Ada satu hari aku menonton kuliah dari ustaz Fikri (kalau tak salah tu la nama dia). Dia tu dulu Hindu, dan sekarang islam. Banyak jawapan yang aku dapat daripadanya atas persoalan-persoalan yang bermain di minda aku.
Mudahnya aku cakap, islamis kini nak orang dakwah bani kafir, tapi menggunakan quran & hadith semata. Bukan aku ckp tak boleh, tapi bkn mudah kafir utk percaya quran & hadith sbb mereka tidak mengimaninya.
Sepatutnya islamis yang nak berdakwah ini, berfikir sepertimana kaum kafir berfikir. Dari itu, kita akan dapat melihat bagaimana untuk menyanggah hujah puak-puak kafir.
Kita belajar quran, keluarkan dalil-dalil quran yang mengatakan bahawa Islam itu agama terbaik. Jadi macam mana pula kalau orang kafir, Hindu misalnya, yang belajar Kitab sucinya, dan mengatakan agama mereka terbaik?
Masalah islamis yang inginkan kafir masuk islam ialah mereka tidak mengkaji kitab agama-agama lain. Macam mana ada agama, yang cakap agama mereka terbaik, tapi Islamis ini tiba-tiba masukkan doktrin bahawa agama islam terbaik dan hanya agama itu yang terbaik? Walhal ada lebih dari sebuah agama yang menjanjikan agama yang harmoni?
Agama itu, sifatnya mengharmonikan masyarakat. Kalau ada ada satu agama, yg memang kita nampak agama itu harmoni & aman, adakah agama ini layak diterima?
Kenapa adanya neraka bagi org jahat? Kenapa (kalau Tuhan berkuasa) Dia tidak membuat Syurga sahaja? Dan menjadikan org semua baik2 belaka?
Persoalan ini tidak perlu dijawab di bahagian komen ni. Sbb aku dah tahu jawapannya utk menjawab persoalan ini sama ada untuk bani Islam atau bukan Islam. Tapi jawapan aku ni aku yakin bukanlah jawapan utk ekstrimis agamawan (orang yang betul-betul beriman & tahu selok belok agamanya).
Aku masih Islam. Aku bukannya Atheis. Aku sayang Islam. Aku kini nak mencari bagaimana agama lain mengatakan agamanya yg terbaik.
~ liyabluakum ayyukum ahsanu 'amala.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan