Pondan Yang Jujur

photo credit to iluminasi


Lama dah aku tak tulis dalam blog ni. Dua minggu lepas iphone aku hilang. Down terus mood aku nak buat semua benda. Eh. Bukan hilang, tapi kena curi. Dah report polis dah. Dan aku tahu siapa yang curi tu. Tunggu polis siasat je la. Malas nak memasalahkan diri dalam hal ni. 

Aku jadi nak menulis ni, antar sebabnya aku baru terima satu paket dari poslaju yang aku beli dari Lazada. Aku beli mechanical keyboard jenis jenama Redragon K6. Kiranya mechanical keyboard yang paling murah kat Lazada yang tak ada back lit RGB colour la. Saja nak try dulu. 

Ok kita teruskan dengan topik kali ini. 

Bila kita sebut nama Nur Sajat, atau nama glamornya Sajat, kebanyakkan netizan tahu perihalnya yang sebenarnya lelaki wannane perempuan. Seorang yang pondan, bapok. Atau mungkin dua alam. Di sini bukanlah aku nak judge Sajat. Tetapi lebih kepada cara penerimaan kita terhadap kaum macam ni. 

Ramai antara kita yang benci dia. Tapi bila fikirkan balik, bukannya benci sebab dia ni berlagak jadi perempuan. Tetapi kita benci sebab dia tak nak mengaku dia ni sebenarnya lelaki. Ya teman-teman, akuilah bahawa kamu nak seorang pondan yang cantik yang mengaku dirinya lelaki. 

Dalam twitter, atau Facebook, ada beberapa video yang aku tengok ramai kaum macam ni sudah berani untuk tonjolkan diri pada umum, terutama di media sosial. Kalau dulu, mereka ini diam sahaja sebab takut kecaman netizen terhadap mereka. Tetapi kini dunia (atau Malaysia) semakin terbuka dengan isu-isu tabu seperti ini, maka mereka yang tak tentu jantinanya ini semakin berani membogelkan diri pada pandangan umum itu sendiri. 

Aku tak kenal ramai kaum yang semacam Sajat. Tetapi aku ada tengok beberapa video. Ada seorang ni aku tak tahu pun siapa tetapi aku yakin dia macam Sajat juga, sedang dia makan dia buat satu video live dan dia jawab pertanyaan netizen lebih kurang “buat apa nak buat benda tu? Saya ni lelaki la”. Video klip pendek tu tertular di medsos, aku tonton. Dan aku lihat komen ada beratus-ratus yang hampir sama “baguslah dia ni. Mengaku dirinya lelaki. Tak macam Sajat”. 

Ada pula video yang aku jumpa buat live juga, dan dia layan kerenah peminatnya “buat suara lelaki”, dan dia buat dan cakap “abang-abang, abang cuba ye. Tapi abang rasa tak sesuai la muka macam ni buat suara macam ni”. Dan reaksi netizen terhadap video tu sangat mengejutkan. Ramai netizen yang komen “gila macho suara dia. Aku pun tergoda”. “Perghh. Macam ni la kita nak, jujur dan boleh layan peminat”. 

Dua video ini saja yang sempat aku teliti dan baca komen dengan tekun. Komen netizen sebenarnya memberi impak besar kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia. Walaupun ini bukan statistik, tapi rakyat internet ini aku kira sangat memainkan peranan penting dalam tahap kecerdikan rakyat Malaysia itu sendiri. 

Jadinya, point aku adalah; 

1. Kita bersetuju memang untuk menerima kaum seperti ini. Perkara tabu yang ‘mereka’ sorokkan demi kesejahteraan mereka ini sendiri pada satu ketika dahulu tidak lagi menjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia. 

2. Kita menerima kaum ini. Tapi kita tidak menerima kaum ini yang tidak jujur seperti Nur Sajat. Kita menerima orang cantik yang jujur. Tak kesahlah cantik itu perempuan atau lelaki sekalipun. 

3. JAKIM hanya berminat pada seorang manusia cantik yang tak jujur seperti Nur Sajat sahaja tetapi mengabaikan manusia cantik yang lain. 

Kejujuran itu penting walaupun kau buat salah. Jadi apa masalahnya? Tak ada masalah pun bagi aku, cumanya aku nak sampaikan tahap penerimaan masyarakat kita sudah sampai satu level yang lain. 

Post pendek ini bukanlah untuk menghina kaum yang disebutkan di atas. Tetapi aku menganalisis secara emperikal sikap masyarakat kita di Malaysia ini. 

Kesimpulannya, Sajat, sila jujurkan diri anda. 



*post pendek kali ini ditulis dengan riang sebab nak test keyboard baru.

Comments

  1. After almost a year
    Hahahhahaha
    Dapat jugak baca blog ni

    ReplyDelete

Post a Comment

komen dan kritikan amat digalakkan