Friday, October 31, 2014

DSAI masuk UM

Gambar kredit kepada Anas Alam Faizli
“Kalian pemuda, kalau kalian tak punya keberanian, sama saja dengan haiwan ternakan, kerana fungsi hidupnya hanya berternak diri” – Pramoedya Ananta Toer

Kes DSAI masuk UM beri talk.

Aku tiada masalah dengan DSAI & pengikut-pengikutnya. Tapi aku ada masalah dengan universiti / IPT.
IPT sepatutnya menjadi tempat yang sakral untuk ilmu dicabar, didebatkan, diusulkan, dikritik.

Dulu, pada tahun 60-70an, universiti menjadi tempat perdebatan-perdebatan ilmu. Ahli-ahli politik dibenarkan membuat talk dalam universiti. Mahasiswa berfikiran "kau nak tipu rakyat bolehlah, kau try debat dengan kami dulu" menjadikan universiti ada roh universiti.

Thursday, October 30, 2014

MAHASISWA, ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ DAN PESAN-PESAN TERHADAP CENDEKIAWAN

“Nilai yang diwariskan oleh kemanusiaan hanya untuk mereka yang mengerti dan membutuhkan. Humaniora memang indah bila diucapkan para mahaguru—indah pula didengar oleh mahasiswa berbakat dan toh menyebalkan bagi mahasiswa-mahasiswa bebal. Berbahagialah kalian, mahasiswa bebal, karena kalian dibenarkan berbuat segala-galanya,” Rumah Kaca, Pramoedya Ananta Toer.

Musim pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar universiti datang lagi. Saya difahamkan berbeza dengan tahun sebelum ini, tarikh Pilihanraya Kampus (PRK) telahpun diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seperti diumumkan oleh pihak GAMIS, berikut adalah tarikh yang dikeluarkan oleh KPM: 23 Oktober – UM, UKM, UPNM; 24 Oktober – USM, Unimas, USM, USIM; 29 Oktober – UUM; 30 Oktober – UIAM; 21 November – Unisza; 27 November – UPM, UTM, UMT, UTHM, UiTM, Unimap, UMK, UTEM, UMP dan 29 November – UPSI.

Berbeza dengan suasana di dalam kampus, kehangatan PRK belum dapat dirasai walaupun sudah memasuki pertengahan Oktober. Tidak pasti bagaimana mahasiswa secara seluruhnya melihat PRK dan kepentingan PRK ini dalam menentukan hala-tuju gerakan mahasiswa.

Apakah PRK masih relevan terhadap diri mereka? Ataupun apakah PRK hanyalah sebuah formaliti untuk mereka sebagai seorang pelajar? Apakah entiti gerakan mahasiswa seperti Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa membentuk ideologi mereka? Apakah mereka memilih calon secara per-se atau memilih ideologi calon?

Monday, October 20, 2014

Seminar Pemikiran HAMKA 2014

photo credit to Facebook Seminar Pemikiran HAMKA

Seminar Pemikiran HAMKA 2014 di UIA Kuantan. Bagus ni, aku boleh pergi. Jadinya aku pergi. 

Aku pun tak tahu aku nak tulis apa sebenarnya ni. Untuk berkongsi pengalaman? Entah, macam bosan je. Tapi, aku tulis je la apa yang patut. Sebabnya kalau aku keluarkan isi-isi yang aku dapat dari seminar ini, rasanya macam lain macam la pula. Hahaha.

Sebelum


Masa aku lihat poster seminar, aku dah kenal ustaz Zahiruddin Zabidi. Sebab aku dah baca bukunya La Adri dari DuBook Press. Dan juga aku dah kenal Dr. Alinor. Jadinya aku ambil keputusan untuk merantau dari Muadzam Shah ni sorang-sorang ke Kuantan. Seminggu sebelum hari kejadian, aku dah sms adik aku untuk poskan buku La Adri itu ke politeknik aku ni. Sebab aku ke seminar nanti, aku boleh minta tandatangan dia. Tapi malangnya, adik aku dah pos, hari nak pergi (Jumaat) tu baru aku teringat buku tu sudah dipos dan telah sampai ke pejabat felo dalam 4-5 hari sebelumnya. Aku tunggu punya tunggu, pejabat tak buka, jadi dengan pasrahnya aku pergi je la Kuantan. Dr. Muhaimin Sulam pulak aku tak pernah dengar nama beliau.

masa ni aku pergi jalan-jalan di ITBM dan Kinokuniya KLCC.
Buku La Adri ada dalam gambar ni.
Sampai di UIA, la, ada hari terbuka rupanya, tak perasan la pula. Aku ingat semata-mata seminar saja. Dan aku terkejut lihat Instagram Terfaktab, mereka pun ada di hari terbuka tu.

