Saturday, March 16, 2013

Membaca Surah Yaasin pada Malam Jumaat Budaya Melayu

photo ping to google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang tak sebeberapa ni. Kali ni aku nak membahaskan mengenai membaca surah Yaasin pada malam Jumaat. Adakah ia mempunyai dalil khusus atau sekadar tradisi orang MELAYU kita? Siapa-siapa yang ada masa boleh baca dan click share post yang aku nak buat agak panjang lebar ni. Amat berguna kpd kita.

Ok, dulu aku ada belajar di sekolah pondok dan ada guru-guru yang alim dalam bidang masing-masing. Dan oleh itu di sini aq nk terangkan berkenaan SURAH YAASIN. Sebab bila hari jumaat saja, ada orang akan post di fb dan twitter “Malam ni malam Jumaat, Jom baca Yaasin”.


Mesti dalam kepala anda semua dah aim, kalau surah Yaasin, tak dapat tidak akan muncul satu masa iaitu MALAM JUMAAT. Di sini aku nak bahaskan perihal MALAM JUMAAT TERSEBUT. Dari apa yg aku telah belajar selama berada di pondok dari form 1-5, Baca Yaasin pada malam Jumaat sebenarnya TIADA NAS (AYAT) DAN DALIL KHUSUS kepadanya. Tiada ayat quran, hadis nabi, fuqoha, ulama-ulama, mahupun Ahli Sufi yg mengatakan 'baca Yaasin malam Jumaat akan dapat fadilat sekian sekian'. Tak Ada! Tetapi diri baca Yaasin tu penuh dengan fadilat sebab ada hadith berkenaan degan baca Yaasin dan fadilatnya. Tetapi bukan tertentu bagi hari tertentu atau masa tertentu.

Membaca Yaasin pada malam Jumaat bukanlah budaya Islam, tetapi budaya MELAYU kita. Aku dah menilik kitab Pati Rahsia karangan Haji Nik Mahmud bin Ismail (Dato Perdana Menteri Paduka Raja Negeri Kelantan), tak ada fadilat bila baca surah Yaasin pada malam Jumaat, TETAPI ada fadilat bila baca surah Yaasin, beberapa kali ulang, kaifiat tulis surah Yaasin, dan macam-macam lagi. Dan tak ada hadith yang mengatakan ada fadilat baca surah Yaasin pada malam Jumaat. 

Ustaz aku di Masrasah Ar-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan pun cakap tak ada pengkhususan baca surah Yaasin pada hari sekian-sekian. Dan beliau tegah membuat sedemikian

So, sesiapa yang nak baca surah Yaasin pada malam Jumaat sahaja, bacalah, tiada larangan. Tapi tak ada suruhan Alloh, nabi @ ulama' mengenai tu. Yang ada pun baca Yaasin dan beberapa surah pada hari Jumaat.  Bacalah atas fadilat surah Yaasin. Bukan atas fadilat malam Jumaat. Aku pun dah kaji dalam kitab Hidayatus Salikin Fi Maslak Al-Mutaqin karangan Syeikh Abdul Somad Al-Palembani yang diterjemah daripada kitab Biyadatul Hidayah karangan Imam Ghazali yang diringkaskan sendiri daripada kitab induk beliau (Imam Ghazali) iaitu Ihya' Ulumuddin. Ini kitab Tasawwuf @ Sufi. Ada menyatakan fadilat-fadilat. Tapi tak ada fadilat membaca surah Yaasin pada malam Jumaat. Just ada fadilat baca surah Yaasin.

Dan ada banyak kaifiat dan fadilat surah Yaasin ni sebenarnya. Surah al-Mulk, Dukhan, Sajdah, Waqiah yang ada alim ulama & nabi dah bagi tahu kelebihan suruh baca hari-hari tu tak nak baca. Padahal surah-surah ini lebih pendek berbanding surah Yaasin. Ini tak, kita timbulkan pula tradisi MELAYU baca Yaasin pada malam Jumaat.

So sekarang, janganlah cakap malam Jumaat kena baca surah Yaasin. Ya, bukan senang nak ubah persepsi orang MELAYU kita mengenai ni. Tapi dari apa yg aq belajar, inilah hakikat.

Di sini aku nak menekankan bahawa:

1. Aku bukan bincangkan pasal tahlil atau baca Yaasin beramai, tapi ni post mengenai baca Yaasin pada malam Jumaat.

2. tak ada nas atau dalil yang menunjukkan Yaasin KHUSUS pada MALAM JUMAAT. Bukannya tak ada dalil bahawa baca Yaasin.

3. Di post aku ini tiada larangan untuk baca surah Yaasin pada malam Jumaat.

4. Aku tak cakap pun yang baca surah Yaasin pada malam jumaat tak dapat pahala atau tak boleh.

5. Daripada yang tak baca quran tu, baik baca Surah Yaasin pada malam jumaat, dapat juga pahala.

Apa yang baik dari Alloh, apa yang buruk dari diri aku sendiri, hakikatnya kedua-duanya dari Alloh.

No comments:

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan