Jangan jadi Lembu

12-14 Disember 2013 ni pihak Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan aktiviti sukarelawan untuk menbantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.

Ramai yang saya lihat mengambil bahagian untuk menjadi Volunteer ini.

Banjir di Kuantan seperti yang kita tahu, sangat teruk. Saya tak follow berita penuh di Kuantan. Tapi saya dapat update dari rakan-rakan saya yang belajar di sana.


Sebagai seorang mahasiswa, at least kita ambil tahu sedikit sebanyak perihal masyarakat setempat.

Mahasiswa bukannya sekadar duduk dalam kelas, study bersungguh-sungguh, dapat pointer tinggi, dan dapat segulung diploma atau ijazah dan bukannya juga mengejar anugerah Dekan.
Maha-siswa sebegitu bukan manusia. Mereka adalah ROBOT.

Bak kata Prof. Hamka “Belajar jika sekadar belajar, lembu di kandang juga belajar".
Mengapa prof boleh mengatakan sebegitu sekali kepada si penuntut ilmu?

Sebabnya kebanyakkan maha-siswa kini hanya concentrate untuk mendapatkan pointer tinggi dan dapat kerja.

Tolong ubah mentaliti masyarakat, terutama masyarakat saya sendiri, MELAYU. Kita sebagai maha-siswa, bukan ditugaskan untuk masuk dalam market kerja sepenuhnya selepas kita grad. Kita sepatutnya dapat memberi sumbangan kita kepada masyarakat untuk membantu menaikkan masyarakat.

Saya pernah menonton satu film hindustan starring oleh Amitha Bachan. Saya tak ingat tajuknya, tapi perihal pendidikan.

Ada satu situasi di mana pensyarah  institusi pengajian tu nak menggagalkan seseorang pelajarnya kerana something la saya tak ingat.

Tapi pelajar tu menjawab "Tuan boleh menggagalkan saya dalam peperiksaan, tapi tuan tak boleh menggagalkan saya dalam hidup saya"

Nah. Pendidikan di institusi pengajian tinggi bukanlah semata-mata untuk kamu masuk market pekerjaan yang ada. Tetapi benda yang paling fandumental sekali ialah kamu sebagai maha-siswa sepatutnya ada point atau kredit untuk mengubah masyarakat kepada yang lebih baik.

Kejayaan seseorang TIDAK layak diukur dengan pointer examination mereka. Kejayaan sebenar seseorang sepatutnya diukur dengan bagaimana mereka dapat memberi sumbangan & bakti mereka kepada masyarakat. Itu yang sepatutnya.

Tak guna dapat ijazah dan anugerah itu ini kalau tak dapat menolong masyarakat.

Di institut pengajian, sepatutnya pihak pengajian memberi kebebasan kepada maha-siswa untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat dengan seluas-luasnya. Bukan hanya mementingkan mutu perkhidmatan institusi, mementingkan gred, anugerah, dan peratusan lulus semata-mata. Tetapi ada something untuk maha-siswa dapat memperkenalkan kebijaksanaan para maha-siswa untuk mengubah sesebuah kelompok masyarakat.

~jangan jadi lembu

Comments