Novel: Sinergi


Sinergi karya Hilal Asyraf “keimanan adala paksi”

Tidak dapat dikatakan dengan lidah macam mana keakraban watak dan personaliti perwatakan dalam novel ni. Memang anda semua kena baca. Mengisahkan dua orang pemuda yang sangat-sangat rapat hubungannya macam pasangan kekasih. Novel ini kalau anda semua beli, memang tak rugi walaupun harganya RM23.

Erti persahabatan yang berlandaskan iman. Hebat sungguh pengarangnya. Dapat mengubah persepsi aku iaitu ‘sahabat yang sebenar’. Dua orang lelaki, sekali pandang macam pasangan GAY, tapi itulah persahabatan. Susah aku nak cari sahabat macam ni.

~Ya Allah, aku memiliki seorang sahaja sahabat di dunia ni. tapi aku tak pernah menciumnya, ya Allah. Ya Rabb, tambahkanlah sahabatku di dunia ini & tambahkanlah imanku jua.

Sinopsis:

Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan.

Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha.

Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.

Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka.

Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah.

Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...

Comments