Kau Akan Buat Apa Kalau Batang Pelir Kau tak Boleh Tegang?




KAU AKAN BUAT APA KALAU BATANG PELIR KAU TAK BOLEH TEGANG?

Buku ni aku dah habis baca masa minggu pertama PKP lagi haritu, tapi lupa nak show off.

So novel ni cerita pasal apa? Pasal zakar dia tak boleh nak tegang. Ya. Pasal zakar. Dia banyak berbual dengan zakar dia. Part dia berbual dengan zakar tu aku berdekah gelak. Apa gila Eka tulis novel macam ni.

Ajo Kawir dengan kawan dia duk ngintai orang beromen. Ada satu hari tu, dia dengan kawan dia mengintai, tapi masa tu ada dua orang polis tengah rogol seorang perempuan. Ajo Kawir dengan tertangkap masa tengah mengintai. Dan dia diarahkan rogol perempuan tu, masa tu la zakar dia tak boleh menegang.

Eka Kurniawan banyak main dengan absurd. Di boleh cerita pasal batang pelir dengan bersahaja. Aku baca pun aku tak tahu nak react apa sebenarnya — gelak atau sedih?

Masalahnya sekarang Ajo Kawir ni banyak jumpa perempuan. Ada dia nak goda perempuan, ada yang perempuan tergoda dengannya. So macam mana dia nak beromen kelak?

Sala satu kekuatan Eka ialah bagaimana dia dapat catch pembaca dengan perenggan/ayat pertama. Ayat pertama novel ini ialah;
_”Hanya orang enggak bisa ngaceng, bisa berkelahi tanpa takut mati,” kata Iwan Angsa sekali waktu perihal Ajo Kawir. Ia satu dari beberapa orang yang mengetahui kemaluan Ajo Kawir tidak bisa berdiri. Ia pernah melihat kemaluan itu, seperti anak burung baru menetas, meringkuk kelaparan dan kedinginan. Kadang-kadang bisa memanjang, terutama di pagi hari ketika pemiliknya terbangun dari tidur, penuh dengan air kencing, tapi tetap bisa berdiri. Tak bisa mengeras._

Jadi dengan perenggan tu, pembaca rasa pelik. Apa jadah dia cerita pasal batang pelir ni? Dia nak cerita apa?

Sama dengan Cantik Itu Luka, Eka mulakan ayat pertama dengan (terjemahan BM);
_Petang hari di hujung minggu bulan Mac, Dewi Ayu bangkit dari kubur setelah dua puluh satu tahun kematian._
(*Cantik Itu Luka aku tak dapat habiskan lagi sebab banyak cerita pasal kolonial dan watak terlalu berselirat)

Jadi, siapa nak baca Eka, mungkin boleh cuba dengan Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas ini dulu. Buku ni mendapat pujian ramai dari sarjana dan review di Indonesia. Salah satu review dari The Jakarta Post mengatakan novel ini sama level dengan Fight Club, Chuck Palahniuk.

Aku pernah cerita dengan kawan perempuan sefakulti aku pasal cerita ni. Aku bercerita dengan semangat sekali. Dan dia pun “apabenda kau cerita kat aku ni sial?!” 

Untuk soalan di atas sekali tadi? Nak buat apa kalau tak boleh tegang? Sedangkan Ajo Kawir ini ada isteri. Macam mana nak buat? Guna jari. 10 jari ini menurut Ajo Kawir, adalah anggota tubuh yang paling nikmat pernah diberikan oleh tuhan.

Lepas dia guna jari untuk memuaskan isterinya, isterinya pula dapat anak. The fcuk. 

Habis baca novel ni, aku pun ingat nak buat review dengan video, tapi bila dah PKP ni aku dah sampai rumah, aku fikir balik — takkan aku nak suruh adik aku setup camera dan aku bercakap depan dia pasal pelir?

Aku juga dapat tahu yang novel ini akan difilemkan. But, how?

Di mana nak dapatkan novel ini? Boleh hubungi Gadis Buku. Rasanya mereka ada stok lagi. Dan aku nasihatkan kalau nak baca bulan puasa ni, berhati-hatilah.

Comments