai perkaitan business dengan pendidikan di kolej. Tapi tak apa lah, aku pun bosan jugak hari ni. So aku melayannya di dalam blog je la.

Soalan

Belajar pandai-pandai kat kolej. Nanti keluar dapat gaji sikit je. Tapi kalau buat business, boleh dapat gaji banyak. Kalau macam tu, baik berhenti belajar, dan buat business daripada aku buang masa belajar lama-lama kat sini. Betul?

Jawapan 

Terlebih dahulu terima kasih sebab menggangu aku tengah duk layan movie. Terima kasih banyak-banyak. Ok. Sekarang saya nak tanya saudara, apakah falsafah pendidikan itu sendiri? Saudara mengutarakan soalan dan pandangan saudara. Saya terima. Tapi saya beranggapan bahawa saudara ini belajar di kolej semata-mata untuk belajar apa yang diajar. Saya selalu sebut dalam blog saya dan selalu juga sebut perkara ini ketika saya berbahasa dengan rakan-rakan saya; Malek Bennabi pernah berkata "pendidikan ialah memanusiakan manusia".

Saya tak nafikan yang saudara cakap itu salah. Tapi roh pendidikan itu sendiri saudara tidak faham. Pendidikan bukan bersifar fix, bukan bersifat constant. Kita tolak dulu sistem pendidikan di Malaysia, saya cuba jawab dalam kerangka pemahaman pendidikan itu sendiri.

Dr. Maszlee Malik pernah berkata dalam satu forum "kita sebagai masyarakat, pelajar khususnya, perlu mengetahui fundumental sesuatu pendidikan atau sesuatu subjek itu". Beliau berkata lebih kurang tu la. Maksudnya, memang kita belajar di IPT ini, nanti kita bekerja, kita tak guna pun apa yang kita belajar ni. Macam contohnya, kita belajar subjek Pendidikan Islam, tapi kita ingin menjadi seorang jurutera kapal terbang. Apa kaitannya? Jadi, Dr. Maszlee menekankan asas-asas pendidikan itu mesti kita kuasai walaupun sedikit. Sebabnya at least kita tahu apa yang berlaku di sekeliling masyarakat.

Kita sebagai masyarakat intelek, seharusnya mempelajari semua ilmu-ilmu yang ada. Kembali kepada zaman lebih kurang 1000 tahun dahulu, kita lihat Ibnu Sina contohnya. Beliau dikenali dalam bidang apa? Sebenarnya kalau kita belajar pengkhususan mengenai Ibnu Sina ini, beliau tiada bidang yang khusus. Sebab itu beliau digelar polimat. Polimat ini adalah orang yang menguasai pelbagai bidang ilmu.

Saudara,

Pendidikan itu sendiri adalah untuk memanusiakan manusia lain. Dengan pendidikan, kita akan dapat membantu orang. Akan dapat menolong orang lain. Dengan pendidikan jugalah kita menolah penindasan kepada kaum miskin dan susah.

Sebenarnya, saya tak tahu pun adakah jawapan saya ini bertepatan dengan kehendak saudara, tapi sebenarnya soalan saudara tu tak lengkap. Soalan saudara tu, ada dua kemungkinan.
1. Saudara belajar dalam bidang perniagaan di kolej
2. Saudara belajar bidang lain di kolej, tapi minat berniaga dan berasa perniagaan ini mudah dan menguntungkan dan tak ada kaitan pun dgn apa yang saudara belajar di kolej tu.

Ok. Saya jawab satu persatu pula.

1. Rasanya soalan ni tak payah jawab dgn panjang lebar sebab saudara pun ada dalam bidang ni dan saudara tahu apa kepentingannya.

2. Ok. Saudara belajar bidang lain, tapi saudara berhajat akan perniagaan dalam pekerjaan saudara. Adakah saudara fikir saudara akan berjaya dan untung dalam bidang ini padahal saudara sendiri pun tak tahu fundumental of business itu sendiri? Kalau saudara berfikiran seperti soalan saudara di atas, saya boleh katakan saudara tidak memahami erti perniagaan itu sendiri.

Sebenarnya saya lebih gemar berdiskusi secara berhadapan dan talking-talking mengenai isu ini sebab kita ada sesi soal jawab dan debate. Tapi masalahnya saya sekarang ni duduk di mana dan saudara berada di mana. Nanti saya balik rumah kita gaduh ye. Tapi, saya masih berpegang dengan idea Nami iaitu "tulislah apa yang kau fikir. Dengan menulis, idea kau tidak akan hilang dan otak kau tak akn berat untuk menampung pemikiran itu". Satu quote lagi saya pun tak ingat dari tokoh mana "menulislah. Dengan menulis, ilmu itu tidak akan hilang.

Pemikir baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pembaca blog aku ni. Dua tiga hari ni, aku selalu layan forum-forum yang diwakili oleh anak-anak muda kita. Dulu ada layan juga, tapi tak tegar. Tapi mungkin aku sendiri yang tak tahu benda ni dah tersebar.

Tajuk ni 'pemikir baru'. Aku tidak maksudkan bahawa anak-anak muda kita ni dah jadi pemikir (thinker), tapi mereka membahas kembali falsafah-falsafah pemikiran ini.

Haluan kiri

Ide-ide yang dibawa oleh anak-anak muda ini sangat kritikal. Mereka membahaskan mengenai sesuatu isu dengan sedalam-dalamnya.

Hidup itu hak kita

Kita hidup atas muka bumi ini, tiada siapa yang berhak menentukan hidup kita ni begitu begini. Kita berhak menentukan hidup kita sendiri ketika kita hidup. 


Sejak dilahirkan, kita disuruh membuat sesuatu oleh ibu bapa kita. Kita diajar untuk mengikut kehendak mereka. Kita tidak boleh melawan apa yang mereka katakan, itu akan mengakibatkan kita dicap sebagai anak derhaka dan tak mengenang budi. Zaman sekolah pula, kita diasuh untuk menjadi hamba kepada sistem. Diasuh untuk mengikut apa yang cikgu cakap da arahkan. Kita disuruh melakukan sesuatu, tapi kita dilarang bertanya sesuatu. Sistem yang rosak. Di IPT pula, kita terpaksa lagi mengikut sistem universiti atau kolej yang ada. Kita dilarang berambut panjang dalam sesetengah kuliah. Kita dilarang membuat itu ini. Kita diarahkan mengikut peraturan selama 24/7. Lepas tu kita kerja. Di tempat kerja pula, kita terpaksa mengikut apa yang diarahkan oleh orang atasan. Jika melawan, akibatnya buruk.

Wednesday, April 16, 2014

Universiti sebagai berek latihan ketenteraan

gambar sekadar hiasan
photo ping to airforce

APRIL 16 — Pernahkah kita semua fikir, mengapa kita tidak dibenarkan memakai selipar ke dewan kuliah? Mengapa pintu akan dikunci jika kita lewat sampai ke kelas?

Mengapa sesetengah kuliah tidak membenarkan pelajarnya berambut panjang? Mengapa adanya peperiksaan berpusat? Kemudian ada yang berkata, ini pusat latihan pendidikan, bukannya sarkas.

Peraturan harus dikenakan.

Thursday, April 10, 2014

Surat Terbuka Kepada Sekolahku

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog ini. Saya Naim, bekas pelajar di beberapa buah sekolah di dalam negara.

Dulu masa di tingkatan 1, saya bersekolah di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah tu antara sekolah yang tersohor di Kelantan dan di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK), kerajaan negeri. Naik tingkatan 2, saya bersekolah di Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka, Pahang. Sekolah yang pernah ditadbir oleh seorang penulis novel Malaysia, Hasanuddin Md. Isa. Selepas itu, di tingkatan 3, saya bersekolah di dalam FELDA, SMK Jengka 10, Jengka, Pahang. Naik tingkatan 4 dan 5, saya bersekolah di SMK Jengka Pusat, Bandar Jengka, Pahang. Dan saya juga sempat menuntut beberapa bulan di tingkatan 6 di SMK Jengka pusat tersebut sebelum saya menuntut di sini.

Ilmu saya tak banyak. Saya masih dalam proses pembelajaran mengenal dunia. Dulu saya sekolah, saya ikut apa yang cikgu kata, sangat taat pada perintah cikgu. Menjadi hamba kepada sistem.

Thursday, April 3, 2014

Jangan Merasa Rugi Membeli Buku

photo credit to edudemic
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog aku ni. Lama sangat dah rasanya tak update blog ni. Banyak masalah menimpa diri di akhir-akhir ni. Adalah masalah remaja sikit. Hmm. Kadang-kadang aku ni macam watak Hafiz dalam novel Awek Chuck Taylor. Si Hafiz punyalah berfikiran idealism. Tapi bila situasi tu kena atas kepalanya sendiri, terus dia jadi idealism.

Ok. Terus kepada point tajuk.

Dulu, aku macam typical Malay jugak. Tak suka membaca. Tak minat. Tak best la, sebab tak ada gambar-gambar. Bahan bacaan aku dulu hanyalah majalah yang bergambar. Nak baca novel atau buku-buku intelektual tu memang tak la kan.

Tapi kini aku berubah setelah membaca novel-novel alternatif. Kat sini aku bukan nak buat promosi mengenai novel alternatif, tapi 'buku'.

Ok. Aku suka membuat perbandingan.