photo ping to google
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog aku. Lama dah tak pudate blog ni. semenjak handphone dah tak ada ni. SPM pun tak lama dah ni. Jarang-jarang dah online ni.
Ok. Kali ni aku nak cerita pasal phising. Fishing? Fishing tu memancing la. Ni Phishing. P.H.I.S.H.I.N.G.. Ha gitu. Phising ni, sebenarnya ada kaitan dengan fishing. Fishing sifat dia, pasang cacing kat mata kail, after that mancing la. Cacing tu sebagai umpan. So, phising pulak, mengumpan user komputer untuk memasukan atau membuat sesuatu yang berbahaya kepada dirinya sendiri. Kata mudah ialah memasukkan password dan username whatever akaun ke dalam laman phising.
Aku ni dah mencuba phishing. Laman phising dibuat lazimnya untuk mendapatkan password dan username atau email seseorang yang telah dipancing oleh hacker. Ok. Anda semua pernah tak lihat laman login facebook tu, tapi dengan url (address) dia bukan facebook.com? itu adalah sebahagia daripada phising.
Berhati-hatilah. Jika anda memasukkan email dan password anda, benda yang anda taip tu akan dicatch ke dalam file manager (bahasa mudah) hacker tersebut. Hacker tu rilek goyang kaki saja untuk mendapatkan password anda. Pernah lihat SPAM di inbox email anda? Ada tak dia suruh isi email dengan pass? Tolong jangan layan untuk keselamatan anda.
Berhati-hatilah. Jika anda memasukkan email dan password anda, benda yang anda taip tu akan dicatch ke dalam file manager (bahasa mudah) hacker tersebut. Hacker tu rilek goyang kaki saja untuk mendapatkan password anda. Pernah lihat SPAM di inbox email anda? Ada tak dia suruh isi email dengan pass? Tolong jangan layan untuk keselamatan anda.
Di facebook, ada la kawan-kawan anda suruh masukkan email dan pass anda untuk buat something. Bila anda click, pastikan anda yakin dengan laman tu dengan cara melihat alamat laman web tu. Jika alamat tu mengarut, tolong jangan isi.
Tips untuk kenal laman web phising
- Lihat address bar, pastikan betul-betul laman web yang ada hendak layari.
- Jangan dedahkan password dan email anda sesuka hati. Macam-macam boleh jadi. Tambahan lagi, anda dedahkan password dan user untuk maybank2u anda. Tak ke gila namanya.
- Selalunya web phising ni kelihatan simple. Selalunye la. Just masukkan password dan user.
- Lazimnya, bila anda masukkan email & password dalam laman phising, dan anda tekan Enter, laman tu tidak akan berubah. Anda cuba beberapa kali, tetapi masih di laman yang sama. You got something wrong at there. Kadang-kadang juga, bila tekan enter, dia akan muncul laman yang tidak sepatutnya seperti iklan ke, facebook je, google ke. Tapi yang tak ada kaitan dengan laman tersebut.
So, takut? Don’t worry be happy. Setiap penyelesaian pasti ada masalahnya:
- Jika anda rasa anda telah mendedahkan maklumat di laman phising (exp: facebook anda), dengan kadar segera login facebook anda dan tukar password.
- Kalau boleh, password tu biarlah ada huruf besar, huruf kecil, simbol, dan nombor. Aku dapati ramai dikalangan remaja sekolah yang tidak berhati-hati dalam membuat password. Mereka letak password mereka menggunakan nombor kad nombor kad pengenalan, nombor telefon, email sendiri, dan nama sendiri. Kebanyakannya terdiri daripada semua nombor atau semua huruf sahaja.
- Kalau boleh, segala apa yang anda sign up, daftarlah dengan password yang berbeza-beza setiap akaun. Elakkan (contoh) pass facbook anda sama dengan password maybank2u anda. Kalau hacker tu dah dapat password facebook anda, tak ke maybank2u anda dia dapat juga?
Aku dah penat menaip panjang-panjang ni. Semoga dapat manfaat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh email aku @ facebook aku.
Comments
Post a Comment
komen dan kritikan amat digalakkan