DSAI masuk UM

Gambar kredit kepada Anas Alam Faizli
“Kalian pemuda, kalau kalian tak punya keberanian, sama saja dengan haiwan ternakan, kerana fungsi hidupnya hanya berternak diri” – Pramoedya Ananta Toer


Kes DSAI masuk UM beri talk.

Aku tiada masalah dengan DSAI & pengikut-pengikutnya. Tapi aku ada masalah dengan universiti / IPT.

IPT sepatutnya menjadi tempat yang sakral untuk ilmu dicabar, didebatkan, diusulkan, dikritik.

Dulu, pada tahun 60-70an, universiti menjadi tempat perdebatan-perdebatan ilmu. Ahli-ahli politik dibenarkan membuat talk dalam universiti. Mahasiswa berfikiran "kau nak tipu rakyat bolehlah, kau try debat dengan kami dulu" menjadikan universiti ada roh universiti.

Sekarang? Roh itu sudah hilang. Ahli politik dilarang masuk kerana "ini berunsurkan politik. Nanti pelajar tak belajar".

Jadi apa guna maha-siswa? Dimana letaknya MAHAsiswa tersebut? MAHAsiswa sepatutnya mencabar kembali sistem sedia ada, dan berani mencabar status quo untuk mendapatkan sistem yang lebih baik.

Di universiti, patutnya diadakan perdebatan-perdebatan dua hala. Semua pihak dijemput; politicion, non-politicion, kerajaan, pembangkang, sosialis, economist, liberal, sekular, free thinker, lalang, islam, non-muslim, bersunat, tak bersunat, pak lebai, bukan pak lebai, dll.

Bukannya di universiti ini MAHAsiswa dilatih untuk menjadi robot dan burung kakak tua. Universiti adalah tempat intelektualisme.

MAHAsiswa kini aku lihat hanya mengejar 'keperluan industri', yang mana hanya belajar apa yang mereka belajar. Ini salah! Fikir balik, kenapa kamu diberi nama MAHASISWA?



Comments