Pilihanraya Kampus

photo credit to blogger
Minggu lepas ada pencalonan untuk memegang tampuk 'pemerintahan' MPP di Politeknik Muadzam Shah bagi sesi Disember 2013. Hari mengundi kolej ni jatuh pada esok hari, 18 Disember 2012.

Minggu lepas ada sesi untuk para calon untuk membangkitkan manifesto-manifesto masing-masing untuk meraih undi. Saya ada dengar juga manifesto ini.
Semasa mendengarnya, saya ada kerja nak dibuat masa tu. So saya pun abaikan ceramah manifesto itu dan buat kerja dalam bilik saya. Saya beranggapan bahawa para calon akan mempamerkan manifesto mereka di lobi-lobi atau dinding-dinding di kawasan kampus. Tetapi, saya kecewa kerana 8 hari masa untuk calon meraih undi ini, hanya kelihatan poster-poster calon di kawasan kampus TANPA mempamerkan manifesto mereka. Saya perasan hanya dua calon yang menulis dengan handwriting manifesto mereka di atas poster mereka.

Saya bersetuju bahawa ceramah manifesto itu dilaksanakan di cafe kolej kediaman kerana di situ pusat tumpuan pelajar di malam hari. Ceramah itu relevan dan menarik kerana semua calon diberikan hak untuk menyatakan manifesto mereka.

Tetapi, kenapa ceramah itu hanya diadakan hanya pada satu malam? Mana hak calon untuk meraih undi? Di mana kebebasan dan demokrasi yang diberikan kepada calon?

Ceramah itu hanya sekali. Bukan semua orang free pada masa itu. Ada orang yang sangat sibuk dengan kerja masing-masing, nak buat assingment, nak siapkan tutorial dan macam-macam lagi.

Hanya satu ceramah tidak mencukupi untuk meraih undi. Saya, penuntut di sini semester Satu, bukannya kenal lagi senior-senior atau calon-calon yang bertanding. Sekurang-kurangnya calon diberi atau perlulah membuat satu ceramah jalanan atau 'kempen bergerak' untuk pada junior ini mengenali mereka dengan lebih rapat dan dapatkan secara jelas manifesto mereka apa yang mereka ingin perjuangkan.

Nak cerita, ada satu masa saya tengah lepak dengan classmate di library, ada seorang kakak ni (sem 2, sama umur), dia datang borak-borak dengan kami, berbual mesra. After that akak tu pun tanya, "ada apa-apa masalah tak di politeknik ini?". Kami pun menyuarakan ketidakpuasan hati kami kepada akak tersebut. At last, ada classmate saya tanya, akak ni nak apa sebenarnya? (Walaupun aku tahu soalan tu macam pelik, tapi aku tak cakap apa-apa). Akak tu pun cakap, "nanti undi saya ye".

Ini yang saya nak lihat. Ada calon yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk tanya apa masalah di kolej dan cuba berinteraksi dengan rakyat. Tapi tu la kali pertama dan kali terakhir saya berjumpa dengan calon yang berjumpa dengan rakyat di politeknik ini.

Sepatutnya, calon-calon dibenarkan untuk membuat satu pengumuman bahawa mereka akan mengadakan ceramah politik di tempat sekian-sekian di kawasan kampus. Bebaskan suara di situ, rakyat adukan masalah. Barulah rakyat faham apa yang calon itu ingin perjuangkan.

Saya ada baca manifesto-manifesto yang diletakkan di dinding-dinding di kawasan pengajian ini (bagi yang menulis manifesto), dan juga saya ada dengar sedikit pada ceramah malam tu.

Kebanyakkan manifesto yang dikemukakan adalah masalah parking, pembenaran bawa kenderaan dalam kawasan kampus, masalah kantin kotor, pintu tandas rosak, wifi slow, memperbanyakkan mesin air dan water cooler, dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi di mana nilai kemanusiaan yang ingin diterapkan? Berapa ramai calon yang memperjuangkan mengenai kebajikan pelajar? Mengenai masalah kesihatan pelajar? Mengubah taraf pendidikan pelajar? Mengadakan satu inisiatif untuk membantu pelajar dalam pelajaran?

Hanya masalah parking yang dikemukakan. Saya tidak menafikan ada natijah yang baik bagi manifesto sebegini, tetapi kemuncak intelektual mahasiswa adalah ia mesti memberi impak yang baik dan menyeluruh kepada ruang awam dan masyarakat terutamanya golongan-golongan yang tertindas.

Comments