Kemudi - Almayer's Folly



Tamat juga novel yang meletihkan ini. Novel ini ditulis untuk terjemahkan secara visual bagaimana keadaan di Sarawak pada satu ketika dahulu — setepatnya di Sambir. Conrad berjaya visualkan melalui sebuah novel.

Bukan sahaja memvisualkan persekitaran dan suasana — bahkan perasaan, mimik muka, gaya gerak, pakaian watak, dan hampir sempurna dan dapat diimaginasi oleh pembaca.

Seperti yang dikatakan, novel ini meletihkan. Ia disebabkan oleh Conrad melukiskan dengan begitu panjang penerangannya. Ia tidak bosan! Sama sekali tidak. Tapi ia meletihkan — perenggannya panjang-panjang sekali. Dan apabila Conrad ingin memvisualkan sesuatu, sangatlah detail sehingga pembaca sendiri boleh lost sebab tak tahu hujung pangkal cerita dah. Aku sendiri pun beberapa kali mengulang perenggan yang sama sebab lost apa yang dia cerita.

Dalam autobiografi Dari Salina Ke Langit Petang, A. Samad Said menyebut novel Conrad beberapa kali sebagai bahan rujukan Pak Samad untuk menulis Sungai Mengalir Lesu. Pak Samad tak nyatakan novel mana, tetapi aku yakin Almayer’s Folly inilah yang dimaksudkan oleh beliau.

Terjemahan novel ini bagus sekali. Apa yang ditulis sangat tepat. Aku tak tahu bagaimana bahasa Inggerisnya, tetapi terjemahan ini sangat cantik dan teratur ayatnya.

Apa yang bermasalah dalam novel ini — selain perenggannya yang panjang — ialah Conrad tak warning pembaca sama ada ia adalah imbas kembali atau tidak. Pembaca kadang-kadang lost sebab ini — sama ada flashback atau ia sebuah pelukisan.

Ingat lagi aku pernah berbual dengan Wan Nor Azriq dulu-dulu. Masa tu di pernah cakap dia suka baca novel yang tak banyak dialog. Dan aku pula cakap aku suka baca novel yang banyak dialog. Mungkin masa tu aku terkesan dengan novel dari seorang tokoh yang suka guna dialog dalam novelnya tanpa diskripsi yang detail. Jadi sekarang, bila baca Kemudi ni, aku faham dah kenapa Wan Azriq suka baca novel yang kurang dialog dan ditambah lagi Pak Samad ada menerangkan di dalam autobiografinya mengenai novel yang tak banyak dialog ini. Pak Samad menulis Salina sarat dengan dialog. Ketimbang dengan Sungai Mengalir Lesu memang dia nak kurangkan dialog tersebut.

U-Wei Haji Saari mengangkat novel ini ke layar perak dengan tajuk Hanyut (2012, tetapi ditayangkan di Malaysia 2016). Penonton rasanya kurang terpesona dengan scene yang ditunjukkan — bukan sebab U-Wei gagal — tetapi sebab scene dalam filem selalunya penonton akan ‘tengok macam itu sajalah’ kecuali ada perasan subteks atau ada signifikan. Jadi, ini yang U-Wei nak angkat — walaupun tak semua penonton orang alert.

Contohnya; Conrad nak melukiskan keadaan ‘malam’ sepanjang dua mukasurat, tetapi kalau kita visualkannya di dalam filem, kita hanya nampak satu scene dan hanya memerlukan beberapa saat saja. Jadi siapa yang baca novel, akan tahu gambaran tersebut. Diberitahu tadi — Conrad menulis novel ini berdasarkan penelitian dan pengalamannya tentang Tanah Melayu.

Nak tak nak, bila aku baca novel ini, aku akan visualkan pelakon yang sama dalam Hanyut. Itulah kelemahan bila tonton filem dulu baru baca teks. Dan seperti biasa — mana lebih sedap? Memang novellah lebih sedap berbanding filem. U-Wei dapat catch novel ini ke layar perak, tetapi sebagai penonton — yang mana novel ini ditulis untuk menggambarkan Sambir — filem tersebut hanya 80% sahaja dari apa yang dilukiskan oleh Joseph Conrad.

Jadi duk pung pang pung pang ni, mana nak cari buku ni? Tu ha beli dari Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Mereka terjemah dan terbit novel ni. Dengar cerita sekarang ada sales 30%.

Comments