‪‎Fernando Báez‬ - Penghancuran Buku


Baca kata pengantarnya sudah dapat membuatkan aku tersentuh, betapa banyaknya buku dan karya-karya penting yang dimusnah dan termusnah.

Penceritaannya dari lebih kurang tahun 4100 SM hingga 2003.

Maka aku membenarkan kata-kata Noam Chomsky “Mengesankan... Buku terbaik yang pernah ditulis mengenai tema ini”.

Bukan hanya pemerintah yang menghancurkan buku, malah ada juga ahli falsafah di Yunani menghancurkan buku, kerana doktrin yang dibawa oleh buku itu tidak sama dengan dokrtin filosof itu.

Jangan tanya aku “kenapa kau bakar buku ni Naim?”. Ni memang design dia. Setiap rakan aku yang belek buku ni pasti tanya soalan sama.

Comments