Thursday, December 11, 2014

Faisal Tehrani - Sinema Spiritual


Sinema Spiritual: Dramaturgi dan Kritikan. Tak pasti Faisal Tehrani menulis kritikannya dalam Harakah atau tidak. Aku kira lebih baik Dr. lebih mengkritik filem yang berdekatan dengan rumpun kita. Di Malaysia pun, tidak kurang filem indiepand yang ada yang bagus-bagus ku kira. Btw, this book owesome.


Tuesday, December 9, 2014

Sekular

Tadi ada baca komen-komen di status FB rakan.

Ada yang komen "sekular selama-lamanya musuh Islam".

Biar aku terangkan di sini. 'Sekular' sebenarnya di Malaysia ini telah disalahertikan dan ditohmahkan dengan erti yang paling jijik sekali.

Sekular ini sebenarnya bermaksud pemikiran rasional. Itu saja. Di dalam ekonomi moden, kereta Proton Saga itu sebnarnya sekular. Kereta api, pen, kertas, kipas, handphone, lampu, semuanya sekular. Ianya lahir dari pemikiran dan fikrah manusia. Ia tidak lahir daripada wahyu. Jadi, sekali lagi, sekular itu product of thought (hasil pemikiran).

Kerana di Malaysia ini perbincangan 'apa itu Sekular dan apa itu Agama' tidak tuntas dan tidak ada ruang.

Jadi apa itu agama?

'Agama' itu adalah keyakinan. Agama itu tidak ilmiah. Agama itu tidak boleh diduga, tidak saintifik, tidak boleh dimasukkan di dalam makmal untuk diujikaji. Agama itu 'yakin dan tidak yakin', 'beliave or not believe'.

'Yakin' dan 'percaya' ialah dua perkara yang berbeza. Dalam kebanyakkan agama, kamu diajar untuk mempunyai keyakinan. Dan keyakinan ini mempunyai urutan-urutannya. Dan agama ini memiliki ritual-ritualnya.

Monday, December 8, 2014

HAMKA - Di Bawah Lindungan Kaabah


Di Bawah Lindungan Kaabah, cuma 102 mukasurat. Nipis je novel ni. Tapi bahasanya puitis. Tapi puitisnya tak macam junior aku seorang ni yang asyik update status Facebook ajet-ajet HAMKA jugak. Tu puitis cilake macam frust dengan awek. Puitis HAMKA very beautiful.

HAMKA, ulama yang menulis novel. “Siapa lagi?”, kata Dr. Muhaimin Sulam. Dan beliau menyambung, “FAISAL TEHRANI”. Masa ni Seminar Pemikiran Hamka di UIAMK. Aku pun terkejut beruk dengar dia cakap macam tu.

Sunday, December 7, 2014

Islam untuk orang kaya



Maaf kepada kaum miskin,
kau memang tak layak menjadi MUSLIM!!!

Sebab kau miskin!
Agama ISLAM hanya untuk orang kaya. 
Agama ISLAM hanya untuk orang yang mampu berlayar
dengan kapal mewah.

Wahai kaum marginal,
kau masuklah agama lain.
Dan nanti di hadapan TUHAN,
kau jawablah
“aku sangka ISLAM hanya untuk orang yang mampu naik kapal mewah sahaja”.

Friday, December 5, 2014

‪‎Fernando Báez‬ - Penghancuran Buku


Baca kata pengantarnya sudah dapat membuatkan aku tersentuh, betapa banyaknya buku dan karya-karya penting yang dimusnah dan termusnah.

Penceritaannya dari lebih kurang tahun 4100 SM hingga 2003.

Maka aku membenarkan kata-kata Noam Chomsky “Mengesankan... Buku terbaik yang pernah ditulis mengenai tema ini”.

Bukan hanya pemerintah yang menghancurkan buku, malah ada juga ahli falsafah di Yunani menghancurkan buku, kerana doktrin yang dibawa oleh buku itu tidak sama dengan dokrtin filosof itu.

Jangan tanya aku “kenapa kau bakar buku ni Naim?”. Ni memang design dia. Setiap rakan aku yang belek buku ni pasti tanya soalan sama.

1 plus 1 not always 2

Selasa lepas lepak library baca buku. Kebetulan lecturer Descrete Math aku sem lepas ada dalam library. Aku buka phone, aku tanya dia, "Encik, tolong tengok betul tak quations ni?".

Lepas tu aku borak lagi.

Aku: Encik, nengok dah Lucy?
En: Dah.
Aku: Betul lah "one plus one is not always two?"
En: Hahaha. Betul la tu.
Sepatah je dia jawab, persoalan 2-3 bulan lepas aku dah terjawab. How come 1+1 now equal two.

Monday, December 1, 2014

Filem: 99 Cahaya Di Langit Eropa

photo credit to kompas.com

Semalam baru habis tonton 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA.

Filem ini mempunyai dua part. Part 1 mula ditayang pada 2013, manakala part 2 ditayang pada 2014. Aku tak nak cerita plot atau sinopsis cerita ini. Kau boleh google sendiri benda tu.

Cerita ni dipuji oleh Susilo Bambang. Ya, aku pun puji cerita ini. Indonesia berusaha untuk menaikkan martabat islam dimana islam itu rahmatan lil alamin.

Malaysia? Hantu, cinta, lawak, hantu, cinta, cinta, cinta, lawak. Tu je la modal yang ada.

Lihat Indonesia, lihat negaranya. Miskin, dan rakyatnya miskin. Tapi filemnya sangat kaya. Filem ini pun paling mahal pernah diterbitkan, rasanya 45 million Rupiah.