Tuesday, May 16, 2017

Tips lain untuk WannaCry Ransomware


photo credit to cloudfront.net

Sekarang ni kecoh pasal WannaCry Ransomware attack. Aku selaku pelajar lepasan diploma Pengaturcaraan Komputer, virus ni aku dah kena lama dah dulu. Memang sakit hati juga la. Yang digembar-gemburkan oleh Malaysia CyberSecurity tu memang betul. Ambil langkah berjaga-jaga. 

Ada beberapa tips lain. 

  1. Kalau misalnya nak tukar antivirus (AV), pastikan disable dengan sebarang network internet dahulu. Atau boleh install AV yang baru tanpa membuang dahulu AV yang lama. Tetapi tak semua AV benarkan setup dijalankan kalau ada 2nd AV. Paling mudah, jangan connect internet dahulu waktu uninstall antivirus. 
  2. Bagi gamers atau pengguna tegar software pirates; sesetengah AV melarang anda untuk open patch. Jadi mesti anda disable AV kan? Jadi, tlg disable sekali dengan internet dahulu. Lepas patching, baru buka balik AV dan sambung balik internet. 

Tuesday, May 9, 2017

10 Hari PBAKL2017 Berserta Catatan-catatan Poyo


Duta Buku

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (selepas ini PBAKL) kali ini aku menjadi sukarelawan sebagai Duta Buku. Ramai yang tanya aku apakah peranan Duta Buku ini. Sebenarnya sukarelawan Duta Buku ini berkhidmat sebagai pembantu kepada pengunjung PBAKL yang sesat atau ingin mendapatkan informasi berkaitan reruai dan event yang sedang berlangsung sepanjang PBAKL. Ramai juga yang tanya bagaimana aku boleh terjebah dalam kancah ini; sebenarnya aku hanya mengisi borang yang terdapat dalam Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Idea ini timbul selepas sekian lama aku mengunjungi PBAKL, kalau tak salah sudah 4 tahun berturut-turut; aku melihat sekumpulan remaja yang menyapa aku apabila aku melihat peta dan pelan lantai PBAKL. Dan mereka inilah yang menunjukkan reruai. Dari itu aku mendapat satu idea bahawa aku ingin sangat menjadi seperti mereka ini.

PBAKL tahun ini aku berkesempatan mengunjunginya sepanjang PBAKL berlangsung. Ye la, aku bertugas di situ, memang la sepanjang masa aku di situ. Aku sangat bersyukur dan berpuas hati PBAKL kali ini dipindahkan kembali ke PWTC. Di MAEPS tahun lepas, ada pro dan kontranya juga. Tetapi bagi diri sendiri, aku lebih prefer di PWTC.