Tak duduk sekolah kami, jangan bising. Nak duduk sekolah kami, kena hormat

Ada orang berkata dalam laman Facebook “Tak duduk sekolah kami, jangan bising. Nak duduk sekolah kami, kena hormat. TQ”.

Aku ada dua jawapan berkenaan statement ini, jawapan pendek dan panjang.

Jawapan pendek: Hanya robot yang menghormati tuannya 100%.

Jawapan panjang: Malaysia ialah sebuah negara demokrasi (walaupun pada realitinya tidak). Jadi tidak salah untuk orang lain masuk campur perihal sekolah anda selagi dia tidak twist topik yang diperbincangkan. Macam kita lihat sekarang, kalau ada apa-apa masalah di Palestin, kita (Malaysia) sibuk ambil cakna perihal negara itu.

Sama juga anekdot ini. Mungkin yang masuk campur perihal sekolah anda itu ada kaitan, dan mungkin juga tidak. Yang ada kaitan itu mungkin alumni atau aktivis. Tidak tertentu hanya pelajar dan guru yang hanya boleh masuk campur dalam masalah itu, dan sebab itu adanya PIBG.

Kita sibuk nak tolong manusia-manusia di Palestin, di Rohingya, tapi manusia di sekitar kita, kita tidak endahkan. Sebagai aktivis, aku bermula dari masyarakat yang dekat dengan aku, umumnya di Malaysia. Dan sebagai aktivis pendidikan, aku bermula di sekolah lama aku.

Macam ‘jawapan pendek’ aku tadi, robot saja yang bengap ikut 100% peraturan yang dicipta oleh tuannya. Peraturan dicipta untuk mengharmonikan sesebuah kelompok masyarakat. Kalau peraturan yang dibuat itu tidak berjaya untuk memberi impak positif kepada sesebuah masyarakat, jadi adakah peraturan itu masih tidak layak digubal?

Aku bukan menentang ‘adanya undang-undang’, tapi aku menentang ‘bagaimana undang-undang dapat memanusiakan manusia’. Peraturan dan undang-undang itu perlu, tapi jika tidak berjaya untuk mengharmonikan kaum pelajar, maka perlu mencari ijtihad baru untuk memperkemaskan disiplin pelajar di sekolah.

Manusia iu berakal. Kita diberi akal yang sihat untuk berfikir. Tapi tak semestinya akal yang sihat itu melahirkan pemikiran yang sihat. Jadinya pemikiran kita ada orang lain yang akan sanggah. Point aku ialah; peraturan sekolah yang tidak relevan itu wajib digubal untuk mengharmonikan pelajar. Bukannya kita ikut telunjuk cikgu-cikgu 100% yang menggubal peraturan tu.

Yang lebih baik ialah apabila satu-satu peraturan baru ingin diperkenalkan, mesti ada mesyuarat dahulu. Panggil semua ahli terlibat. Kalau dalam persekitaran persekolahan; kita panggil pengetua, cikgu disiplin, kaunselor, guru-guru kanan, ketua pelajar, wakil pelajar, dan wakil tahap 1 dan wakil tahap 2. Kita adakan mesyuarat, apa yang tidak puas hati, kita debat. Dan biasalah, ikut budaya demokrasi, 2/3 persetujuan dari ahli dewan. Untuk menjadikan adil, dalam mesyuarat tu mesti 50% wakil dari guru atau ibu bapa, dan 50% lagi wakil dari pelajar. 

Ini tidak, sekolah mengamalkan ditaktor dan perlembagaan kuku besi. Ingat negara kita ni monariki ke apa? Pelajar tu manusia, insan, yang mempunyai souls.

Jadi. Fikirkanlah. Selamat beramal.

~ guru bukan dewa

Comments