Saturday, October 11, 2014

Konferensi Persatuan Ulama’ Islam Internasional

RISALAH ‘AMMAN

KONFERENSI PERSATUAN ULAMA’ ISLAM INTERNASIONAL

Konferensi ini diadakan di Amman, Mamlakah Arabiyyah Yordania, dengan tema “Islam Hakiki dan Perannya dalam Masyarakat Modern”. (27-29 Jumadil Ula. 1426 H. / 4-6 Juli 2005 M.)

Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Salam Dan Salawat Semoga Tercurah Pada Baginda Nabi Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci.

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan kalian dari satu jiwa…” (QS.An-Nisa (4) :1)

Sesuai dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Yang Terhormat:

  1. Al- Imam Akbar Syaikh Mahmud Syalthuut, as-Syaikh Ahmad Thanthowi, Dewan Rektorat Universitas Al-Azhar, Kairo, Mesir.
  2. Ayatollah Sayyid Ali Al-Sistani Mufti Besar Syi’ah Iraq.
  3. Ayatullah ‘udhzma Sayyid Ali Khamenei al-Husaini Mufti Besar Syi’ah Iran.
  4. Yang Terhormat Mufti Besar Kesultanan Oman.
  5. Akademi Fiqih Islam Kerajaan Saudi Arabiyyah.
  6. Dewan Urusan Agama Turki.
  7. Mufti Akbar Kerajaan Yordania dan Para Anggota Komite Fatwa Nasional Yordania.
  8. Syaikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Mufti Besar Sunni Mesir.
Sesuai dengan kandungan pidato Yang Mulia Raja Abdullah II bin Al-Hussein, Raja Yordania, pada acara pembukaan konferensi. Sesuai dengan pengetahuan tulus ikhlas kita pada Allah SWT, Dan sesuai dengan seluruh makalah penelitian dan kajian yang tersaji dalam konferensi ini, serta seluruh diskusi yang timbul darinya. Kami, yang bertandatangan di bawah ini, dengan ini menyetujui dan menegaskan kebenaran butir-butir yang tertera di bawah ini:

(1) Siapa saja yang mengikuti dan menganut salah satu dari empat mazhab Ahlus Sunnah (Syafi’i, Hanafi, Maliki, Hanbali), dua mazhab Syiah Ja’fariyyah dan Zaydiyyah, mazhab Ibhadziyyah dan mazhab Zhahiriyyah adalah Muslim. Tidak diperbolehkan mengkafirkan salah seorang dari pengikut/penganut mazhab-mazhab yang disebut di atas. Darah, kehormatan dan harta benda salah seorang dari pengikut/penganut mazhab-mazhab yang disebut di atas tidak boleh dihalalkan. Lebih lanjut, tidak diperbolehkan mengkafirkan siapa saja yang mengikuti akidah Asy’ari atau siapa saja yang mengamalkan tasawuf (sufisme). Demikian pula, tidak diperbolehkan mengkafirkan siapa saja yang mengikuti pemikiran Salafi yang sejati. Sejalan dengan itu, tidak diperbolehkan mengkafirkan kelompok Muslim manapun yang percaya pada Allah, mengagungkan dan mensucikan-Nya, meyakini Rasulullah (saw) dan rukun-rukun iman, mengakui lima rukun Islam, serta tidak mengingkari ajaran-ajaran yang sudah pasti dan disepakati dalam agama Islam.

Friday, October 10, 2014

Review buku: Islam dan Teologi Pembebasan




Done reading Islam dan Teologi Pembebasan, Ashgar Ali Engineer.

Rasanya si pengarang ni salah seorang tokoh Syi'ah yang memperjuangkan social justice.

Sekali lagi aku bagi tahu, aku tak reti nak tulis review. Tapi aku cuba.

Buku ni cerita mengenai sosial justice. Apa tugas Islam yang sebenar. Untuk apa pembebasan itu.

Perkara-perkara yang menarik dalam buku ini ialah:

Sebut nama tokoh

Hari tu aku ada debate dengan beberapa orang pensyarah. Bila aku bagi idea aku dengan idea dari tokoh-tokoh tertentu; Zul Fikri Zamir dan Malek Bennabi, dia terus interrupt aku dan berkata “awak tak payah la bagi nama-nama tokoh itu. Awak baru beca berapa buah buku, lepas tu nak berlagak pandai”.

Aku hairan dengan pernyataan seperti itu. 

Ok. Aku cerita mengenai filem God Not Dead. Sebuah filem yang berkisarkan mengenai seorang student mempertahankan bahawa Tuhan itu wujud manakala seorang pensyarah yang mempertahankan Tuhan itu hanya buatan manusia.

Si pelajar berhujah dengan fakta-fakta dari tokoh-tokoh sains dan filosof sebelum ini. Dan manakala si pensyarah berhujah dengan tokoh sains dan filosof juga.