Politeknik sama saja dengan IPT lain?

Dulu, masa aku newbie lagi di sini (politeknik); bila orang tanya study mana, aku jawab "politeknik JE". Lepas tu banyak feedback yang berkata gini "Je? Poli dengan universiti sama je la. Kenapa perlu bezakan macam tu?".

Selama aku kat sini, aku telah membuat satu kajian empirikal berkaitan ini; yang membuktikan bahawa universiti-poli adalah sama saja. 

Dan sekarang, satu sem lebih dah aku duduk sini. Dan aku terfikir skrg "apa yang samanya?". 

Yang berkata, selalunya tak alami benda ni. Aku tak tahu poli lain. Tapi poli aku ni, dah macam sekolah. 

Peraturan dibuat tanpa asas yang kokoh. Abang aku pernah cakap "peraturan yang dibuat tanpa alasan kukuh, langgar je". Bila aku fikir balik, ada betulnya, sebab apa guna peraturan kalau tak dapat memanusiakan manusia? 

Ini IPT. Bukan sekolah. Tapi kami disistemkan seperti anak-anak sekolah. Aku tak tahu kenapa jadi macam ni. 

Contoh; kami (lelaki) ke kelas perlu memakai baju kemeja. Tapi di universiti, boleh memakai baju tshirt, paling tidak tshirt berkolar. Kami di sini tak boleh pakai jeans. Di universiti, boleh pakai jeans.

Jika universiti-poli itu sama, apa maksud 'sama' di sini? Sering aku dengar talk dari orang atas mengatakan "....kamu semua mahasiswa..... Kamu pelajar IPT....." 

Tapi kenapa kami didefrag sebegini rupa? Apa beza kami dengan student universiti yang lain? 

Orang atas ada cakap, "kamu perlu berpakaian sebegini sebab nak nampak kemas. Nanti kamu kerja, majikan kamu akan mementingkan kekemasan. Dan mana boleh pakai jeans di tempat kerja". 

Aku tak faham apa yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak atasan. Telah terjadi double standard. Ada orang kata, " poli dan universiti lain sama dari segi sijil diploma itu". Tapi kalau begitu, apa tujuan pihak atasan membuat peraturan yang berlainan. Peraturan yang dibuat mestilah mengengengahkan kemenjadian manusia dalam diri manusia. Masalah sekarang, aku tak nampk pun apa kaitan double standard ini dengan kemenjadian manusia.

Tidakkah itu akan jadi diskriminasi? Kata kami ini mahasiswa, diberitahu kami ini pelajar IPT; tapi kenapa perlu perlu dibeza-bezakankan macam ni? 

Pada dasarnya, aku 100% tak ada masalah dengan peraturan macam ni. Tapi aku perlukan penjelasan yang kukuh. 

Bukan bab pakaian itu saja, tapi banyak lagi benda lain yang menunjukkan diskriminasi. Dan, kalaulah isu pakaian ini isu yg kecil, kenapa perlu disistemkan?

Owh ya, lupa; kami student politeknik SAHAJA.

"apalah guna sekolah didikan kalau tidak mengajar yang mana benar, yang mana tidak" – Pramoedya Ananta Toer

*kalau ada yang tak setuju dengan aku tak apa, sebab hermeunetik kita berbeza-beza.

Comments

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan