Pakaian Raya



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlkalantani ini sama ada sengaja atau tak sengaja. :)

Seronok raya tahun ini? Banyak dapat duit raya? Mesti banyak kan? Berseronoklah pada hari raya. Hari untuk kita meraikan kemenangan kita kerana telah berpuasa selama sebulan.

BERTENGKOLOK

Hari raya pertama hari tu, Naim berpakaian ala-ala panglima Muelayu zaman Parameswara dahulu kala. 
Berbaju Melayu hitam. Bersamping songket ikatan bunga. Bertengkolok lipatan Balung Raya. Bercapal. 

Naim yg memang tak ada perasaan malu kepada orang ramai ni, dengan selambe katak je pergi solat sunat hari raya puasa di Masjid Besar Bandar Jengka.
Ramai orang pandang pelik dengan pakaian Naim. Budak-budak kecil ketawa melihat Naim berpakaian.

Yang sebenarnya, Naim buat tengkolok tu sebab Naim tak ada songkok. Tak beli pun. Susah nak jaga songkok sebenarnya. Lol.

2-3 hari sebelum raya, Naim ada joined satu group Busana Melayu di facebook. Naim tertarik dengan pakaian meraka dalam tu. Tengkolok mereka, pergh, cantik-cantik belaka. Buat dengan songket. 

So, dari situlah timbunya idea nak buat tengkolok untuk dipakai masa hari raya. Naim pun berjayalah melipat satu tengkolok. Tengkolok Anak Gajah Menyusu hajatnya nak buat, tapi hampir terjadi macam Balung Raja. 

Sebenarnya bila dah siap tu, Naim teragak-agak juga untuk memakainya buat beraya. Sebabnya tengkolok tu nak cakap lipatan Anak Gajah Menyusu, bukan. Nak kata Balung Raja, pun bukan. Naim takut, bila beraya, berjumpa 'orang seni', dan mereka kutuk Naim sebab dah rosakkan seni Melayu.

Tapi ada 2-3 responden yang inbox naim di fb & sms. Positif respon. ada yang cakap (lbh kurang):

1. Pakai saja. Sekarang ni terlalu banyak lipatan tengkolok. 
2. Ini warisan Melayu. Pakai je macam tu. Biar mereka tahu bahawa ada lagi penyambung warisan kita.
3. Siapa yang marah Naim pakai macam ni, dia tak cerdik. Sebabnya ni adalah pakaian Melayu.

Bila tiba raya, Naim pakai je la tanjak tu. Ada la beberapa respons dari kawan-kawan, kenalan-kenalan, waris-waris.:

1. Rare kowt pakai tengkolok
2. Macam Hang Tuah
3. Ni panglima mana pulak ni?
4. Kau nak g beraya ke nak g bersilat?

Bagi Naim sendiri, seni warisan ni perlu kita jaga. Sebab nanti tak mustahil hilang sikit demi sedikit. Contahnya macam karya-karya orang zaman dahulu, sekarang susah dah nak jumpa macam Kitab Mat Kilau, Pati Rahsia, Tajul Muluk, Peluru Petunang, dan lain-lain. Pakaian Melayu zaman dahulu pun tak mustahil akan hilang. 

Cuba fikir balik, pada ketika ini, pakaian tu, kita boleh katakan hanya berjumpa dengannya pada pengantin, waktu demo persilatan, adat istiadat istana, majlis adat Melayu, dan lain-lain. Tapi, cuba kembali ke masa lampau, orang zaman dahulu, itulah pakaian mereka. Tengkolok itu adalah hiasan kelapa bagi lelaki Melayu. 

Orang dulu, jika mereka keluar, mereka akan pakai destar (hiasan kepala). Itulah Melayu. Dulu orang buat destar guna kain biasa sahaja. Tapi bila ada yang kreatif, timbullah pelbagai jenis tengkolok dan tanjak.

Kalau keluar rumah pun, orang dulu akan membawa golok, parang, badik, sabit. Ada juga yang membawa sundang.
~Sundang? Apakah? Ramai yang tak tahu kan sundang tu apa. Hilang di mata anak muda sekarang.

Bagi Naim, tak salah kalau nak pakai macam tu. Cumanya kena betul pemakaian itu. Jangan kita pakai, orang akan kata kita mempermaikan seni Melayu. 

Tengkolok ada juga adab 
& adat serta etika pemakaiannya. Tapi, jika kita nak pakai untuk berhari raya atau sambutan apa-apa majlis, bagi saya, etika itu tak perlu kita ikut semua. Orang tua dulu-dulu pun buat pantang larang ni ada bersebab yang rasional. 
Naim cakap tak perlu ikut semua sebab, kita nak tunjuk ada lagi warisan ini, tapi jika kita rasa terbeban sebab warisan ini, kita pun jadi malas sambung. 

So, kalau ada orang yang masih memakai pakaian sebegini, pandanglah mereka sebagai seorang yang berjiwa seni & mereka tahu asal usul mereka. 

KETEMU DENGAN PEMBUAT SARUNG GOLOK


Selesai beraya di Bandar Jengka, Naim sekeluarga beraya di Jengka 11. Situ sebenarnya rumah lama Naim. Tahun 2000 kalau tak salah berpindah ke lain, quartes guru Jengka 10. Dalam 3-4 tahun juga duduk kat situ. 

So, berayalah rumah jiran dahulu. Pakcik Mat orang panggil.
Ketika Naim kecil dulu, mana ada 'seni' tu dalam diri, so Naim buat tak endah je la masa pakcik Mat buat sarung golok. Beliau juga seorang pembuat Wau. Cantik-cantik pulak tu. Sekarang Pakcik Mat lebih kepada Wau berbanding sarung golok. Umur pun dah meningkat dah kan, tak larat la.

Sempat juga Naim berbual dengannya. Bertanya mengenai golok. Ya, memang beliau tak buat dah. Naim tanya biasa pakai kayu apa buat sarung golok? Beliau cakap macam-macam kayu pakai. Bila Naim tanya ada lagi tak simpanan kayu-kayu tersebut? Dia cakap tak ada dah. 

Dia cakap kayu Kedondong amat cantik. Ada garisan-garisan hitam. Beliau panggil 'udang' utk gelaran garisan tersebut.


Naim tanya la, buat tak keris?
Beliau cakap tak buat. Tapi di Jengka 11 ni ada yang masih buat. Tapi dia guna steal. Dan dia bukan tempa.

Beliau cakap, kalau nak yang tempa, ada di Jengka 14. (Mungkin satu hari nanti Naim akan melawat)

Masa nak balik dari rumah dia tu, dia tunjuk 2 bilah golok kepunyaannya. 

Satu bersarung Kedondong. Memang cantik sangat garisan udang tu. 

Satu lagi bersarung Kemuning Kuning.

Naim tertarik dengan kemuning tu. Bukan senang nak dapat kemuning. Naim tanya ada lagi tak lebihan kemuning. Tapi beliau cakap tak ada. Dulu ada sebesar ini kemuning hitam, (lebih kurang 15cm dan setebal 3 buah quran), tapi isteri beliau pergi buang sebab taj tahu tu kayu apa. 

Bila mak Naim terdengar pasal kemuning. Mak pun tanya Pakcik Mat, "kemuning? Macam pernah dengar, orang buat apa dengan kayu dia?" Pakcik Mat cakap kemuning ni orang buat ubat. Kayunya diasah. Ada yang buat mata cincin juga sebab dia ada khasiat. 

Golok kemuning pakcik Mat tu 97% kemuning kuning, yang lebihnya kemuning hitam. Memang cantik sangat.. 

Best ceritera Naim? Naim harap u all enjoy la raya ni. Selamat hari raya, maaf zahir batin. Naim mengundur diri dulu. :)

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. Teman idok le tau ada pantang larang pemakaian tanjak... Etika pemakaian ada la...

    ReplyDelete
  2. mcm bru tgok je muka empunya picture 2..

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan