Thursday, April 5, 2018

Pra PBAKL2018: Pesta Yang Dinantikan

foto dari Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Kurang sebulan dari sekarang, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan ‘mendarat’ di bangunan paling agung, Putra World Trade Center (PWTC), di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. 27 April hingga 6 Mei 2018 akan menggegarkan PWTC dengan acara perbukuan yang paling prestij di Malaysia. Segenap penjuru rakyat Malaysia datang ke mari demi buku yang dicarinya. 

Tahun ini aku menulis mengenai PBAKL awal sedikit. Tak seperti tahun lepas dan dua tahun lepas dan tiga tahun lepas. Aku menulis selepas PBAKL, ini aku tulis sebelum PBAKL lagi. 
Vibe PBAKL2018 

Tahun ini, seperti yang diramalkan oleh rakan-rakan saya dalam circle perbukuan ini, mungkin vibe PBAKL2018 tahun ini akan bertembung dengan vibe dari PRU14 yang semakin hari semakin riuh diperdengungkan di media sosial. Peribadi aku sendiri, aku tiada masalah dengan hal ini. Tetapi kita kena akui bahawa; jika ada dua perkara yang besar terjadi dalam suatu masa, perkara yang satu lagi itu mungkin ditenggelamkan oleh perkara yang lebih besar dan lebih menarik di mata rakyat sendiri. Jadinya, tak boleh nak buat apa dah. PRU14 tetap dijalankan, dan PBAKL2018 tetap akan berlangsung dengan jayanya.