Ikut step 'rubic cube'?

photo ping to nocookie

Bila sebut rubik's cube, rasanya semua dah tahu apa itu rubik's cube. Bagi sesiapa yang belum tahu, silalah mengGooglenya di internet.

Ramai orang tahu selesaikan rubik's cube kan? Dah banyak tutorial yang ada dalam youtube dan internet.
Sebenarnya, apakah fungsi rubik's cube dicipta?

Rubik's ni dicipta untuk menyelesaikan masalah warna-warna pada setiap base itu yg berterabur tu menjadi sama.

Apakah yang perlu ada?

Nak selesaikan rubik's cube ni sebenarnya perlu ada 'kemahiran' dan pemikiran secara kritis dan kitikal.
Tapi sekarang....

Sekarang ada tutorial solution dalam yotube kan?

Ini menunjukkan bahawa jika fungsi rubik's cube sudah disalahgunakan.

Fungsi rubik's ini sebenarnya untuk melihat sejauh mana tahap pemikiran seseorang untuk meletakkan warna-warna yang sama pada setiap base cube itu.

Tapi kini, penyelesaian ini sudah dirogol dengan cara sesetengah pihak membuat solution dan tutorialnya untuk menyelesaikan rubik's ini di dalam internet.

- Tak paham? -

Macam ni. Rubik's ni dicipta bukan untuk tahu teknik menyelesaikan masalah, tetapi untuk mencipta teknik menyelesaikan masalah. Gamers sepatutnya bukan hafal step sebagaimana kebanyakan tutorial yang diajar di dalam dunia maya. Sebaliknya gamers perlu ada kritikal thinking macam mana nak selesaikan masalah rubik's itu.

Sekarang rasanya tak salah jika saya mengatakan 'pendirian rubik's cube sudah dirogol'.

Cuba anda semua berfikir...

Bagi yang pernah main rubik's ni. First base anda buat, ada step tak? Rasanya tak ada. Bagi pemain amatur, memang dia akan buat first base ni 'ikut dan' sahaja, janji warna base itu sama.

Persoalannya, kenapa kita 'ikut step' untuk membuat base kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya?

Saya ada terima beberapa jawapan:
- Susahlah tak ikut step
- Memang kena ikut step, nanti mana boleh buat


Jadi, mengikut jawapan yang saya dapat dari gamers rubik's cube ini, sahihlah game rubik's cube itu sudah lari dari tujual asal penciptaan.

Rubik's cube pada dasarnya tiada step. Tetapi untuk memudahkan manusia, ada orang yang mencipta steps tersebut. Jadinya, memang jadi susah kalau tak ikut step. Tapi sudah tak ada guna seseorang yang mengikut step untuk menyelesaikan masalah ini.

Pernah lihat pertandingan rubik's? Berapa saat rekod dunia untuk menyelesaikan rubic 3x3? 
Beberapa saat sahaja kan?


Kalau begitu, amat mustahil yang masuk pertandingan itu menghafal step. Mereka semuanya berfikir 'bagaimana untuk gerakkan ini dan ini' untuk menyelesaikan masalah rubic. Kalau mereka follow the steps, mustahil mereka dapat menyelesaikan masalah itu dengan hanya beberapa saat sahaja.

Mengikut teknik adalah cara yang betul untuk menyelesaikan masalah rubic. 'Teknik' dengan 'step' dua perkara yang berbeza. Saya lihat (rakan-rakan) sendiri tak ada teknik, tapi semua hafal step.

Permainan yang sama konsep seperti rubik's cube ialah catur.

Adakah anda bermain catur, anda menghafal step? Rasanya buat masa ini, saya tak jumpa lagi 'chess step' atau 'solution of chess' yang menerangkan satu persatu bagaimana untuk menang.

Walaupun catur itu kita bermain double player, dan tidak dapat membaca fikiran player yang lain, tetapi catur dan rubik's hampir sama konsep penciptaannya, untuk menyuruh manusia berfikir.

~ berharap catur jangan dirogol sama seperti rubik's

Comments

  1. wak2..first base..first layer dan second layer tidak memerlukan step :)

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan