Daulat (2020): Baik Buat Teledrama!



Sebab ramai tak puas hati aku review Daulat macam semalam tu, aku nak bagi tahu la sikit macam mana aku tengok movie.

1. Movie mesti sedap.

Apa takrif ‘best’? Sangat longgar. Ia bergantung pada orang. Tapi ada benda yang membuatkan satu-satu filem tu best. Ada spark. Dalam Daulat, aku tak jumpa spark yang best tu di mana.

2. Dialog.

David Fincher pernah bersabda; dialog mesti sama dengan orang di luar movie tu bercakap. Kalau kau ‘cipta’ lenggok baru dalam movie, memang haprak. Tak ada nuansa, tak feel. Dalam Daulat, entah berapa puluh kali dia expose dialog. Kau berbual benda yang kau dah tahu, tapi dalam masa yang sama kau nak beritahu pada penonton perkara tu. Contohnya pada mula-mula Vanidah ada sebut “HM. Hizbur Muslimin”. Sedangkan kalau sebut ‘HM’ je, Tony dah tahu apa itu HM. Dengan cakap BM-BI pun kejung. Korang robot ke apa?

3. Realpolitiknya di mana?

Vanidah, kau carut apa kat post credit sorang-sorang? Godemmit! Cringe babi. Duk bercakap dari awal sampai habis, mana politiknya?

4. Teori/pemikiran dulu atau best dulu?

Pergi mampos la kau nak cakap “Daulat ni kita boleh relate dengan situasi politik Malaysia”. Do i care? Aku tak kesah langsung. Movie perlu dilihan secara stand alone. Yang pasti movie kena sedap. Baru pemikiran tu sampai. Tengok Parasite? Tengok The Platform? One Two Jaga? The Godfather? ‘Sedap’ dulu sampai kemudian baru pemikiran. Macam mana orang boleh ulas Parasite sampai akar umbi kalau movie dia sendiri tak sedap? Ini siap letak frame Machiavelli macam nak sembah, tapi cerita tak sedap juga. Pergi mampos la Median Voter Theorem tu. Apa benda la expose macam ni dalam movie. Kau ingat kau nak terangkan teori graviti macam Interstellar? Dah la expose dalam dialog. Amende sial.

5. 1st act cerita ni bagus.

Tapi sampai 2nd act, dah lost. Apa yang pelakon-pelakon cuba lakukan sangat tak strong. Plot berterabur.

6. Jangan percaya ZhafVlog.

Titik. Patutnya ni point pertama.

7. Cerita ni 100% sama dengan cerita ahli korporat pukul 7 kat TV3.

Cumanya situasi dia dalam arena politikus. Pancung memancung sesama sendiri.

8. Fak plot twist

Plot twist tak twist ni zaman bila? 2020 dah ni. Tinggalkan benda dah berzaman tu. penuh Twitter cakap plot twist Daulat power. Aku tengok, haram tak power. Itu bukan plot twist hanat, itu expectation.

9. Genre filem macam ni tak banyak.

Sekali lagi, pergi mampos genre. Genre apa pun, yang penting dialog jangan bodoh, skrip kena strong. Itu je. Bunuh sebab hutang 4 juta? Kemonnnn. Ahli politik pun macam sampah. Si penggubal dasar/polisi pun tak macam orang kerajaan, tak macam bekas kerajaan. Macam bisnesmen drama TV3.

10. Kalau Machiavelli hidup balik, menangis dia tak mengaku umat siapa yang buat cerita Daulat ni.

Nasiblah cerita ni free. Dan PKP ni aku banyak masa nak tulis review untuk filem sampah ni. Kalau tak, aku tuntut ganti rugi tiket wayang dah. Yang korang ni rate sampai 11/10 cerita ni, aku tahu korang tengah frust time PKP ni, tapi tolonglah berfikiran waras, teliti balik apa yang korang dah buat selama ni, hayati balik zaman muda-muda korang.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif dan Filem,
ASWARA.

Comments