Thursday, September 8, 2016

IDM vs EagleGet

photo credit to timg


Bagi kaki download dan kaki movie, nama Internet Download Manager (IDM) tidak asing lagi dalam seantero dunia tersebut. Sebut saja IDM, memang dalam kepala akan takrifkan “downloader yang paling laju abad ini”. Ya, begitu juga aku, bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang IT, memang aku hanya menggunakan IDM sahaja untuk download.

Sehinggalah satu ketika…

Semasa aku praktikal, IDM ada beberapa masalah untuk digunakan dalam firma yang aku jalani latihan industri ini. Jadi aku teringatlah satu downloader yang rakan aku sarankan, iaitu EagleGet (EGT). Dia sarankan lama dah, dari aku semester 4 kalau tak salah, tapi aku buat tak endah kerana IDM is the best downloader ever. Tapi waktu aku praktikal, aku terpaksa cari solusi bagaimana untuk download dengan laju sama seperti IDM.

Aku pun download EGT, freeware rupanya. Berbeza dengan IDM yang berbayar (bab kau crack IDM tu hal lain, aku tengah sopan ni tak nak ajar cara orang crack-crack bagai).

Aku guna EGT setakat ini, aku observe dia punya flow download, lihat bagaimana dia berfungsi, dan aku dapat satu hipotesis; EGT lebih baik berbanding IDM. 

1. EGT ini freeware. IDM tidak. IDM perlu register, perlu bayar.

2. Flow download EGT dan IDM hampir sama. Diulangi, hampir sama. Biar aku terangkan sedikit perbezaan ketara, dan ini adalah punca utama kenapa aku cakap EGT lebih baik berbanding IDM.

a. Flow download mereka berdua ini; bila kau download, bahan yang kau download tersebut akan di-catch ke dalam laptop kau terus. Tapi tak penting pun untuk kau tahu di manakah ia disimpan (tapi aku tahu). IDM ini, kalau kau download, dia akan catch sedikit demi sedikit bahan kau download dan last sekali lepas kau siap download, dia akan merged-kan benda tu dalam satu file.

b. Berbeza sedikit dengan EGT; bila kau download, bahan yang kau download tu terus ada dalam destination folder yang kau save tu, cuma dalam format [dot] egt. Saiz file tersebut sama dengan file yang kau download tu. Maksudnya, EGT ni lepas kau download tu, dia tak perlu merged-kan file tu, dia hanya bertukar format kepada format sebenar apa yang kau download.

c. Jadi, bayangkan kau download satu file sebesar 20GB. Kalau kau guna IDM, nak tunggu siap download tu satu hal, lepas tu nak siap dia merged tu pun dah satu hal. Tapi kalau guna EGT, lepas kau siap download, maka siaplah merge.

Ok menarik tak? Jadi, gunalah EagleGet. Sudah-sudahlah tu guna bahan haram, IDM cracked. Kesian la pada industri software, dahlah hangpa menghancurkan industri filem dah. Cukup la tu.

Siapa yang tak faham, boleh contact aku di Facebook, jangan risau, aku ramah.

Script kiddies

1 comment:

komen dan kritikan amat digalakkan