Wednesday, February 1, 2017

BSKN: The Unsung Volunteer

pertama kali jejak kaki di Langkawi

"Kejayaan seseorang hanya dapat diukur melalui bagaimana dia dapat menyumbang kembali kepada masharakat"

Aku baru pulang dari Langkawi semalam. Menyertai Program Latihan Transformasi Negara Alumni PLKN Negeri Pahang. Peserta seramai 110 orang. Walaupun ini adalah program Biro Tatanegara (BTN), tapi aku menulis ini entri ini bukanlah mengenai BTN tersebut. Tetapi aku ingin menerangkan mengenai ‘apa itu BSKN’.

NBOS BSKN Eco Challange di Kem PLKN Tasik Chini. Bila lagi kau nak merasa main paintball free? 


BSKN atau PLKN?


Bila aku berbual mengenai BSKN kepada rakan yang bukan bekas pelatih PLKN, mereka tidak tahu dan mereka menganggap bahawa BSKN ini adalah PLKN. Betul dan salah. Aku jelaskan di sini; BSKN (Briged Sukarelawan Khidmat Negara) adalah satu komuniti di mana para alumni PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) yang menyertai satu-satu program (khususnya) kesukarelawanan di bawah JKLN (Jabatan Latihan Khidmat Negara). Masalah sekarang bukan sekadar orang awam tidak memahami apa itu BSKN malahan alumni PLKN juga tidak tahu pun wujudnya BSKN ini.


Kesukarelawanan


Hasil aku menyertai BSKN sebanyak 6-7 kali ini, banyak aktiviti kesukarelawanan yang telah aku sertai, dan beberapa program yang melibatkan kursus. Kalau kita lihat dalam negara kita, pihak NGO banyak mewujudkan satu program kesukarelawanan di serata Malaysia. Kredit diberi kepada kerajaan kerana terdapat juga aktiviti yang sama iaitu BSKN ini. BSKN ini menumpukan program khidmat masyarakat yang memerlukan tenaga anak muda untuk menolong masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Aktiviti gotong-royong, melawat perkampungan orang asli, pasca banjir, program anak angkat, program kursus-kursus tertentu, dan pelbagai lagi program yang diaturkan oleh organisasi BSKN untuk melatih dan memberi pengalaman kepada para peserta BSKN.

Adalah sama dengan PLKN? Walaupun sewaktu direkrut di kem dahulu sudah ada program khidmat masyarakat; tetapi BSKN ini agak berbeza. Mudahnya aku cakap; peserta BSKN ini sangat cekal dan ikhlas untuk menyertai satu-satu program. Mereka ini mempunyai satu semangat kesukarelawanan dan semangat berpasukan yang tinggi. Bukan untuk memuji diri sendiri sebab aku adalah ahli BSKN juga. Tetapi realitinya para peserta ini menghabiskan duit, masa, dan tenaga untuk menyertai program ini. Duit; pergerakan ke check point. Masa; sanggup mengambil surat cuti kerja dan surat pelepasan belajar. Tenaga; sanggup menolong dan membuat kerja-kerja berat dan menguji mental serta fizikal.

Bukanlah sewaktu di PLKN itu tidak bagus, tetapi di PLKN itu by hook or by crook kau kena sertai aktivitinya. Tetapi BSKN ini membuktikan kau ini masih ada sifat kesukarelawanan tersebut.

Program Anak Angkat BSKN di Ulu Cheka, Jerantut.


Bersuka Ria 


Walaupun BSKN ini fokusnya kepada aktiviti kesukarelawanan, tetapi tidak lupa juga kami boleh bergembira. Sebab dulu sewaktu direkrut di kem, kami terikat kepada disiplin dan peraturan yang sangat ketat. Tetapi BSKN agak longgar dan tidak direkrut seperti di kem. Hanya kami peru menjaga kelakuan dan adab sebagai seorang manusia yang baik untuk menjaga nama BSKN. Di setiap program yang aku pergi, tidak pernah sekalipun aku pressure. Semua program BSKN tidak terikat dengan peraturan yang ketat. Jadi para bekas pelatih yang tidak pernah sertai BSKN tersebut, janganlah takut untuk sertainya. Kau tak perlu untuk kawad kaki pun. Tiap-tiap program mesti ada slot untuk kau bersuka ria, aktiviti kau menjadi bebas, cikgu dan pegawai melepaskan kau untuk membeli belah dan sebagainya. Lazimnya, setiap aktiviti BSKN terutamanya khidmat masyarakat di kampung-kampung, memang akan ada sukaneka untuk orang kampung dan peserta BSKN. Aku pun pernah join sukaneka satu team dengan orang asli di Pos Senderut, Raub, Pahang.


