Sayang
Banyak aku terbaca dalam Facebook atau Twitter pasal 'memanggil seseorang dengan panggilan sayang'. Banyak yang aku jumpa ialah yang bercakap bahawa tiada ikatan lagi, waima belum couple lagi pun, dah memanggil 'sayang' kepada orang itu.
Bagi aku yang sering berfikir, dan aku rasa aku ni seorang Homo Sapiens yang pelik, aku terfikir, apa masalahnya?
Tipikal Melayu memang masalah kalau kita menyebut 'sayang' kepada orang yang kita tak kenal. Mereka menganggap perkara ini jelek di mata mereka. Tapi apa masalah? Sebenarnya kalau anda semua tanya rakan-rakan ada yang cakap macam tu pun, dalam hati mereka pun tak ada masalah pada asasnya.
Bagi aku sendiri, tak salah nak memanggil orang itu 'sayang' sama ada orang itu lelaki atau perempuan sekalipun. Lelaki panggil perempuan 'sayang', atau perempuan panggil lelaki itu 'sayang', atau lelaki panggil lelaki 'sayang', atau perempuan panggil perempuan 'sayang'.
Masalah orang kita ialah bila kita panggil 'sayang', akan berfikir bahawa kita dah taraf suami isteri. Masalahnya siapa yang ajar benda ni? Dan betul ke benda ni dari segi ilmiahnya?
Kadang-kadang, seseorang Homo Sapiens ni nak mengekspresikan kasih sayang mereka dengan panggilan 'sayang'. Salahkah seseoarang insan yang bergelar manusia yang ada akal dan nafsu memanggil manusia lain dengan panggilan 'sayang'? Banyak cara boleh diekspresikan, salah satunya dengan panggilan 'sayang' itu sendiri.
Aku jujurnya tiada masalah dalam konteks ini. Dan perkara itu berlaku dalam hidup aku juga. Aku memanggil orang lain 'sayang', dan orang lain memanggil aku 'sayang'. Kita berfikiran rasional, berfikiran sebagai ahli demokrat.
Mungkin dengan panggilan 'sayang' itu akan mengeratkan tali persahabatan antara manusia dengan manusia.
Lelaki panggil lelaki 'sayang'
Satu hal lagi, bila manusia perempuan memanggil manusia perempuan lain 'sayang', kita tak anggap pelik. Tapi bila manusia lelaki memanggil manusia lelaki 'sayang', kita terus menganggap dia ni homoseks. Taboo sangatkah perlakuan sebegini?
Tipikal Melayu. Bilalah nak maju. Kenapa perlu membezakan perempuan dengan lelaki sebegeitu rupa sekali?
Aku banyak bertanya. Aku tanya rakan-rakanku perihal kenapa mereka 'nak muntah' bila dengar lelaki dengan lelaki memanggil 'sayang', tapi malangnya, mereka tidak dapat memberi jawapan secara ilmiah dan logikal. Mereka cuma tahu 'nak muntah', tapi mereka tak tahu pun apa masalah mereka 'nak muntah'.
Berpegangan tangan
Ni pun satu masalah orang kita. Bila perempuan berpimpinan tangan dengan perempuan, kita cakap caringnya pasangan itu. Bila lelaki perpegangan tangan dengan perempuan, kita cakap sweetnya pasangan itu. Bila lelaki berpegangan tangan dengan lelaki, kita terus cop pasangan itu sebagai gay atau homoseks.
Ni siapa yang sebenarnya mengsistemkan benda ni? Tak logik akal langsung! Tak ilmiah!. Kenapa mesti sebegitu sekali untuk membezakan lelaki dan perempuan?
Masalah kita sekarang, sistem ini telah menjadi satu dogma masyarakat Melayu kita. Melayu kita ikut dogma, tapi masalahnya mereka ikut membuta tuli, mereka tak nak mencabar dogma-dogma tersebut dengan ilmiah. Mereka menjadi dogmatisme dengan membabi buta. Dogmatik.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan