Anak Gajah Menyusu |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog NaimAlKalantani™ ini. Moga dalam kerahmatan Allah Taala selalu.
BLOG EXPIRED
Untuk pengetahuan semua, saya membuat blog ini adalah berbayar. Ramai orang tanya, “Naim, kenapa kau buat blog bayar, tapi aku free je?”
Jawapannya kerana saya beli domain (alamat) blog ini. Sebab tu blog ni dot com, bukan dot blogspot. URL ni tak lama akan expired, lebih kurang 5 Sept nanti. Lepas tu saya kena renew kembali dengan harga $10 USD/tahun.
BAJU RAYA CANTIK
Hmmm, ni dah start sekolah. Mesti ada function yang pelajar semua tunggu-tunggu lepas raya ni kan? Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Siapa yang tak seronok kan? Boleh bawa kuih raya banyak. Boleh makan banyak-banyak. Best kan.
Bab pakaian tak payah nak cerita la kalau masa ni. Bak kata guru saya, “Hari tu, pelajar tak kenal guru, guru tak kenal pelajar, semua sama (pakaian). Mungkin pelajar akan dapat menandingi guru”
Yang perempuan saya pun pening. Macam-macam fesyen pakaian akan jumpa masa tu. Yang biasa pun baju kurung moden. Kebaya pun ada. Entah apa nama lagi la pakaian pelajar perempuan ni. saya pun tak tahu sangat. Kalau nak detais satu-satu, memang post kali ini habis dengan describe dengan pakaian wanita je la maksudnya.
Pelajar lelaki, segak dengan baju Melayunya. Bersamping songket bermacam-macam jenis ikatan akan timbul pada hari tu. Butang baju Melayu yang bewarna warni, ada juga butang yang berantai cantik. Di kepala dihiaskan dengan songkok. Paling lekeh ialah bersongkok semata-mata. Ada juga yang mengenakan riben pada songkok. Ada juga yang meletakkan kerongsang. Kerongsang pula ada yang berantai juga. Sangat cantik dipandang. Ada juga yang rare lagi meletakkan terus datoh pada songkoknya. Ada yang memakai capal. Yang tu biasa bila memakai baju melayu. Tak kurang ada yang mengenakan kasut outdoor terus. Warna warni pulak tu.
Bergambar sana-sini. Seronok. Lepas tu update di IG, FB, Moment dengan hashtag ootd. Lol. Lawa belaka.
SEDIH
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di sekolah saya tidak begitu meriah berbanding belakangan ini.
Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian raya yang mereka pakai ketika raya mereka. Maksudnya sambutan pada hari Jumaat 23 Ogos itu hanya memakai pakaian sekolah hari Jumaat.
Masing-masing diarahkan memakai pakaian rasmi hari Jumaat.
Yang lelaki form 1-5 memakai baju Melayu sekolah warna putih bersamping pelikat sekolah, berkasut sekolah, bersongkok. Form 6 pakai baju melayu hitam bersamping songket, berkasut, bersongkok.
Yang perempuan form1-5 hanya memakai pakaian rasmi sekolah! Baju kurung kain cotton putih sekolah tu. Form6 pakai jubah sekolah bewarna hitam cantik la jugak sebab ada manik-manik dan tudung berwarna.
Saya nampak riak ketidakgembiraan mereka pada hari itu. Tidak seronok. Lagipun masa majlis, kami diarah masuk ke dalam dewan semata-mata untuk menunggu tetamu jemputan, lepas tu kami makan tanpa ada persembahan atau function yang menarik. Lepas makan, balik. Thats all.
Ada orang kata, “Ini adalah sambutan paling teruk dalam sejarah sekolah Bestari ini”. Saya tidak tahu macam mana sambutan sebelum ini kecuali tahun 2012 & 2011. Saya masuk sekolah tu masa form 4. Masa tu memang kami dibenarkan untuk bebas berpakaian dengan syarat (terutama ladies) jangan memakai yg menjolok mata.
Masa tu very happening. Sangat seronok melihat warna-warni hari raya. Nampak riak kegembiraan dimuka pelajar. Tapi tahun ini tidak. Ramai yang merungut. Ramai yang menyalahkan pentadbir baru 2013.
*saya tiada komen dalam hal ini.
MEMAKAI DESTAR
Semasa sambutan, saya memakai pakaian rasmi sekolah hari Jumaat untuk pelajar form 6. Tapi dengan berbekalkan muka yang dari dulu dilatih untuk tidak malu dan tanpa keseganan, saya membawa destar yang saya buat dengan tangan saya sendiri ke sekolah untuk memakainya.
Tanjak tu sebenarnya idea saya semasa sebelum raya baru ni. Setelah melihat group di facebook, Grup Busana Melayu. Saya berfikir, ini adalah pakaian Melayu yang sebenar. So saya carilah artikel & info mengenai tanjak. Mula berjinak-jinak baru.
Selepas raya, saya mencari samping songket untuk membuat tanjak. Memang bersemangat ketika itu. Melipat tanjak dengan beberapa kali cubaan sebab tak jadi yang berkenan di hati. Akhirnya dapat juga hasil yang memuaskan.
Dalam hati, “Aku akan bertanjak semasa sambutan hari raya di sekolah”. Itu adalah impian. :)
Tapi bila diarahkan oleh pengurusan macam tu, saya berbelah bahagi untuk memakainya.
Tapi itulah, dengan tiada segan silu, saya membawanya. Dan memakainya di dalam kelas.
Sedih bila ada rakan yang mengutuk.
• Kau ni apa hal naim?
• Akun hantar jugak budak ni kat Tanjung Rambutan
• Tak ada kerja
• Buuuu
• Zaman bila kau ni Naim?
• Kau nak silat ke?
• Nak g kawin ek?
Dan macam-macam lagi.
Saya sedih bukan sebab ditourcher. Tapi sedih bila MELAYU SENDIRI MENGUTUK PEMAKAIAN MELAYU.
Ok, mungkin salah saya sebab pakai tanjak sebab semasa sambutan kami diarah untuk memakai pakaian yang selalu dipakai pada hari Jumaat.
Tetapi, kenapa perlu dikutuk? Hanya sebuah tanjak yang saya pakai di atas kepala mengantikan songkok. FYI, saya memang tak suka bersongkok sebab saya tak reti jaga songkok.
Ramai yang mengutuk. Ada yang memandang pelik. Ada yang musykil. Yang memuji hanya berdiam. Ada 2-3 orang sahaja yang thumb-up kepada saya.
Bila sebut PAKAIAN MELAYU, dalam fikiran mengambarkan baju melayu. Bila sebut PAKAIAN KAWIN atau PAKAIAN SILAT, dalam kepala bermain baju Melayu, bersamping, bertanjak.
Pemikiran itu adalah salah sama sekali. BUSANA MELAYU sebenarnya pakaian zaman kegemilangan laksamana & pendekar Melayu zaman dahulu. Memakai baju layang berseluar senteng. Berdestar di kepala. Tersemat di pinggang sebilah keris atau golok atau badik. Ada juga yang membawa busur panah.
Tapi sekarang? Bila mengenakan pakaian sebegitu, akan dikatakan orang sebagai pesilat atau mempelai.
Ke manakah hilangnya warisan asal MELAYU?! Kaum Melayu moden meninggalkan tradisi adat resam budaya Melayu sendiri. Siapa lagi yang nak hidupkan benda-benda ini kalau bukan kaum kita sendiri? Cina? India? Mamak? Malbari? Pakistani? Banjar? Jawa? Arab?
Di luar negara, ketika perayaan seperti ini, mereka berbangga memakai pakaian kaum mereka. Hiasan kepala (destar) mereka sangat cantik. Tapi lebih cantik hiasan kepala orang Melayu kita.
Di sini saya hendak mengubah pemikiran anak-anak Melayu, bahawasanya tanjak itu bukanlah pakaian pesilat atau pengantin lelaki pada asalnya. Ia adalah pakaian orang MELAYU.
Kenapa Melayu malu pakai tanjak & pelik pabila melihat orang bertanjak? Ketinggalan zamankah?
Ya, memang ketinggalan. Jadi, kamu yang berkata sedemikian jangan kamu memakan petai, budu, cencalok kerana itu makanan melayu zaman dahulu yang dah memang ketinggalan zaman.
Ketika dalam kelas, cikgu MUET masuk kelas. Dia nampak saya. Dia memuji saya dan cakap saya hebat sebab dapat menghasilkan sebuah tanjak yang cantik. “Bolehlah Naim jadi mak andam nanti”, gurau beliau.
Beliau nak shoot pic saya, saya persilakan. Dia memuji.
Cikgu Sastera pula masuk kelas, beliau cakap bagus kamu. Tapi beliau bergurau, “nampak sangat kamu ni dahagakan publisiti”. Bergegar kelas disebabkan tawa para rakan. Saya pun tarik muka 14. Tapi beliau memuji tanjak saya.
(Kata-kata beliau tu saya andaikan sebagai gurauannya)
Bila masuk dewan sekolah, banyak mata yang memerhati. Tak kurang juga lensa kamera dituju kepada saya. Femous la sikit hari tu. Mana taknya, orang lain semua pakai sedondon, saya bantai tanjak.
