Saturday, May 26, 2018

Catatan Ringkas: Asakan PRU14

Waktu aku mengundi, dalam otak aku tak give a fuck pun pasal manifesto kejadah semua ni. Aku pergi kempen aku baca je manifesto dan aku alert je.
.
Tapi prioriti aku bukan pada manifesto. Manifesto ni nak jadi bahan hujah masa kempen bolehlah. Sebab tu masa kempen, habis semua manifesto ni keluar. 
.
Tujuan aku mengundi nak 1 je, nak perubahan. Sama ada PAS atau PH memerintah, aku dont give a fuck pun. Aku masih berpegang dengan Asalkan Bukan UMNO (ABU). 
.
Aku pernah tulis dalam 1-2 minggu kat blog aku; aku bukan tertarik kepada Tun Mahathir. Tapi oleh kerana dia berada di side aku, maka aku sokong. Bersangka baik. Korang pun tahu kan — the enemy of my enemy is my friend. 
.

Sunday, May 13, 2018

Apakah Pandangan (secara serius) dalam PRU14 ini?

cool kan? Di HQ DAP.


Ketika penamaan calon sehinggalah hari pengundian, aku tak dapat nak tulis panjang lebar dan secara serius apa pandangan aku terhadap politik negara ni. Selepas PRU14 pun, aku hanya banyak sarkastik di Facebook dan jarang-jarang berkicau di Twitter. Ayat aku makan dalam dan memang deep gila. Ana tahu, ayat-ayat sarkastik tersebut bukan level enta. 

Ramai juga minta pandangan aku mengenai politik PRU14 ini. Aku tak ada banyak pandangan, tetapi atas desakan kawan-kawan, aku hanya mampu menulis dengan bentuk soal jawab sahaja. Soalan-soalan ini dikumpulkan mengikut pertanyaan rakan-rakan real live, facebook, atau Whatsapp, tapi aku tak jawab secara serius. Ni aku nak jawab dengan serius la ni. 

Soalan pertama: Apa yang saudara Naim nak dalam PRU 14 ini? 

Monday, May 7, 2018

Catatan Pasca PBAKL2018: Pesta Buku Yang Mencabar

hasil tangkapan 3 hari.

Ahad lepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL2018) telah melabuhkan tirainya di bangunan UMNO yang gilang-gemilang. Para penerbit, pembaca, grup-grup perbukuan berkampung di sama selama 10 hari untuk meraikan pesta tahunan ini. 

Seperti mana para peminat buku anggarkan, pesta tahun ini akan ‘disailang’ oleh PRU yang bakal berdentum pada Rabu ini. Jadinya, ada rumah penerbitan yang aku sempat tanya, mereka sudah maklum dan dengan lapang dada menerima apa jua yang akan berlaku dari segi pengunjung, peminat, dan hasil yang mereka kutip sepanjang 10 hari tersebut. 

Vibe PRU tahun ini sangat kuat sehinggakan pada timeline Facebook aku ketika pesta berlangsung, lebih banyak post mengenai politik ketimbang posting buku di PBAKL. Walhal kaum kerabat Facebook aku kebanyakannya dari circle buku.