Budak-budak Nakal sertai BSKN


Sub-topik Entri ini boleh disalahfahamkan oleh para pembaca. Sabar. Baca dalam keadaan tenang. Sub-topik ini ditulis sebagai uji kaji secara empirikal aku terhadap 6-7 program BSKN yang aku sertai. Ingat! Secara emperikal sahaja. Apabila aku menyertai BSKN, kami akan dibahagi secara kumpulan kecil; tak kiralah kumpulan mengikut kem atau dibahagi macam mana pun. Bila duduk dalam kumpulan, mesti akan timbul cerita. Tajuk paling famous dikalangan kami (tanpa sedar) ialah “kau macam mana di kem dahulu?”. Bila aku dengar cerita mereka, kebanyakan dari mereka ini bukanlah budak yang baik dan noob lagi nerd di kem. Memang budak yang bermasalah di kem kadangnya, budak nakal, paling kurang pernah langgar satu dua peraturan yang ada. Jadi? Jadi sebenarnya mereka ini membentuk sau unity lain di kem dan secara tak langsung mereka ini menjadi aktif dan sering menjadi tumpuan cikgu atau pegawai di kem tersebut. Jadi apabila tamat pengkaderan, mereka ini tidak putus hubungan dengan cikgu dan rakan-rakan yang lain. Dengan ikhlas aku beritahu; budak nakal sangat menjaga unity antara mereka. Jarang mereka bergerak secara solo. Sebab tu bila habis PLKN, waktu sertai BSKN, mereka ini datang secara berkumpulan, kumpulan budak-budak nakal yang mereka ada dulu. Mereka ini bukan jahat, Cuma nakal. Sebenarnya budak nakal ni best, sebab mereka lasak dan suka mendatangkan ‘masalah’. Tak bosan aku layan budak-budak ni.

Reunion


Apakah perkara paling best bila kau sertai BSKN? Reunion. Kau dapat jumpa balik kawan kau, skandal kau, makwe yang kau kontrakkan selama 2-3 bulan, jumpa cikgu, jumpa pegawai di kem dahulu. Bila kau berjumpa mereka, tidaklah kau berasa awkward sangat di program tersebut sebab kau tak kenal sorang pun. Walaupun batch (10/2013) aku, aku rasa akulah yang paling banyak sertai BSKN, tetapi bila kau sertai BSKN yang pertama, dan bila BSKN yang kedua kau dapat jumpa balik kawan kau waktu BSKN yang lepas tersebut, itu sudah menjadi satu benda yang seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama.

Tak Perlu Fikir Masalah Lain


Kau sertai BSKN, kau tak perlu fikir benda lain pun. Di tempat kerja atau di tempat belajar, kau perlu fikir kerja atau assignment kau. Tapi di program BSKN, kau hanya perlu fikir untuk menolong orang dan benda tu kau perlu buat dengan gembira. Dan lepas aktiviti tersebut, kau boleh bergembira dengan pergi jalan-jalan atau membeli belah.

PLKN 1.0 vs PLKN 2.0


Sub-topik ini mungkin akan menyebabkan aku dicemuh. Tapi sabar la. Aku tulis sebab empirikal aku sahaja. Cubalah kau baca sub-topik ini dengan suatu yang kelakar (mungkin?). Selama aku sertai BSKN, peserta-peserta 1.0 ini agak tak suka kepada peserta-peserta 2.0. Dan bila peserta 2.0 buat benda pelik sikit atau menjadi hyper, akan timbul soalan “tu budak 2.0 ke?”. Sebenarnya sama sahaja, kau hasil rekrut PLKN juga. Tapi modul kita berbeza. Tak nafi bila aku minta review, kebanyakan pelatih 2.0 ini memang dengki dengan pelatih 1.0 sebab modul mereka tak banyak aktiviti luar. Tapi apa boleh buat. Mungkin budak 2.0 ini tak merasa apa yang budak 1.0 ini rasa, dan sebab tu la mereka ini hyper sikit bila sertai BSKN ini. Hahaha.

*kejap. Faham tak 1.0 dan 2.0 ini? Kalau tak faham, Google la sendiri.

Konklusi


Apa yang ingin aku sampaikan? Tajuk bukan main hebat ‘The Unsung Volunteer’. Masyarakat umum kebanyakannya tidak tahu apa itu BSKN dan apa yang kami boleh buat. Mereka selalu tersilap BSKN dan PLKN. Asal nampak baju loreng biru-biru tu, terus di cap sebagai pelatih PLKN. Maaf makcik, kami dah lama tinggalkan kem. Kami datang sebagai masyarakat yang concern fasal masyarakat yang kurang berkemampuan.



Untuk pengetahuan bersama; bekas pelatih PLKN ini hadir ke program BSKN untuk mengembalikan nostalgia yang telah tercipta di kem dahulu. Selain mengeratkan hubungan antara alumni dan cikgu-cikgu, BSKN bertujuan untuk menolong penduduk setempat dengan program-program menarik seperti; program anak angkat, jalan-jalan makan angin, kursus dan seminar, program khidmat masyarakat, dan kesukarelawanan. 

Aku di sini memohon kepada alumni PLKN mengambil bahagian dalam program BSKN ini. Tidak kira umur, dari siri 2004 hinggalah tahun ini, asalkan pernah menjadi pelatih PLKN, aku memohon untuk anda menghubungi kembali kem anda.

Walaupun pelbagai cemuhan diberi kepada PLKN, tapi hanya pelatih yang pernah duduk dalam tu saja tahu. Hari tu aku beri satu ayat kepada junior “nanti jangan lupa BSKN. Waktu habis PLKN tu, bukanlah kau bebas dari segalanya. Memang PLKN tu sakit sikit, tapi kau ingat, banyak yang masyarakat nak dari kau. Tolonglah mereka”.

Kau benci mana pun PLKN, jangan benci BSKN.

Mungkin tulisan aku ini tidak berapa kemas, tapi sebagai langkah permulaan kepada alumni PLKN yang tak pernah sertai BSKN, bolehlah mengambil semangat dari tulisan in. Segala kritikan dan pandangan amat dialu-alukan.

Bendahari BSKN Kem PLKN Tasik Chini Resort.

2 comments:

  1. Ayat ada typo....tp isinya menarik teruskn...bru baca saja sy sgt tertarik utk mengikuti bskn...jom explkn....

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik isinya
    Walaupun ada typo sedikit
    Keepitup ye naim

    ReplyDelete

komen dan kritikan amat digalakkan