Tak kurang ada juga junior yang tanya kenapa pakai macam ni, saya hanya senyum. :)
Sebenarnya saya pakai benda tu pergi sekolah sebab nak tunjukkan bahawa Melayu tak hilang lagi di dunia ini. Saya sekolah agak pedalaman. Bandar yang sedang membangun. Pernah saya membaca artikel di akhbar tempatan, 2-3 bulan lepas ada group Busana Melayu together-gether keluar ke KL berpakaian seperti seorang pahlawan zaman kegemilangan Parameswara. Ramai. Dalam 20-30 orang. Bila wartawan tanya kepada orang awam mengenai mereka, ada juga yang nakal menjawab, “saya fikir mereka ini orang yang masuk mesin masa dan tersalah landing ke zaman ini”.
Lihatlah betapa hilang Melayu. Saya rasa pakaian melayu yang paling rare ialah yang orang tak pandang pelik masa ini ialah CAPAL sahaja.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Respon Dalam Grup Promosi Busana Melayu:
Manakala ini adalah chat yg dihantar oleh junior saya:
Dan ini pula responds friends facebook:
luahan hati saya sebagai Melayu. Di sini juga saya sertakan sedikit artikel mengenai jenis-jenis tanjak yang saya petik dari destarwarisanmalaysia.
DESTAR WARISAN MALAYSIA
Rekabentuk Destar
* Rekabentuk Destar terbahagi kepada 2;
1. Rekabentuk asas
2. Rekabentuk hiasan
* Menggunakan alam nyata sebagai asas dan motif rekabentuk yang mempunyai nilai seni yang tinggi melebihi fungsi melalui susunan garis, warnak, corak dan imbangannya yang meletakkan destar pada tahap yang lebih tinggi.
* Cara membentuk dan mengikat destar yang bermacam jenis mengambarkan betapa tingginya daya kreatif yang ada dalam diri pereka destar.
*Ciptaan rekabentuk berdasarkan flora dan fauna mahupun berbentuk abstrak.
Tumbuhan;
Belah Mumbang
Bunga Batu
Bunga Padi
Bunga Sekaki
Bunga Tanjung
Cogan Daun Kopi
Daun Kacang
Ikal Mayang
Jantung Pisang
Kacang Dua Daun
Kuntum Tak Jadi
Limau Purut
Mumbang Belah Dua
Mumbang Tidur
Pucuk Pisang Patah
Pucuk Rebung
Sekelongsong Bunga
Seludang
Sirih Kembar
Legenda (Manusia);
Bendahara
Datuk Bija DiRaja
Datuk Menteri
Laksamana
Megat Terawis
Putera Kayangan
Seri Indra Putera
Temenggong
Tengkolok Alang
Haiwan;
Anak Gajah Menyusu
Ayam Patah Kepak
Balung Ayam
Belalai Gajah
Gajah Gemulung
Gajah Mandi
Helang Melayang
Helang Mengeram
Jebak Puyuh
Lang Menyambar
Lang Menyongsong Angin
Lang Sioh
Musang Terjun
Naga Bersulang
Pari Mudik
Patah Kepak
Paunh Enggang
Singa Menoleh
Sudu Itik
Abstrak;
Bebulan
Bugis Tak Balik
Bulan Mengambang
Bulang Hulu
Dagang Sakit Di Rantau
Dayung Mas
Dendam Berahi
Dendam Tak Sudah
Dua Sejumbai
Gombak Raja
Lambung Belalai
Layar Buang
Raja Naik Bersiram
Sarang Kerengga
Sehari Bulan
Sekalung Bunga Selingkar Rotan
Seluk Timba
Semarak
Serampang Perak
Seri Bulan
Seri Gading
Simpai Emas
Tanah Terrban
Tebing Laksamana
Tebing Runtuh
Tubang Layar
Makanan;
Getam Budu
Getam Pekasam
Temalung Budu
Senjata;
Ranjau Pergi
Serampang Perak
Banyak lagi jenis tanjak yang diubahsuai sehingga sekarang. Dan tetapi masih mengikut pakem sebuah tanjak Melayu. Yang popular ialah Lang Menyusur Angin.
Sekarang menunjukkan pukul 12.47 AM. Saya pun dah mengantuk walaupun malam ini malam minggu. Nak tidur jugak weh.
Ini sahaja daripada saya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari-Nya.
Sekian, terima kasih.
“TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA” - Tun Tuah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga terus belajar lagi ttg pakaian melayu utk disebarkan dan dimartabatkan... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh saya tahu bagaimana boleh dapatkan info cara-cara menyediakan tanjak/destar atau seumpamanya? belajar dari mana? saya nak belajar. Sekian, terima kasih
ReplyDelete