Perlukah Penjungkirbalikan (plotwist) Dalam Filem?



Sedang PKP dekat sebulan ni, ramai la yang ada masa untuk tonton filem. Dan ada sesetengah dari kita yang berkongsi filem itu filem ini. Satu tindakan yang bagus.

Semalam pula si Ahmad Muziru Idham trigger aku suruh tulis pasal plot twist. Ok la aku ada masa sikit nak ulas.

‘Plot twist’ bukanlah sebab utama cerita tu jadi sedap. Plot twist adalah salah satu teknik dalam penceritaan untuk penonton berasa satu spark yang berbeza dari jalan cerita tersebut.

Secara pukul rata, aku dapat anggap yang baca novel Fixi, mesti beriman dengan plot twist. Kan? Sama seperti filem, sahabat duk rekemen punya baik cerita itu kisahnya macam tu macam ni, last sekali kau tanya “plot twist dia sedap?” Kemonnn.

Satu lagi, memberitahu penonton adanya plot twist adalah satu spoiler buat penonton tersebut.

Terlalu berminat dengan penjungkirbalikan bukanlah beerti kita dapat tonton filem yang best. Ramai pengarah tersohor tidak menggunakan teknik ini untuk menghikayatkan ceritanya.

Sesetengah cerita, ada yang gagal dari segi plot twistnya. Contohnya macam hmmm tak perlu bagitau la haritu baru aku duk makihamun cerita tu. Cuma di sini aku nak tekankan, jika plot twist tersebut terlalu try hard, kita sebenarnya boleh nampak dari awal apa yang kita expect. Ingat aku cakap tadi — kalau kau beritahu plot twist pada orang lain, ia adalah spoiler. Maka, jika kau dapat catch akan adanya plot twist dalam cerita tersebut, kau telah memusnahkan idea di dalam kepala kau berkenaan cerita tersebut.

“Tapi Naim, aku suka betul cerita plot twist ni. Mindblowing. Ada tak cerita yang bagus?”

Ada. Aku boleh suggest pada kau Andhadhun (2018). Aku sempat tontonya di KL pada dua tahun lepas.

Sinopsisnya mudah. Si buta, Akash, pemain piano. Dan terserempak dengan perempuan, Sophie. Sophie nampak Akash ni bagus dalam piano. Sophie membawa Akash ke restoran untuk main piano dan dapat duit dari persembahannya. Dan dia dikenalkan pula dengan seorang pelakon veteren, Sinha, yang nak buat private concert untuk annivasary dia Sinha dengan isterinya, Simi. Dari situlah ‘unexpected journey’ mula berlaku.

Filem ini pada 1st act dia agak bosan (tapi jangan skip). Tetapi selepas Akash main piano di rumah Sinha, aku akan jamin kalian “wtf cerita apa ni sial?!” dan kau tak akan senang duduk sampai ke akhir cerita.

Aku tak nak ulas cerita ni kat sini. Terlalu panjang untuk ulasan filem yang baik ini. Sebab aku hanya nak cerita pasal plot twist ini sahaja. Plot twist cerita ini dibuat dengan kemas tanpa ‘dibuat-buat’. Kita tak memang tak boleh expect apa yang berlaku seterusnya.

Filem bergenre comedy thriller ini adalah filem terbaik 2018 yang aku pernah tonton, dari segi teknikalnya, ceritanya, warna, runut bunyi, dan kesemuanya hampir sempurna.

Sekarang filem ni dah ada di Netflix. Jemput tonton!

Comments