JANGAN BACA bagi pelajar SPM !!! Danger !!!

photo ping to blogger
Ok.. Sebelum anda semua baca ni, tolong tenangkan hati & lapangkan minda anda semua. Bertindak professional. Jangan ada kaitan dengan mana-mana pihak kerajaan atau pembangkang. lol. 

Ok, sekarang, bagi yang akan sekolah tahun hadapan (terutamanya bakal-bakal calon exam besar, SPM), bacalah ni. 5 minit pun tak sampai maybe. This is very useful.. boleh share @ tag nama member korang :)

Ok. Hmmm. anda semua hari-hari belajar? Hari-hari ke? Semalam belajar? Esok? Hari ni? Betul kan? Pergi sekolah 5 hari seminggu, tuisyen, tambahan, kelas malam, study di rumah. Purata dalam 8-9 jam sehari anda semua belajar akademik (termasuk yang tak formal). Kenapa anda belajar rajin-rajin? What your matlamat @ aim? Demi mendapat ilmu? Demi peperiksaan? Ataupum dua-dua? Aik, dua-dua? Kalau macam tu, samalah macam anda pergi ke dua tempat berbeza dalam satu masa, boleh ke buat mcm tu? 

Kalau aku cakap sekolah tu tempat memproses pelajar-pelajar, anda semua setuju tak? Tak setuju? Ok :) Sekolah ni sebenarnya menyerupai KILANG.

SEKOLAH:
Setiap tahun, pelajar baru masuk dgn sistem batch → Selepas tu students diajar semua jenis subjek dengan kaedah yang sama → Semua pelajar diarah melakukan kegiatan & aktiviti yang sama → Lepas satu masa, mereka semua akan dinilai dengan cara penilaian yang sama (exam) → Pelajar yang dinilai cemerlang, dipuji. Pelajar yang dinilai lemah, 'dibuang' → Lastly, semua students keluar dari sekolah dengan PEMIKIRAN, MENTALITI DAN SET MINDA YANG SAMA.

KILANG (contoh kilang minuman):
Setiap botol dimuatkan dengan air yang sama rasa & isipadu → Air botol yang rosak pula dibuang ke dalam tong sampah.

KILANG (contoh kilang gula2):
Setiap gula-gula dibalut dengan pembalut yang sama & memberi rasa yang sama. 

Ok. Hmmm. Sejak bila manusia dicipta bagi MENJADI SAMA

Hmm. Gula-gula kan boleh menjadikan anda semua gembira, kan sedap kan gula-gula tu. Siapa yang tak nak kan? Aku pun nak makan gula-gula. Walaupun gula-gula tu sama, akhirnya akan dibeli oleh orang yang berbeza. Namun fungsinya serupa, yakni memberikan kemanisan dan kegembiraan. 

But, macam tu la manusia, selepas tamat sekolah, setiap student akan bawa haluan masing-masing. Rezeki dan nasib berbeda menyebabkan PERJALANAN HIDUP MEREKA TAK SAMA. Akhirnya, mereka tetap melakukan sesuatu yg dapat menyumbang kepada masyarakat. Darapada sekecil-sekecil orang yang menyapu sampah sampailah kepada menteri. Kalau tak ada si penyapu sampah, siapa lagi nak jadi penyapu sampah dikalangan anda semua? Robot?

Mama aku pun selalu cakap kat aku, "Naim belajar sungguh-sungguh, hal menyapu sampah tu biarlah serah kepada yang kurang cerdik". Aku masih tak dapat ubah mentaliti mama. Bagi aku pendapat mama tak betul. Macam perumpamaan ni la, Kalau semua jadi menteri, siapa nak jadi rakyat? Jika semua buang sampah, siapa nak kutip?

Aku tak nafikan SISTEM PENDIDIKAN KITA MASIH BANYAK KELEMAHAN DAN KEKURANGAN. Tapi aku yakin, ada pihak yang bertungkus lumus cuba memperbaikinya. 

Anda semua tahu tak berapa ramai pelajar YANG MUSNAH HIDUPNYA DISEBABKAN SEKOLAH?

Gula-gula dan air minuman yang rosak di kilang tak akan dibuang macam tu saja. Ia akan dikaji dan sistem akan dibaiki bagi mengurangkan kerosakan. MACAM TU JUGA SEKOLAH. Memang ada pelajar yang gagal dalam hidup sebab sekolah. Tapi kegagalan mereka menyumbang kepada kemajuan sistem pendidikan. Itu adalah PENGORBANAN. Dan, sekolah bukan semata-mata tempat menimba ilmu. Sekolah adalah tempat mendapatkan pengalaman baru. Sekolah dapat menyerlahkan warna-warna kehidupan. Most important, sekolah menemukan anda semua dengan manusia yang anda gelar sahabat & rakan seperjuangan. 

So, dari tu, if you nak jadi pelukis misalnya, teruskan melukis walaupun esok SPM. Biarlah orang cakap pelukis adalah kerjaya kelas ke-2 ke, ke-3 ke. Lantak merekalah, janji anda semua berusaha dalam exam untuk jadi pelukis. Pandai-pandai la kias. Tapi jika anda gagal dalam pelukisan dalam exam, tak mati nye oii. Dlm dunia ni banyak lagi kerja. Yang penting, MINAT.

~Letih aku taip panjang-panjang, tak ada orang baca, kecewanya aku :) Jangan sempitkan pemikiran anda semua. Aku manusia, aku ada akal yang dikurniakan Allah. Ada sifat mengkritik, ada sifat memuji. Benda salah akan dikritik. Benda baik akan dipuji. Macam benda baik jugak, kita akan puji someone habis-habisan. Kalau kritik, kritiklah habis-habisan juga, luaskan pemikiran anda.

Mungkin ayat-ayat atas ni, anda semua pernah jumpa dalam satu buku keluaran anak Malaysia. Aku just mengolah & mengedit ayat ni jadi mudah anda semua nak paham. So, jika pernah baca buku tu, suggest kat rakan-rakan anda yang lain. *smile

form someone:


Senang jee, anda jangan fokus sangat apa yang ada di sekolah, cuma perlu belajar biar pass exam, buat apa yang anda rasa anda suka tapi benda yang boleh jadi pekerjaan anda masa depanlah, jadi nanti anda takkan rasa tertekan masa anda kerja, sebab kerja yang anda buat tu memang benda yang korang suka, kalau suka masak kek, tak mengapa belajar masak sampai power lepas tu boleh supply/bukak kedai kek, kalau suka merempit tak mengapa rempit cara profesional jangan buang masa ikut race haram. Kalau suka grafik tak mengapa, cuma perlu dalami lagi ilmu grafik tuu biar jadi power macam artists lain. Jangan terlalu skeptikal dengan orang, jangan terlalu formal sebab kalau kita terlalu formal kita akan penat, keputusan exam bukan segala-galanya. Apa yang penting usaha, abang ramai kawan yang masa belajar dulu hancur tapi sekarang dah berjaya, ramai jugak yang masa belajar power tapi sekarang hancur, apa yang penting usaha, dan kalau kita buat apa yang kita suka dah tentu kita payah nak putus asa betul tak, apa pon anda buat kipidap abang doakan yang terbaik untuk anda.

Comments

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan