Aku Mahu Islam yang Harmoni !

Program ini berorientasikan MARRAKECH DECLARATION
yang dipelopori oleh Syeikh Abdullah Bin Bayyah dan Syeikh Hamza Yusuf


Kau menolak Syiah dengan menggambarkan bahawa Syiah ini jahat, suka bunuh orang, bunuh orang Islam, melakukan ritual bukan-bukan, suka berperang, taksub imam, yada yada yada. 

Tapi

Bagaimana jika aku katakan bahawa dalam ISIS itu ada orang Sunni? Dalam muslim ekstrem itu adalah orang Sunni. Dalam pengamalan sesuatu ritual Islam yang janggal terdapatnya orang Sunni. Dalam yang menghina orang lain, cakap kutuk-kutuk orang, yang "saya imam, saya imam", yang mengatakan mufti anjing, yang menggelar dengan cacian hina dina, yang memecahbelahkan umat Islam, yang menunggang agama, adalah orang Sunni?

Saya katakan

Yang jahat itu, yang ekstrim itu, yang baik itu, yang mulia itu, yang bodoh itu, yang mulut jahat itu, semuanya Islam. Tetapi Islam tidak menyuruh mereka berbuat demikian. Islam yang cantik, Islam yang baik, Islam yang molek, adalah Islam yang dianjurkan nabi SAW kita. “Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah-sudahlah mencemuh Syiah dengan pelbagai cemuhan yang keji. Syiah itu baik ke jahat ke — ambil yang baik, yang jahat kita tolak.

Pada dasarnya — dan tanpa sedar. Kita telah melakukan satu kesilapan di mana menolak Islam sekte lain, "dia sesat. Dia ekstrimis. Dia munafik. Dia mufti anjing. Islam tidak mengajar begitu." Dan anda juga qoute kepada orang yang bukan Islam dengan mengatakan "maaf ya kawan-kawan yang bukan Islam. Perangai dia ni Islam tak ajar. Islam bukanlah sebodoh dia ini. Islam ini baik. Kamu semua kena tahu beza Islam dengan Penganut Islam".

Silapnya kita; kita menolak fahaman total faham seperti Syiah, Saudi, Ahmadiyah, ISIS, Qadiyani, yada yada yada. Tetapi anda tidak pernah meletakkan pemikiran anda sebagai seorang yang non muslim memandang bagaimanakah Islam itu. Masalah yang akan timbul; anda membiarkan warga ISIS, Qadiyani, dan lain-lain ini, dengan "Ini bukan islam ajar. Full stop".

Dimanakan rasa tanggungjawab anda terhadap mereka ini? Jika anda rasa mereka ini sesat jalan, jangan hilangkan tanggungjawab anda sebagai muslim (yang benar) mengajak mereka ke arah yang benar itu. Jangan hindari mereka. Jangan cemuh mereka dan membiarkan mereka terkontang kanting berseorangan lalu tidak memahami fahaman Islam yang anda rasa benar itu. 

Aku bukanlah seorang penganut Syiah, IS ataupun bla bla bla. Tetapi aku penganut Islam yang ingin melihat bagaimana Islam ini dapat menyatukan ummat. Bagaimana Islam yang anda cakap "Islam akan menang di akhir zaman. Islam adalah agama yang benar. Maka terbuktilah Islam agama yang benar."

Islam yang mana sahabatku? Kalau kau rasa Islam kau benar, ajaklah mereka dengan cara dan jalan yang baik untuk memeluk Islam yang benar itu. Jauhi persengketaan antara manusia waima mereka membenci dan tidak memahami Islam sekalipun. Anda menyayangi Islam, tetapi anda tidak mahu mengambil inisiatif diri sendiri untuk mengharmonikan umat Islam. 

Saban hari, aku ingin melihat Islam yang harmoni yang berlandaskan Quran & Sunnah yang dianjurkan Islam versi Nabi Muhammad S.A.W.

Catatan sebelum sahur sebab tak boleh tidur, hentam Nescafe kaw kurang manis punya pasal. 

Comments